Salam Maju Jaya. Hari ni admin ada cerita menarik nak kongsi pada kawan-kawan blogger semua. Ramai orang tak percaya apa yang admin lakukan ni. Tapi ramai juga yang kagum. Apa yang admin telah buat sampai ramai orang tertanya-tanya kepada admin apa yang telah berlaku? Nak tahu cerita selanjutnya? Jom Kongsi Cerita...
Apakah ini? Ini adalah sebuah kereta Kancil yang mengandungi Motor Demax EX90. Ramai orang tak menyangka bahawa kereta Kancil muat-muat untk mengisi sebuah motorsikal bersaiz sedarhana. Hari ini admin berjaya membuktikanya. Bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja.
Kenapa kereta kancil ni boleh bawa Motorsikal? Kenapa tidak disewakan lori nak bawa motorsikal ni? Ada pula motor disumbatkan dalam kancil. Sebenarnya begini kawan-kawan. Admin baru sahaja berpindah dari Raub, Pahang ke Batu Pahat, Johor. Untuk mengelakan admin daripada berulang -alik dari Pahang ke Johor untuk urusan ambil barang, Admin membuat keputusan untuk bergerak sekali jalan sahaja. Admin membuka kerusi hadapan dan kerusi belakang kancil lalu ditempatkan di kereta kawan admin. Lalu admin masukan motorsikal Demak EX90(Kuda Padi) ni melalui bonet belakang kereta Kancil Admin.
Kan muat-muat tu. Jimat Ruang, Jimat Wang. Tak payah nak susah-susah hantar motor pakai Pos yang memerlukan modal sebanyak +-RM250(lebih kurang). Baki barang-barang yang lain, admin masukan ke dalam kereta kawan admin dan kereta admin sendiri. Admin dah berjaya membuktikan bahawa kita boleh mencapai apa jua cita-cita positif yang diimpikan selagi kita berdoa dan berusaha. Nothing Imposible! Ini sahaja untuk cerita kali ini. Lain kali cerita lagi kawan-kawan. Selamat Maju Jaya.
0 Cerita Utama:
Post a Comment