January 08, 2014

Dogeng Rakyat Moden: Di Sampuk Puteri Kayangan



Tersebutlah suatu cerita tentang pengembaraan seorang pemuda desa hendak merantau di kota untuk mencari sebuah kehidupan yang lebih sempurna demi keluarganya yang tercinta. Pengembaraan pemuda desa yang senang dipanggil Kasim merupakan sebuah penghijrah untuk membantu keluarganya yang dilanda dengan hidup yang susah dan serba kekurangan. Dia bertekad juga hendak juga merantau ke kota besar supaya dapatlah juga membantu keluarganya di desa. Penghijrahan Kasim menjadi inspirasi kepada adik-adiknya yang lain agar berusaha lebih gigih lagi demi kesenangan hidup di dunia dan akhirat. Ibu bapa Kasim tidak menghalang kepemergian anak sulung mereka itu untuk menjadi anak dagang. Apa yang selalu di pesan oleh mereka adalah supaya pandai-pandailah menjaga diri bila di tempat orang. Pandai-pandailah juga berjimat-cermat dan belajar menyimpan. Pesanan kedua-dua Ibu dan Bapa Kasim menjadi azimat kepada dirinya supaya mengubah nasib keluarganya di desa. Biasalah. Kebanyakan orang memandang harta benda sebagai kayu ukuran hidup di dunia ini. Jika berharta, orang itu akan disanjung dan dihormati. Jika tidak beharta dan rupa pula kurang, tiada yang sudi memandang dan di anggap hina. Itulah lumrah kehidupan. Kasim bertekad mahu mengubah nasib keluarganya. Di teringat akan pesanan arwah P. Ramlee di kaca TV. "Jika keluar kampung merantau bawa sehelai baju, balik ke kampung nanti kena bawa lebih dari sehelai baju". Maksudnya, Kasim perlu membawa pulang sebuah kejayaan dan kesungguhanya untuk merantau ke kota besar. Dia memulakan langkah dengan doa dan kaki kanan. Mudahan-mudahan dia mendapat tuah dan di berkati Allah s.w.t. Dia pergi dengan sejuta harapan kelaurganya.

Selang beberapa bulan di Kota Besar...

Kasim sudah mendapatkan kerja sebagai seorang pembantu pejabat di salah sebuah syarikat pengeluaran komputer yang terkemuka di Kota Besar. Pegawai atasan memberi sepenuh kepercayaan kepadanya untuk membantu beliau menguruskan syarikatnya. Kasim juga dengan senang hati menerima amanah yang diberikan oleh Pegawai atasan dalam membantu syarikat. Gaji yang ditawarkan untuk Kasim juga sangat lumayan. Jika ada apa-apa urusan yang perlu disegerakan, kasim dengan senang hati akan menawarkan diri utuk melaksanakan tugasnya seperti menghantar dokumen-dokumen penting di mana-mana tempat. Suatu hari sewaktu hujan turun dengan lebatnya, Pegawai atasan meminta Kasim untuk menghantar sebuah dokumen khas kepada sebuah Bank di kota besar. Walaupun berada tidak terlalu jauh dari syarikat Kasim bekerja, tetapi keadaan trafik yang sesak dan cuaca yang hujan lebat memaksa syarikat untuk menghantarnya dengan segera. Kebiasaan Bank akan tutup sebelum jam Empat. Ini bermakna Kasim ada beberapa minit untuk menghantar dokumen tersebut sebelum Jam Empat. Walaupun begitu, Kasim tanpa berat hati menerima amanah tersebut untuk di serahkan kepada Pegawai Bank sebelum Jam Empat.

Dia bergegas menghidupkan enjin motosikalnya untuk meredah cuaca yang hujan lebat. Kasim membawa motosikal seperti seorang pemandu profesional lagaknya. Dia mengambil selekoh tajam dengan cantik tetapi perlahan kerana keadaan jalan yang licin. Setiap lampu isyarat juga di patuhinya. Lagaknya kadang-kala mengalah watak Adnan dalam filem Adnan Sempit. Di hadapanya terpampang sebuah Bank yang bertulis March Bank dengan slogan kata "Sentiasa Kawan Anda". Terdaapt juga logo sekor harimau yang sedang mengaum sebagai lambang keberanian dan kebolehpercayaan. Kasim segera meletakan motosikalnya di tepi bangunan Bank berkenaan. Tanpa berlengah-lengah, dia berlari terus menaiki tangga ke tingkat Tiga tanpa menggunakan lif. Tiba di tingkat Tiga, dia bertemu dengan seorang pegawai Bank. "Assalamualaikum Puan, saya nak hantar dokumen nie, penting sangat". "Oh! Dokumen ni, encik kena hantar kat pegawai Bank yang duduk kat belakang tuh"."Yang pakai tudung merah tu ye"."Ya,ya. Yang pakai tudung merah baju putih tu".kasim bergegas mencari pemilik tudung merah yang dikhabarkan itu."Assalamualaikum Cik, ni ada dokumen penting nak serahkan kat Cik"." "Oh! ye ker. Boleh saya tengok sekejap. Dokumen nie kena cop dan tandatangan jek". Kasim merenung dalam-dalam mata pemilik tudung merah tersebut. Di sisi kanan bajunya tersangkut tanda nama dengan tertulis perkataan MARIAM. Degupan jantung Kasim mula berdetak laju. Dia seolah-olah terkena renjatan elektrik. Keadaan seperti itu tidak pernah dialaminya. Peristiwa yang paling hampir dengan keadaan ini adalah ketika Sakinah memberitahu bahawa dia mencintai Kasim sewaktu Kasim menghantarnya menaiki bas untuk dia melanjutkan pelajaran ke Jerman. Hampir berhenti darahnya dari mengalir. Jika ditoreh tubuhnya mungkin tidak terasa darah dan tiada darah yang mengalir. Kasim mula tersedar dari lamunanya apabila Pegawai Bank itu selesai menandatangani dokumen tersebut. Dia terus beredar keluar dengan muka yang merah. Dia seolah-olah telah jatuh cinta rupanya.


