April 26, 2016

Perjanjian Sewa Rumah

   Salam Hari Selasa kawan-kawan. Hari ini sudah 18 Rejab 1437H, admin nak berkongsi cerita berkenaan 'Perjanjian Sewa Rumah' yang disiarkan di Malaysia Hari Ini pagi tadi. Admin datang kerja awal pagi, sambil-sambil tu bukalah TV3 di pejabat untuk mengetahui berita semasa. Kebetulan topik hari ini adalah berkenaan Rumah Sewa. Tetamu Undangan mereka pagi ini adalah Faizul Ridzuan yang berjaya menjadi jutawan hasil daripada Pengurusan Hartanah yang terancang. Siapa sebenarnya Faizul Ridzuan ni? Admin juga baru hendak berkenal-kenalan dengan beliau ni? Jadi, Jom Kongsi Cerita...


   Inilah dia Jutawan Hartanah yang diceritakan orang tu. Admin juga baru mengenali beliau apabila menonton siaran MHI pagi tadi. Beliau menceburi bidang hartanah ini dari kosong hinggalah bergelar jutawan. Antara pengalaman beliau yang diceritakan sebelum berjaya dalam bidang hartanah ialah pengalaman mengumpul rumah sebagai aset utama beliau. Cerita beliau lagi, apabila sudah mempunyai 13 aset rumah barulah beliau mengambil lesen kereta dan membeli kereta. Sebelum ini cukuplah hanya dengan menunggang motorsikal sebagai pengangkutan utama pada ketika itu. Kenapa lambat sangat untuk beliau membeli kereta sedangkan aset rumah sudah ada 13 buah rumah? Kata beliau, semasa di Universiti Malaya dahulu pensyarah menasihati para penuntut supaya apabila graduan nanti sila beli rumah terlebih dahulu sebelum beli kereta. Kerana harga rumah sentiasa meningkat berbanding harga kereta yang akan susut nilai. Menarik juga pengalaman yang beliau ceritakan dalam mengharungi dugaan dan cabaran bidang hartanah. 


   Antara buku tulisan beliau yang masih lagi berada di pasaran ialah buku berkenaan hartanah berjudul WTF? Wa Tak Faham: 23 Hartanah Sebelum 30. Bolehlah cari di kedai buku berhampiran nanti. 

   Secara jujurnya, admin perlu mendalami lagi tentang ilmu dalam bidang hartanah ini. Nilai hartanah di Malaysia yang tidak pernah susut nilai membuatkan kita perlu belajar tentang selok-belok bidang hartanah yang dianggap sebagai aset beharga. Cuba tanya kepada diri sendiri. Berapa banyak rumah yang kita mahukan sebelum umur kita berusia 40 tahun? Ataupun Berapa banyak rumah yang kita mahukan apabila kita di usia Tua nanti? Satu buah? Dua buah? Empat buah? Atau 10 buah rumah? Ataupun mungkin kita  hanya suka menyewa rumah orang lain untuk seumur hidup kita? 

    Apakah pula bentuk rumah idaman kita? Rumah Teres? Satu Tingkat? Dua Tingkat? Apartment Mewah? Pangsapuri? Ataupun hanya Rumah Kayu di Kampung? Semua ini penting untuk kita tanya kepada diri kita berulang-ulang kali untuk memasang impian dan angan-angan memiliki Rumah Idaman pada suatu hari nanti. Mungkin ada orang yang suka tinggal di kampung dengan kolam ikan disebelahnya. Itu semua pilihan dan impian masing-masing. Anda pula bagaimana?

  Jom kita ramai-ramai belajar cara untuk memiliki Sebuah Rumah Impian tanpa berhutang dan cara meningkatkan pendapatan dengan memiliki aset rumah dan hartanah. Anda ada idea tak? Kongsikanlah idea anda tu dengan memberikan komen diruangan komen ya. Kita berkongsi-kongsi pendapat cara untuk memiliki Rumah Impian kita. Admin juga mahu belajar sampai berjaya memiliki Rumah Impian. Salam Inspirasi Kawan-Kawan. ;_)

Sumber Rujukan:
1) http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675945274
2) http://faizulridzuan.com/sarjana-hartanah-english/

0 Cerita Utama:

Post a Comment