December 31, 2015

Siapa Admin?

   Salam Ceria. Tajuk cerita hari ini ialah Siapa Admin. Siapa sebenarnya admin dalam rahimpengasih ni? Kenapa guna nama admin? Kenapa tak pakai nama sebenar? Siapa pula admin ni sebenarnya? Untuk menjawab segala teka-teki di atas biarlah saya ceritakan serba-sedikit berkenaan admin. 



   Dalam bahasa komputer administrator ialah Pentadbir sistem dan user pula ialah Pengguna sistem. Kalau nak faham dengan lebih jelas, cuba tonton filem TRON Legacy. Oleh kerana admin sudah berkecimpung di dalam dunia IT lebih kurang hampir 5 tahun, biarlah saya menggunakan sahaja nama pena penulis blog ini dengan gelaran admin.  Sekurang-kurangnya tak sia-sialah admin belajar Sains Rangkaian Komputer hampir 5 tahun tu. Berbaloi juga rasanya admin bayar yuran penggajian setiap semester dan masuk kelas. Ada juga ilmu yang admin bawa untuk bekerja sebagai blogger sambilan ni. Tak gitu kawan-kawan?



   Kadang-kala admin terfikir, kenapalah  admin lambat sangat GROW dalam blogger ni. Blog rahimpengasih ni dah ada dekat 5 tahun. Follower pula jarang-jarang ada. Income nuffnang pun tak pernah berbuah lagi. Kenapa ya? Rupa-rupanya, ilmu berblog admin masih lagi kurang dan belum berbuah. Admin perlu belajar lebih lagi untuk mengembangkan ilmu blogging ni dengan Sifu-Sifu blogger yang handal-handal. Seperti Sifu Cik Epal, Sifu beatiful nara, Ustaz Saifulislam dan ramai lagi yang otai-otai blogger kat luar sana tu. Huhu. Syukur Alhamdulillah, aku masih lagi mampu untuk menulis dan menaip. Okey! Selamat berubah blog rahimpengasih. Semoga anda menjadi wadah penyampaian ilmu yang berguna buat masyrakat sejagat. Sayonara 2015!

 

0 Cerita Utama:

Post a Comment