Selang beberapa bulan, Kasim akhirnya pulang ke kampung

Kasim duduk di beranda hadapan rumahnya sambil merenung air hujan yang sedang turun lebat kerana musim tengkujuh. Dia menghabiskan hari-harinya di kampung dengan termenung. Kadang-kala kedengaran Kasim bercakap dan tertawa seorang diri. Lagaknya seperti orang hilang arah. Pengurusan dirinya mula menjadi tidak teratur. Rambutnya kusut masai,mukanya penuh minyak dan daki. mulutnya juga berbau. Sakinah yang pernah dicintakan dulu kini tidak juga dihiraukan. Akhirnya,Sakinah membuat keputusan untuk memutuskan hubunganya dengan Kasim kerana tidak tahan akan perangainya yang pemarah dan agresif. Dia seolah-olah bukan Kasim yang Sakinah kenal dahulu. Ibu Kasim merasa risau melihat akan keadaan anak sulungnya itu. Dia membawa kasim pergi berubat cara kampung setelah rawatan di hospital besar tidak memberi apa-apa tindakbalas positif. kasim menurutkan sahaja kehendak Ibunya itu. Orang yang merawat Kasim memberitahu bahawa Kasim telah di sampuk oleh puteri raja sewaktu merantau ke kota. Dia sedang gila bayang akan puteri tersebut. Cara untuk mengubatkan Kasim adalah dengan membawa membawakan Tiga biji kelapa pandan yang masih muda. Bapa Kasim segera mencari kepala pandan seperti yang diminta oleh perawat tadi. Setelah semuanya tersedia, dua biji kepala pandan itu dibelah untuk diambil isi dan airnya. Hanya tinggal yang sebiji lagi kelapa pandan yang tinggal. Perawat segera mengambil sebiji kelapa pandan itu dan menghentakan kelapa tersebut ke dahi Kasim. Terperanjat Kasim dibuatnya. Dia segera melompat ke belakang takut-takut akan di hambat oleh perawat itu lagi. Perawat meminta kasim duduk bersila kembali di tempatnya tadi. Dia bertanyakan akan perihalnya tadi menhentak kasim dengan buah kelapa. "Adakah anak merasakan sakit tadi?" "sakit Tok," jawab Kasim yang masih kebinguggan. "Begitulah juga akal jika tidak mahu digunakan pada tempat yang betul. Lama-lama akal akan menjadi tumpul. Jika kamu merasa sakit, bermakna kamu ini sudah sihat nak. Kamu minumlah dulu air kelapa ini dan isinya. Habiskan kesmuanya. Bacakan dulu al-Fatihah dan selawat sebelum minum."kasim menurut sahaja kata-kata perawat itu. Perawat mengingatkan kasim bahawa dalam hidup kita boleh diibaratkan sebagai seorang musafir atau pengembara. Adakala susah adakala senang. Adakala cergas adakala sakit. Jika dahaga carilah telaga untuk mengambil air, jika kelelahan berhentilah sebentar di bawah pokok untuk mengumpulkan kembali tenaga. Jangan pula terlalu lama berada pada sesuatu tempat, kerana bimbang tidak sampai ke penghujung pengembaraan. Jangan pula berada pada seuatu tempat terlalu singkat, sehingga terlalu melihat keindahan tempat tersebut dan mengumpulkan bekalan utuk ke destinasi seterusnya. Jika terasa takut atau ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat, teruskan berjalan dan jangan memandang ke arah belakang kerana bimbang terpengaruh dengan perasaan was-was yang merugikan. Di setiap perjalanan hendaklah dimulakan dengan nama Allah s.w.t. dan niat yang betul. "Itu sahaja yang Atok nak pesan kepada kamu", Atok tersengih hingga menampakan giginya yang tidak tersusun itu.

Kini baru kasim faham akan maksud Atok yang merawatnya. Dia tidak boleh terlalu mengikut hati dan perasaanya dalam membuat keputusan dalam kehidupan. Setiap pilihan perlulan mengunakan akal fikiran yang waras beserta dengan niat yang betul. Barulah setiap tindakan akan menjadi lebih berkesa. Dia kini tersedar dari lamunanya. Dia bernekad untuk meneruskan pengembaraanya lagi di kota Besar. Dengan sedikit pengetahuan baru berserta dengan niat dan doa Ibu Bapa. Mudah-mudahan, hidup kita mendapat keberkatan dunia dan akhirat.


0 Cerita Utama:

Post a Comment