August 25, 2015

Program Titian Emas, Meredah Hutan Mendekati Alam

   Salam Keceriaan semua. Hari ini dah gaji. 25 Ogos 2015. Alhamdulillah. Bolehlah saya balik kampung.  Okey. Hari ini, admin nak berkongsi cerita berkenaan 'jungle tracking'. Sudah lama sebenarnya admin tak masuk hutan panjat-panjat gunung ni. Apa yang paling admin ingat adalah sewaktu sekolah dahulu. Kami mengadakan Kem Perkhemahan Bersepadu buat semua Kadet Beruniform sekolah. Aktivitinya adalah mendaki Gunung Lumut di Kluang, Johor. Fuh! Seronok dan penatnya bukan alang kepalang. Sampai admin rasa tak nak mendaki gunung lagi dah lepas ni.

   Bila sudah bekerja di Jabatan Kemajuan Orang Asli ni, rasa lain pula. Admin lebih mendekati alam. Mandi air sungai, daki gunung-gunung, makan ulam-ulam. Berbeza dengan apa yang admin bayangkan suatu ketika dahulu. Admin jadi suka pula dengan kerja ni. Rileks! Lapang betul fikiran ni. Tak payah nak fikir pasal traffic jam. Keluar awal pagi, balik lewat petang. Seperti yang pernah admin rasakan ketika menjalani Latihan Industri di Shah Alam suatu ketika dahulu. Alhamdulillah Syukur.

    Okey, Kita 'street to the point' lah. Pada Jumaat minggu lepas,admin menjadi peserta untuk Program Titian Emas 2015. Program ini bermula dari Kampung Orang Asli Pos Lenjang, Kuala Lipis sehinggalah ke Kampung Orang Asli Pos Senderot, Kuala Lipis. Pos Lenjang ni tempatnya berdekatan dengan Cameron Highland. Boleh dikira kami bermula dari tempat yang tinggi, kemudian turun perlahan-lahan ke Pos Senderot yang letaknya berdekatan dengan daerah Raub. Jauhnya pula lebih kutang 30 km. Fuh! Bayangkan admin meredah hutan belantara dengan berjalan kaki sepanjang 30 km. Boleh tahan jugalah! 

   Program bermula pada awal pagi hari Sabtu. Selepas sarapan dan melakukan sedikit regangan senaman warisan, kami bertolak dari Pos Lenjang pada pukul 8.30 pagi. Masa mula-mula bertolak, semua orang happy dan bersemangat. Siap sempat lagi bergambar sebagai kenang-kenangan. Admin diletakan dalam Group 4 seramai 8 orang. Tetapi akhirnya menjadi 6 orang apabila ada peserta yang tarik diri pada check point pertama. Teruskan berjalan.

   Makin lama berjalan, makin jauh pula rasanya berada dalam hutan belantara. Kami meredah denai. Kemudian menyeberangi anak sungai, sehinggalah ke hutan tebal. Bila dah jauh masuk ke dalam hutan, terasa damai pula melihat keindahan alam. Sambil mendengar kicauan burung yang pelbagai hati ini terasa damai pula. Fuh! Sungguh menenangkan. Terdapt juga cendawan-cendawan yang tak pernah admin nampak sebelum ini. Jangan pula pandai-pandai nak memetik cendawan sebarangan. Nampak sahaja cantik dan bewarna-warni dari luaran. Kadang-kala kita tidak tahu yang mana satu cendawan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan. Dapat yang beracun nanti parah pula jadinya. Baik tanya terus pada yang pakar cendawan.

   Admin menghayati keindahan alam sepanjang berada di dalam hutan tebal ini. Maklumlah, program macam ni jarang-jarang nak jumpa. Ini lah masanya untuk kita lebih mendekati alam. Macam mesra-mesra alam gitulah bunyinya. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang terdapat dalam hutan tebal ini. Tapi admin tak jumpa pula dengan bunga raflesia. Teringin juga admin nak tengok bunga raflesia ni dengan mata kepala sendiri. Sepanjang berjalan meredahi hutan belantara ini, alhamdulillah. Tak ada pekara yang tidak elok berlaku. Jika ada prasangka pun, perlulah dibuang jauh-jauh. Admin teringat akan pesan urusetia program sewaktu sesi taklimat program. "Dalam hutan tidak boleh cakap benda yang bukan-bukan. Kalau dah jumpa dengan tahi gajah, jangan sebut gajah. Kalau dah nampak dengan belang harimau, jangan sebut nama hariamu. Kalau dah jumpa dengan tapak kaki badak, jangan sebut nama badak. Diam sahaja atau pun cakap pekara yang baik-baik. Mudah-mudahan semuanya selamat." Apabila teringatkan pesanan dari urusetia ini, admin membuang segala prasangka yang buruk-buruk ketika berada dalam hutan. Insya Allah. Semuanya selamat.

   Setelah jauh berjalan selama berjam-jam, akhirnya tibalah kami ke destinasi yang dituju. Setelah lama berada dalam hutan, akhirnya kami terjumpa juga dengan anak sungai. Menandakan dihadapan kami ada perkampungan orang asli. Tak lama lagi, sampailah kami ke Pos Senderot. Akhirnya kami tiba pada pukul 6.00 petang. Satu perjalanan yang lama di dalam hutan lebih 8 jam rasanya kami meredah hutan. Akhirnya selamat juga tiba di penghujung destinasi.

   Apa yang admin belajar dalam kembara kali ini, adalah 1) kita mesti berfikiran positif dan berbaik sangka, kerana kita tidak tahu apa sebenaranya ktia boleh capai dah lakukan. Fikir Positif dan Fikirkan Boleh. Insya Allah kita boleh lakukan. 2) Kita juga mestilah buat persediaan awal. Andai tahu nak masuk hutan tu, kurang-kurangkan lah makan. Rajin-rajin lah bersenam untuk menambah stamina dan tenaga untuk meredah hutan. 3) Kita juga mestilah sentiasa berada bersama-sama dalam kumpulan. Jangan sekali-kali berjalan sendirian dan terkeluar dari kumpulan. Sangat-sangat bahaya jika berseorangan di dalam hutan. Pesanan terakhir, bawa sekali lampu suluh dan pisau lipat ketika masuk hutan. Admin siap bawa bantal dengan cedok gayung lagi naik dalam lori. Hahaha. Kalau ada yang tanya, cakap sahaja untuk keselesaan waktu tidur dan mandi. Okey Bye!



0 Cerita Utama:

Post a Comment