April 28, 2016

Duit Tambahan Melalui Clixsense?

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Baru-baru ni, admin adalah sibuk mencari-cari pendapatan tambahan dengan mencari kerja on-line di internet. Ada rakan-rakan admin yang mencadangkan supaya buat sahaja kerja on-line sebagai Traslator, Help-Desk, Data-Entry dan bermacam-macam lagi kerja di internet. Admin ada juga menyertainya. Tetapi ilmu berkaitan bidang-bidang tersebut amatlah kurang hinggakan admin tidak dapat untuk menerima apa-apa tugasan yang hendak dibuat selama berminggu-minggu lamanya. Hinggalah admin terbaca tentang .Cara Mendapatkan Dollar Amerika dengan Klik Iklan'. Bagaimana pula tu caranya? Jom Kongsi Cerita Clixsense...

   Admin memang tak pernah dengar pun sebelum ini orang boleh membuat duit dengan hanya klik pada iklan di internet. Hanya baru-baru ni sahajalah admin menyedari bahawa sudah ramai orang yang mencari duit di internet dengan berbagai-bagai cara klik iklan di internet. Kerja-kerja sebegini dianggap mudah dan digelar 'micro task'.

   Setelah melihat beberapa bukti pembayaran daripada rakan-rakan Clixsense yang lain, barulah admin mula percaya bahawa kita memang boleh mencari duit di internet dengan hanya klik iklan; jawab 'survey'; tonton video iklan; dan selesaikan tugasan kecil yang diberikan untuk beberapa sen dollar Amerika. Apabila kerja-kerja seperti ini dilakukan setiap hari di internet dengan melapangkan masa lebih kurang 30 minit sehari, kita akan berjaya mengumpul lebih kurang $10 dollar hingga $20 dollar sebulan. Ini adalah hasil daripada pemerhatian admin dan bukti yang diberikan di ruangan forum Clixsense. Admin sendiri baru berjaya mendapat $10 dollar sebulan hasil daripada klik iklan dan jawab 'survey'. Andai anda ada 'Smart phone' dan internet yang laju, jangan lupa untuk tonton video iklan dan Selesaikan tugasan kecil yang diberikan oleh pihak Crowd Flower untuk menambahkan lagi pendapat Tuan/Puan di Clixsense. Siapa tahu, anda juga mampu mendapatkan daripada $10 dollar sebulan kepada $10 sehari. Memang boleh! Saya belum berjaya bukitkan pendapatan  $10 dollar sehari tetapi berdasarkan pemerhatian saya memang tidak mustahil. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah segera dengan klik iklan di bawah untuk melombong Dollar Amerika dari internet melalui Clixsense. Teruskan belajar hingga berjaya... Tahniah.






0 Cerita Utama:

Post a Comment