Beberapa bulan yang lepas, admin menghadapi masalah berat badan yang serius. Sakit kepala dan migrain yang berterusan serta beberapa masalah kesihatan yang lain. Admin teringat akan sahabat lama admin yang menggunakan produk Herbalife lantas menghubunginya untuk mencari jalan penyelesaian. Dari berat badan 92kg, admin merasakan sedikit demi sedikit perubahan fizikal yang di alami lebih-lebih lagi saiz pinggang. Terasa seluar yang selalu dipakai semakin longgar. Bila berjoging, tidak terasa sangat mengah-mengah dan kelesuan juga semaikn hilang. Selain itu, kita juga dapat mengawal selera makan serta berjimat dengan pengambilan nutrisi yang sihat dan seimbang sekurang-kurangnya sebagai sarapan. Beberapa minggu kemudian, satu botol F1 Herbalife sudah habis diminum. Bila ditimbang semula, berat badan admin sudah turun sebanyak 3.9kg. Wow! Agak mengembirakan. Selang beberapa bulan kemudian lebih kurang 4 bulan, admin telah kehilangan berat badan sebayak 8kg iaitu dari 92kg kepada 84kg. Admin mahu mendapat berat badan yang ideal lebih kurang dalam 63kg. Jadi, admin sudah membuat satu matlamat bahawa tahun ini admin mesti mendapatkan berat badan yang kurang daripada atau sama dengan 65kg. Mohon dipermudahkan ya Allah. Demi kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Amin.
Kat sini admin nak kongsi satu resepi shake yang selalu admin buat sebagai sarapan. Okey. Resepi ini diberi nama shake Coklat Biskut. Mula-mula, masukan 1 atau 2 scope besar F1 perisa Coklat ke dalam shake cup.(Lebih scope pun tidak mengapa untuk lebih rasa Coklat) Kemudian masukan quaker oat dalam 3 scope besar. Tambahkan sedikit madu. Dan letakan 2 keping biskut Tiger perisa cokelat. (Nak letak biskut Marie atau Chipsmore pun boleh). Akhir sekali air sebanyak 300 ml secukup rasa. Goncangkan sehingga sebati. Kemudian, Minum... Selamat Mencuba =_)
0 Cerita Utama:
Post a Comment