August 29, 2014

Menganggur.. (FEBUARI 2013-JUN 2014)

Salam Jumaat semua. Sudah lama admin tak update apa-apa kat blog ni. Yelah. Mana taknya. Admin asyik berjalan sahaja. Awal tahun admin ke Melaka dari bulan Januari hinggalah bulan April. Tu yang senang sahaja nak post apa-apa entery. Pertengahan bulan April hingga akhir bulan Jun pula, Admin berada di Batu Pahat, Johor. Menghabiskan sisa-sisa waktu sebagai penganggur lepasan graduan universiti di kampung. Masa itu pulaklah laptop rosak. Jadi admin tak dapat nak tulis apa-apa kat blog ni. Admin menghabiskan kebanyakan masa menganggur dengan membaca buku. Kan dulu masa belajarkan ada peruntukan BR1M untuk graduan membeli buku. Lebih kurang RM 200 dan RM 250. Banyak jugalah buku yang belum habis dibaca. Admin mengambil kesempatan ini untuk menghabiskan membaca buku-buku tersebut. Ada juga buku-buku yang admin membaca berulang-ulang kali. Kebanyakanya buku kewangan dan pengurusan masa.

   Dikesempatan ini biarlah admin bercerita sedikit tentang aktiviti admin ketika menjadi penganggur lepasan graduan universiti. Walaupun bunyinya agak kerek sedikit, tetapi admin tetap juga mahu berkongsi dengan jujur kepada anda semua sebagai wadah pengajaran dan tauladan. (Jap! Nak tarik nafas dulu. Bagi Relaks. huhu..) Kisah pengangguran bermula pada pertengahan bulan Febuari 2013. Waktu itu negara sedang menyambut Tahun Baru Cina. (Tak silap admin tahun itu adalah tahun ular tanah.) Admin pula baru sahaja menyelesaikan program Latihan Industri selama 6 bulan. (Untuk pengetahuan umum, subjek practicle bagi pelajar FTMK UTeM adalah pada semester akhir.) Bermakna admin telah menghabiskan sesi pembelajaran bagi bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkain) selama hampir 5 tahun di UTeM. (Dari Julai 2008 hinggalah Febuari 2013) dan Majlis Konvokesyen pada Oktober 2013. 

