December 04, 2015

Tahun ini lebih baik!

   Salam Jumaat. Apa khabar para pembaca? Sihat? Alhamdulillah. Cerita hari ini lain sedikit. Sebab admin nak cerita berkenaan hari ini MESTI lebih baik dari semalam. Cerita bermula apabila admin mula membaca artikel-artikel lama di rahimpengasih. Tahun 2014. Aku tulis 25 artikel. Tahun ni pulak. Ada 16 artikel sahaja. Eh! Makin lama makin sedikit pula aku tulis. Tak boleh jadi ni. Tahun ni kena tulis banyak sikit.(walaupun dah hujung tahun). 

   Memandangkan aktiviti menulis blog tahun ni tidak begitu memberansangkan, admin bercadang mahu menulis 10 artikel lagi pada bulan ni supaya Tahun 2015 lebih banyak artikel daripada Tahun 2014. Kira nak cuba kalahkan Tahun lepaslah. Sekarang ni aku dah tulis 16 artikel. Tambah yang satu ni, jadilah 17. Jadi ada lagi 9 artikel yang perlu aku karang sebab nak dapatkan 26 artikel. Tahun lepas 25 artikel. Kira jadilah tu. Kenalah rajin-rajinkan sikit jari-jemari ni nak menaip artikel.

    Berbanding dengan tahun lepas, tahun 2015 ni admin dapat lebih banyak income dari nuffnang dan seorang follower. Income tak boleh keluar lagi sebab tak cukup syarat, tapi ada penambahan. huhu. Naik seringgit pun aku dah happy! Jadi, tahun hadapan, aku kena lebih rajin meng'update' rahimpengasih dan belajar daripada pakar blooger tentang cara-cara untuk menambahkan income melalui blog dan menambah rakan blogger serta follower. Tunjuk ajar ku Sifu.

    Akhir kata, 'Hari ini MESTI lebih baik dari Semalam'. Barulah ada peningkatan dalam hidup. Bangun lebih awal. Sentiasa Bersemangat untuk Memajukan Diri. Pilih untuk Berfikir Positif. Ajarkan Hati supaya Berbaik Sangka dengan pemberian Allah swt. Cuci kolam Jiwa dengan perbanyakan Bersedekah. Dan Jadilah Orang yanh Cergas dengan Bersenam. Senyum Selalu.... Salam Ceria.

0 Cerita Utama:

Post a Comment