May 03, 2016

Akar Kayu. Mana nak dituju?

   Salam Kesihatan semua. Apa khabar? Semoga sihat selalu hendaknya. Hari ini admin ada cerita menarik berkenaan akar kayu ni. Biasa cerita-cerita pasal akar kayu ni, lebih kepada untuk kesihatan lelaki dan kesuburan. Nak dengar cerita 'akar kayu' dari sudut pandangan orang bujang tak? Jom Kongsi Cerita 'akar kayu' ni....  

                                          

    Ni lah dia 'akar kayu' yang admin ceritakan tu. Akar kayu yang sudah siap diracik ni namanya akar kayu Tongkat Ali Merah atau Puteh. Admin dapatkanya dari Tok Batin kampung Orang Asli. Terima kasih Tok Batin kerana sudi carikan saya akar kayu Tongkat Ali ni.

   Sebenarnya, akar kayu ni bukan untuk saya. Maklumlah. Orang Bujang. Takanlah nak minum-minum benda yang kuat-kuat dan keras-keras ni. Saya dapatkan ni untuk hadiah Orang Tua di kampung. Nasihat Tok Batin kepada saya berbunyi begini. "Em, kau jangan amalkan dulu minum air Tongkat Ali ni. Nanti badan panas, tak ada tempat nak di tuju. Kau tu bujang lagi." Kata Tok Batin secara terang dan berkias. Admin tersengih-sengih antara faham dengan tak faham. Memang Tongkat Ali ni ada power untuk tenaga orang lelaki rasanya. Orang lama lebih tahu. 

    Ingat! Nikah dulu, baru amalkan air rebusan Tongkat Ali. Sampai sekarang admin tersenyum-senyum sendiri.Okey! Sampai di sini sahaja cerita tentang kesihatan lelaki. Lain kali cerita lagi. ;_) Untuk hasil yang lebih baik, amalkan sekali rebusan air Tongkat Ali Puteh; Tongkat Ali Hitam, Pasak Bumi; dan Ubi Jaga pesan Tok Batin lagi. Baru betul-betul Kaw!!!

0 Cerita Utama:

Post a Comment