   Ceritanya bermula apabila Boss tempat admin practicle memberikan tawaran kerja kepada admin sebagai IT support and Trainee. Admin memohon kepada Boss untuk bercuti rehat sebentar. Boss bermurah hati untuk memberikan cuti rehat tetapi pesanya jangan terlalu lama. Akhirnya admin pun pulang ke kampung. Bila berada di kampung, tiba-tiba admin teringat akan kerja-kerja sambilan yang pernah dilakukan dahulu. Admin mahu membuat kerja-kerja sambilan yang pernah dilakukan dahulu sewaktu berada di kampung. Admin mula bekerja sebagai pelayan restoran yang terletak di sebelah Sungai Batu Pahat. Tidak lama kemudian, admin bertukar kerja di kantin Hospital Batu Pahat. Admin bekerja sebagai penjual kuin dan pau. Dari bulan March 2013 hinggalah awal Mei 2013 admin bekerja  di situ hinggalah admin berhenti kerja kerana berasa kurang selesa dan tidak sedap badan. Admin menjadi penganggur sepenuh masa dari Mei 2013 hingglah Ogos 2013. Pada masa itu, adalah juga admin belajar untuk mengutip plastik dan tin aluminium terpakai untuk dihantar di tempat kitara semula dan mendapat sedikit bayaran. Admin belajar menjalani kehidupan yang susah. Daripada budak office, admin bekerja di dapur dengan gaji RM 25 sehari, kemudian admin mengutip barangan terpakai yang berharga RM 2.50 bagi 1 kilogram timbangan. Admin redha kerana Admin sendiri memilih jalan ini untuk belajar dari kehidupan. Ada juga masanya admin belajar bertukang dan membuat perabot dari pak cik. Mungkin kerana kurangnya minat terhadap pembuatan perabot, admin mengundurkan diri dari pertukangan perabot walaupun darah dan tangan bertukang mengalir dalam diri admin. (walaupun tak minat bertukang, tetapi apabila admin bertukang jadi pula kerusi dan meja yang dibuat.) Selepas Hari Raya Aidilfitri 2013, admin akhirnya memohon kerja di sebuah kedai kain terkemuka. Pada September 2013, admin mula bekerja dengan gaji pemulaan RM 500. (masa ini admin masuk belum cukup sebulan dan gaji pokok lebih kurang RM 750.) Ketika bekerja di sini, admin belajar tentang keperluan asas bagi manusia itu ada tiga pekara. i)makanan. ii) pakaian. iii)tempat tinggal. (Admin menyangka sebelum ini bahawa keperluan manusia itu hanyalah makanan sahaja. haha.. jenis kuat makan) Bermula dari situ, admin belajar akan jenis-jenis kain seperti chiffon, cotton (kapas. Admin suka jenis kain ini. sejuk dan selesa), silk (sutera. orang lelaki haram memakainya) dan satin (jenis kain licin yang sesuai untuk baju melayu.) Admin belajar cara-cara memotong kain, melipat kain dan mengukur kain. Di sini ramai juga perunding jualan yang terdiri daripada kaum hawa. Pernah sekali admin diminta memberikan pendapat daripada seorang pelanggan. Dia tidak tahu hendak memilih warka coklat terang atau kuning gelap. Admin memberikan pendapat bahawa warna kulit pelanggan adalah cerah dan sesuai dipadankan dengan warna pakaian yang sedikit gelap agar warnanyi bagi timbul. Jadi admin mencadangkan warna cokelat terang adalah sesuai bagi warna kulit yang cerah. Pelanggan mengatakan bahawa admin seperti perunding imej berbanding perunding jualan. Admin tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tersebut. Satu lagi tips yang admin dapat bagi pemilihan warna pakaian, i) jangan memilih warna kelabu kerana warna ini kelihatan tua bagi orang muda. ii) jangan menggabungkan warna hitam dan warna putih di sesuatu majlis kerana kelihatan terlalu kontra dan seperti 'tahi cicak.' (tahi cicak bewarna hitam dan putih.) Admin akhirnya berhenti kerja pada Disember 2013 kerana merasakan kerja di kedai kain terlalu mengongkong dan kerjaya kita hanya dalam kedai kain sahaja. Admin mahukan pengalaman yang lebih terbuka dan mencabar. Admin bertekad mahu merantau ke Melaka. Awal tahun 2014, pada pertengahan bulan Januari 2014, admin berpindah sekejap di Melaka menumpang di rumah rakan semasa belajar di UTeM. Banyak pekara berubah semasa di Melaka. Admin mendapat banyak tawaran pekerjaan seperti IT Department di MyDin Ayer Keroh, Marshall Golf di AKCC, temuduga untuk IT Network Enggineer di KL, call interview  untuk IT Network Trainee di Cyberjaya dan akhir sekali temuduga SPA untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17. Banyak juga resume yang admin hantar ketika itu. Masa yang terluang admin habiskan dengan menulis novel dan update cerita dogeng rakyat di blog ini. Ada juga admin hantar article dogeng rakyat moden kepada majalah melalui e-mail. Antara banyak-banyak majalah hanya majalah Solusi sahaja yang memberikan respon paling positif. Cerita Dogeng Rakyat Moden akhirnya tersiar di majalah Solusi is ke-70 pada bulan Julai 2014. Di Melaka juga, admin belajar untuk menjadi jurujual majalah dan buku-buku agama, minyak wangi kereta dan produk kesihatan seperti minyak habatus sauda, dan minyak zaitun. Admin belajar bahawa dalam kehidupan kita jangan takut untuk di reject. Tidak kiralah dalam apa jua pun. Cuba dahulu, jika tidak berjaya teruskan berjalan mencari orang atau pelanggan yang perlukan barang jualan kita atau perkhidmatan kita. Akhirnya pada April 2014, admin pulang ke kampung untuk pergi temuduga SPA di Johor Bahru. Sepaanjang berniaga secara jualan langsung admin mendapati bahawa pengurusan kewangan adalah sangat penting dalam kehidupan. Ini adalah untuk kita mengelakan budget lari, atau kehilangan wang pusingan modal. Selain itu, simpanan juga penting sebagai persedian modal ataupun kegunaan waktu-waktu kecemasan. Admin sekali lagi menganggur di kampung pada April 2014 hinggalah pertengahan Jun 2014 sebelum dipanggil untuk melapor diri di JAKOA. Admin kembali bertukang untuk mengisi duit kocek sepanjang berada di kampung. Pengalaman dari kehidupan adalah guru terbaik kita. Walaupun admin tidak mengalami masalah kewangan yang serius tetapi admin bersyukur kerana dapat belajar dari kehidupan. Walaubagaimanapun, admin masih lagi mendapat bantuan daripada keluarga andainya betul-betul kesempitan. Abah,Mak,Atok dan Pak Cik sedia membantu. Alhamdulillah. Kami adik-beradik dikelilingi pembimbing yang sedia membantu. Insyallah. cerita saya ini dapat memberi inspirasi dan ilham membuka minda bagi graduan yang tengah menganggur. Apa-apa hal.... Jangan putus asa, kerana kita ada yang Maha Esa. Salam Sayang dari admin (rahimpengasih.blogspot.com)


4 comments:

  1. Good Luck sahabat..biji yang disemai harini dengan usaha dan tawakal pasti menghasilkan buah yang manis :) never give up :) follow ur passion.. Akhirat is our destination

    ReplyDelete
  2. Thanks sahabat...erti hidup untuk memberi...yeah!!!

    ReplyDelete
  3. kejayaan selepas kesusahan menjadikan kesusahan yang ada sebagai semangat kehidupan...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dr bu...menangis saya mendengarnya...(jujur)

    ReplyDelete