December 22, 2015

Komen Buku: Eye Sheild 21 (Bahagian 5)


    Perlawanan Terakhir merebut Piala Krismas(Chrismas Bowl). Pasukan Deimon Devil Bats yang merupakan wakil bagi Daerah Kanto akhirnya mara ke peringkat akhir. Mereka akan bertemu dengan lawan dari Daerah Barat Jepun iaitu pasukan Teikoku Alexander. Setelah menghadapi lawan-lawan yang mencabar, akhirnya mereka bertembung dengan lawan yang Terkuat di Kejohanan Piala Krismas ini. Apakah usaha Devil Bats kali ini untuk mengalahkan Juara Keseluruhan American Football Peringkat Sekolah Tinggi Jepun ini? Baca sampai habis!


    Untuk memahirkan lagi skill ahli-ahli pasukan Deimon, Hiruma Yoichi meminta mereka berlatih bersama-sama jurulatih peribadi masing-masing. 1).Hiruma Yoichi(Quaterback) yang mengalamai patah tulang kanan perlu menjalani rehabilasi untuk pulih dari kecederaanya. Jadi dia tidak perlu berlatih. 2).Monta(Receiver) pula berlatih dengan Ikyuu(Receiver Shinryuji Naga) walaupun mengalamai beberapa konflik dalaman kerana dia akhirnya akan bertemu dengan anak kepada idolanya sendiri iaitu Hanjo Taka pada perlawanan Terakhir ini. Dapatkah dia mengatasi Hanjo Taka yang merupakan Genius Terlatih untuk meraih gelaran Receiver Terbaik Jepun? 3).Koboyakawa Sena(Running Back) pula akan berlatih dengan Shin Seijuro(Line Backer Oujyo White Khinght). Dia juga turut mengalami konflik apabila seseorang dari Alexander Teikoku mengakui bahawa dia sebenarnya adalah lagenda Eye Sheild 21 dari Kolej Notre Dame, Amerika Syarikat. Dia mendakwa bahawa Kobayakawa Sena telah meminjam identitinya selama ini. Yamato Takeru akan menyarungkan jersi 21 pada perlawanan Terakhir ini untuk menentukan siapakah sebenarnya yang layak memiliki gelaran Eye Sheild 21 ini. Koboyakawa Sena(Orang baru) ataupun Yamato Takeru(Lagenda Sebenar Eye Sheild 21)?



    4).Kurita Ryokan(Lineman) pula akan berlatih secara peribadi dengan Gio Rikiya(Lineman Hakushu Dinosour) yang buas itu. 5).Manakala Musashi(Kicker) pula mengatakan bahawa dia perlu bekerja kuat dalam pembinaan bangunan untuk melatih otot-otot kakinya. Kira berlatih sendirilah tu kot? 6).Jumonji(Lineman) akan berlatih dengan Kakei(Line Backer Kyoshin Poseidon). 7).Kuroki(Lineman) pula berlatih dengan Mizumachi(Lineman Kyoshin Poseidon). 8).Tagano(Lineman) juga akan berlathi secara peribadi dengan Yamabushi(Lineman Shinryuji Naga). 9). Tidak ketinggalan juga Yukimitsu(Receiver), dia akan berlatih dengan Tetsuma Juo(Receiver Seibu Wild Gunmen) untuk sentiasa bergerak dalam landasan menangkap bola yang betul. Selagi kita bergerak mengikut landasan bola, selagi itu kita berpeluang menangkap bola mengikut stratergi balingan bola Quaterback. 10).Taki(Lineman@Reciver@Running Back) pula akan berguru dengan Akaba Hayato(Running Back Bando Spider) yang bermata merah dan suka bermain gitar. 11).Kurita Kecil iaitu Komusubi(Lineman) pula berlatih dengan Otawara(Lineman Oujyo White Khinght) dengan latihan Sumo mereka. 12).Tidak ketinggalan juga Pemain Tambahan dari Kelab Olahraga, Ishimaru(Running Back). Dia juga akan mengikuti latihan bersama-sama Riku(Running Back Seibu Wild Gunmen) dengan teknik larian Rodeo Drive. "Tapi saya hanyalah pemain tambahan dari Kelab Olahraga?" Tak apalah Ishimaru selagi anda mahu mencuba. Pemain tambahan dari kelab lain pun diperlukan juga untuk Perlawanan Terakhir ini. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami sejak dari mula penubuhan Kelab American Football.


                                             
    Kejohanan Piala Krismas kini bermula. Bersedialah untuk bersaing bagi mendapatkan gelaran terbaik. Pasti ada persembahan menarik dari Kobayakawa Sena vs Yamato Takeru dan Raimon Taro vs Hanjo Taka. Masing-masing mahu merebut dan mengekalkan posisi terbaik mereka sebagai Eye Sheild 21 dan Best Reciver in Japan. Kesungguhan dan Ketabahan bertemu dengan Bakat yang Terlatih. Siapa yang Menang dan Siapa pula yang Kecundang? Deimon Devil Bats kini sudah berjaya mencapai impian mereka selama ini iaitu untuk mara ke Piala Krismas. Mereka sudah tidak mahu memikirkan apa-apa lagi di kejohanan ini. Persiapan latihan sudah dibuat. Strategi juga sudah lama ada. Apa lagi yang nak dibuat? Pergilah bermain American Football dengan perasaan gembira kerana dapat masuk ke padang tempur ini. Menang Kalah bukan lagi urusan penting. Yang paling penting adalah bermain dengan Gembira di padang American Football ini!

                         
   Komen admin untuk Bahagian Kelima ini, akhirnya Pasukan Deimon Devil Bats berjaya melangkah ke Piala Krismas seperti yang mereka semua impikan selama ini. Matlamat yang telah ditetapkan beberapa tahun dahulu di Sekolah Menengah Tinggi Deimon akhirnya terlaksana pada hari yang bersejarah ini. Kelab American Football yang pada mulanya hanya 3 orang, kemudian menjadi 2 orang dengan pengunduran Musashi akhirnya kini berjaya melengkapkan 11 orang pemain Utama mereka dan 2 orang pemain tambahan. Watak-watak tambahan dan dianggap kecil juga tidak dilupakan dalam membina semangat berpasukan ini. Seperti watak Ishimaru yang sentiasa menegaskan dari mula bahawa dia hanyalah pemain bantuan dari Kelab Olahraga tidak pernah disingkirkan dari Deimon Devil Bats. Malah sehingga ke peringkat akhir Piala Krismas, Ishimaru tetap meneruskan latihan bersama-sama para pemain yang lain. Begitu juga dengan watak OtoSadake dari Kelab Sumo. Walaupun dia selalu sahaja merunggut kerana keletihan. Apa yang penting adalah kerjasama dan Semangat Berpasukan. Pasukan Devil Bats sebenarnya sudah berjaya mencapai matlamat mereka untuk Mara ke Piala Krismas. Jadi, pekara Menang Kalah bukanlah urusan penting bagi mereka. Yang penting adalah masuk ke padang American Football dan bermain dengan Gembira. Bila kita berjaya mengawal emosi Gembira, Kemenangan akhirnya akan datang bersama-sama dengan Orang yang Gembira. Kata orang putih apa? Happy Go Lucky. Bagi admin, ayat yang paling tepat adalah...........................   Let's The Best Man WIN! 

0 Cerita Utama:

Post a Comment