January 09, 2015

Dogeng Rakyat Moden : Rindu Si Burung Bayan

    Alkisah. Terdapat sebuah cerita. Kisah seorang putera raja yang memendam rindu. Kepada tunangnya, seorang puteri raja. Kerana berada sedang bermusafir jauh diperantauan. Hari-hari Sang Putera memendam perasaan rindu terhadap tunangnya. Dia meluahkan hasrat hatinya kepada seekor burung Bayan yang menemaninya sejak kecil. 'Wahai burung. Ketahuilah kau bahawa aku sebenarnya sangat rindukan kepada Sang Puteri pujaan hatiku. Hampi setiap malam aku menyebut namanya dalam tidur dan dalam mimpiku." Luah Sang Putera. "Malam tadi pun Patik mendengar Tuanku mengigau lagi akan nama Sang Puteri." Allah memberikan ilham kepada burung Bayan itu boleh berkata-kata. "Itulah pasalnya. Adakah kau tahu wahai Burung akan ubat penawar bagi hatiku ini?' Sang Putera meminta nasihat dari burung Bayan. "Setahu Patik. Penyakit memendam rindu ini, hanyalah dapat diubati dengan berjumpa orang yang dirindu itu sahaja. Jikalau tidak..." Burung Bayan berhenti bercakap seketika. 'Jika tidak kenapa burung?" Sang Putera tidak sabar inginkan kepastianya. "Jikalau tidak, tuanku akan jatuh gering (sakit). Tidak lalu nak makan, tidak lalu nak minum. Nak mandi pun kadang-kadang sahaj tuanku." Terang Burung Bayan itu lagi. "Sampai sebegitu sekali penyakit memendam rindu itu burung. Payah juga aku mendengarnya." Sang Putera termenung seketika. Bayang-bayang Sang Puteri muncul lagi. Angau sudah Sang Putera kita!

    "Tapi Tuanku. Patik pernah mendengar akan ubat paling mujarab bagi penyakit rindu Tuanku ini." Tiba-tiba Burung Bayan memberikan idea kepada sang Putera. "Adakah kau tahu akan ubatnya wahai burung? Ceritakanlah." Sang Putera kembali bersemangat untuk mendengar cerita burung Bayan. "Begini tuanku. Pernah ada suatu ketika, Raja pernah mengundang beberapa orang alim datang ke istana untuk belajar agama. Patik terdengar bahawa dengan banyakan berzikir dapat mengubati apa-apa penyakit hati." burung Bayan bercerita. "Macam mana yang dimaksudkan dengan banyak berzikir itu burung?" Sang Putera bersungguh-sungguh ingin tahu. "Kata alim itu, banyakan berzikir itu dengan mengingati Allah sewaktu berdiri, sewaktu duduk dan sewaktu baring." burung bayan menyambung cerita. "Itu sahajakah caranya burung?" sang Putera masih mahukan penerangan yang lebih terperinci. "Dengan cara mengingati Alalh sahajalah hati-hati manusia akan menjadi tenang Tuanku." burung Bayan menghabiskan ceritanya. "SubahanAllah. Kau memang Bijaksana. Terima kasih kerana menasihati aku burung." Sang Putera akhirnya sedar akan apa yang menyebabkan dia memendam rindu.

   Sewaktu berada diperantauan, barulah dia merasa rindu akan apa yang dia tinggalkan. Namun atas nama tanggungjawab dan amanah yang diberikan, Dia terpaksa meninggalkan apa yang mereka sayang untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai. Pengorbanan perlu dilakukan. Barulah kita akan tahu menghargai. Burung Bayan yang menemani Sang Putera selalu sahaja memberikan nasihat dan motivasi kepadanya supaya tidak tersasul dari landasan kehidupan. Alhamdulillah. Akhirnya Sang Putera selamat dari pelayaranya dan kembali ke kampung halaman. Dia telah bertemu dengan sesuatu yang paling bernilai untuk pelayaran kali ini. Dia telah belajar untuk menghargai orang yang tersayang. Terima Kasih burung Bayang yang petah berkata-kata...

0 Cerita Utama:

Post a Comment