April 19, 2016

Mental Kuat!

   Salam Kesihatan buat pembaca yang dihormati. Hari ini admin datang pejabat sambil mendengar Selamat Pagi Malaysia di tv1. Dan pengacara sedang bercerita tentang 'Kesihatan Mental'. Sejak bila pula Kesihatan Mental menjadi perhatian umum pada masyarakat hari ini? Bukan ke sebelum ini kita banyak mengutamakan kesihatan fizikal berbanding kesihatan mental. Apa pula punca-punca terjadinya kesihatan mental yang semakin menular dan berakar umbi di negara kita? Jom Kongsi Cerita!

   Pertama sekali sebelum saya memulakan bicara, marilah kita bersalawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah peradaban Kesultanan Melayu tidak pernah menceritakan tentang perubatan kesihatan Mental. Apa yang selalu diketengahkan oleh orang dahulu adalah perubatan secara tradisional dan herba untuk ubat-ubatan. Mungkin ada juga satu dua cerita 'orang mengamuk' seperti dalam Hikayat Hang Tuah yang menceritakan ada orang mengamuk di pasar lalu di selesaikan dengan keberanian Hang Tuah 5 bersaudara. Itu cerita dahulu.

   Cerita orang sekarang lain pula. Banyak kes-kes yang bukan-bukan admin tak dapat nak ceritakan melibatkan kes kesihatan mental. Apa punca sebenarnya? Bagi admin, jaga sahaja kesihatan fizikal dahulu. Barulah kesihatan mental juga akan turut meningkat. Bukankah 'Badan sihat, Otak cergas'. Dalam menghadapi tekanan emosi dan kegelisahan jiwa, admin berpendapat bahawa cara hidup yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w adalah cara yang terbaik untuk menghadapi tekanan hidup yang semakin mencabar ini. 1) Berbekam. 2) Amalkan pengambilan Madu secara harian. Inilah rahsia yang admin anjurkan untuk mengubati 1) Tekanan emosi keterlaluan dan 2) Kegelisahan jiwa akibat tekanan hidup. Cuba amalkan.

   Mentaliti dan Fikiran yang kuat juga penting untuk menangkis fikiran negatif. Bagaimanakah caranya untuk melatih mental supaya kuat? 1) Baca al-Quran. 2) Baca Hadis. 3) Baca buku melapangkan fikiran. 4) Dengar ceramah agama dan motivasi positif. 5) Keluar Bersenam. Amalkan. Selamat menjadi kehidupan yang sihat. ;_)