September 06, 2012

Guru Berjasa pencetus Pemuda Beretika


                Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam...ampun & maaf juga dipohon dari admin. Sewaktu menjalani Latihan Industri nie,admin terkenang akan kolej dan sekolah yang telah menaburkan banyak bakti kepada para penimba ilmu. Saya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2006 di Sekolah Menengah Sains Johor. Pada waktu itu, pengetuanya ialah Tuan Haji Nojumuddin Bin Abdul Samad. Beliau merupakan tokoh pedidik yang saya segani. Pengalaman menjadi anak diddik beliau, dapat saya katakan yang beliau seorang yang pendiam dan tidak menghukum sesuatu pekara dengan serta-merta berdasarkan pengalaman saya sendiri. Sering terkesima dengan ucapan beliau pada setiap kali perhimpunan mingguan hari Isnin membuatkan hari Isnin bukan lagi pekara yang membosankan bagi seorang pelajar asrama ketika itu.

                Walaupun tidak pernah berjumpa beliau secara bersemukan akan tetapi nasihat-nasihat beliau begitu segar dalam ingatan. Antara pesanan beliau yang masih segar saya ingat ialah “berpuasa sunat ketika belajar dan meneruskan amalan itu apabila kerja” pesan beliau ketika menceritakan pengalamannya bergelar mahasiswa. Satu lagi ucapan beliau yang begitu menarik perhatian saya adalah cerita mengenai kapal.”Kita ini bagaikan berada dalam sebuah kapal,ada nakhodanya dan ada anak kapalnya yang berada di atas dan di bawah. Ketika ada orang di bawah yang merancang untuk menebuk lantai kapal untuk memudahkannya mengambil air, orang di atas akan mencengah perbuatan jahil mereka kerana akibat perbuatan orand di bawah itu satu kapal akan karam”. Setelah beberapa tahun baru saya sedar bahawa ucapan beliau sebenarnya merupakan petikan dari hadis Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini membuatkan saya kagum dan teringat akan beliau. Begitu tinggi sekali mesej yang beliau sampaikan.

                Antara peristiwa-peristiwa lain yang berkaitan dengan beliau ialah ketika saya menegur seorang junior Tingkatan satu yang tidak menghormati saya sebagai seorang senior. Ketika itu dia sedang memerhatikan gelagat anak didiknya di tangga asrama. Selepas menegur junior tersebut saya turun tangga dan memberi salam kepada beliau. Reaksi beliau ketika itu hanya mengangkat kening. Mungkin pening memikirkan anak didiknya itu. Satu lagi peristiwa sewaktu beliau meronda kelas tingkatan lima waktu prep malam. Tanpa saya sedari ada mata yang merenung saya dari luar bilik darjah. Setelah perasan akan kehadirannya ingin sekali saya memberi salam tetapi terlambat. Pada pendapat saya, beliau memang agak pendiam.

                Hari ini, hampir 6 tahun saya meninggalkan bangku sekolah. Tuan Haji Nojumuddin juga telah bersara. Kadang – kala saya malu sendiri apabila ditanya orang sebagai seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Johor tetapi tidak ingat akan nama pengetua sekolah. Pesanan-pesanan beliau akan saya gunakan dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba ini......

Bisik-bisik : -

Rindu pada guru-guru di sekolah dan kawan-kawan.

Admin masa di sekolah dulu boleh dikatakan kurang bersosial dan banyak berdiam diri.

0 Cerita Utama:

Post a Comment