April 01, 2014

Komen Buku: Jejak Ibnu Battuta

                                                        
                                         Buku terbaru dari PTS. Boleh di dapati di MPH.


Sinopsis :


   Ibnu Battuta terkenal sebagai seorang pengembara Muslim abad ke-14. Kisah perjalanan Ibnu Battuta yang begitu mengujakan dan luar biasa ini, membuatkan dunia Barat memberikanya jolokan 'Marco Polo Dunia Muslim' kepada Ibnu Battuta. Rose E. Dunn mengupas jejak perjalanan Ibnu Battuta yang merentas hampir 30 tahun ke daerah-daerah yang sama luasnya dengan 44 negara zaman moden kini. Penulis menterjemahkan dalam konteks sosial dan budaya masyarakat Islam, dan dimensi interaksi manusia di Timur pada Zaman Pertengahan.


   Buku yang ditulis oleh profesor sejarah dari San Diego State University ini bukan sekadar memberikan keterangan yang relevan bagi memahami kisah perjalanan Ibnu Battuta, namun juga menempatkan Ibnu Battuta dalam konteks sejarahnya. Dengan menggunakan pendekatan kritis berdasarkan pengalaman pengembaraan Ibnu Battuata, kajian ini merupakan pengenalan bagi mendalami seluruh dunia Islam pada abad ke-14.

Komen admin :

   Admin sememangnya menyanjung Ibnu Battuta dan karyanya. Beliau merupakan salah seorang sarjanawan Islam yang telah mengelilinggi dunia dan mencatatkan peradaban dan ketamudan masyarakat dunia pada abad ke-14. Antara karyanya yang menjadi rujukan dunia sehingga sekarang adalah seperti Rehlah. Beliau mencatatkan setiap perjalanannya dari sebuah benua ke sebuah benua yang lain dan mengabadikanya di dalam buku Rehlah. Perjalananya bermula apabila beliau mahu menunaikan haji di Baitullah ketika umurnya meningkat dewasa. Maka bermulah perjalananya dari Magribi ke Mesir hinggalah tiba ke Tanah Arab. Sejak dari situlah beliau menanamkan azam untuk mengembara ke seluruh dunia. Pengembaraanya dengan berjalan kaki, menaiki kenderaan dan belayar banyak memberi inspirasi kepada umat Islam bahawa hidup di dunia ibarat musafir yang berjalan jauh. Destinasi terakhirnya adalah negeri akhirat. Beliau juga pernah menghadapi saat-saat getir dalam pengembaraanya hingga nyaris-nyaris mengadaikan nyawa, tetapi perancangan Allah lebih teliti. Dia terselamat dalam kesemua bahaya yang dihadapinya. Semoga karyanya menjadi inspirasi dan teladan buat manusia sejagat. Sebuah buku yang patut ada dalam koleksi buku anda.

Antara komen pembaca :

   "Buku hasil karya Ross E. Dunn ini penting kerana buku beliau mengupas kisah Ibnu Battuta secara mendalam dan menarik. Buku ini tidak seperti karya tiga jilid Gibb yang hanya menjadikan kisah Ibnu Battuta sebagai sumber rujukan. Dengan pendekatan ini, Dunn mengulas beberapa hal penting kepada para pembaca." -Taufik Abdullah, Pakar Sejarah, Ph.D., Universiti Cornell, Ithaca, Amerika Syarikat.


Sumber : http://pts.com.my/buku/jejak-ibnu-battuta/






1 comment:

  1. Assalamualaikum, singgah ziarah dan baca entri.

    P/S: Saya ada buat promosi buku saya, Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM. Jika berminat boleh pesan terus dengan saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Terima kasih.

    ReplyDelete