January 16, 2020

Darurat yang tak diisytiharkan

Sebenarnya, tak ada istilah pun 'darurat yang tak diisytiharkan'. Cuma, apa yang bakal terjadi jika teknologi perkomputeran dan sistem internet yang kita gunapakai tidak setanding dengan teknologi baru dari inovasi luar negara.

Teknologi yang terus-menerus berubah membuatkan kita kadang-kala merasakan ketinggalan zaman. Secara individu, kita merasakan supaya melakukan perubahan seiring dengan pembaharuan teknologi baru. Kata orang muda, biar 'up to date'.

Kita seharusnya faham, negara membangun seperti Malaysia tidak mengeluarkan produk berasaskan teknologi perkomputeran dan sistem internet. Rata-rata kita, masyarakat pengguna berasaskan teknologi. Bukan pengeluar utama produk teknologi. Termasuklah negara-negara jiran kita. Indonesia, Filipina, dan Thailand.

Ceritanya disini, jenama yang manakah kita gunakan untuk melengkapi keperluan dan kehendak teknologi petkomputeran kita. Teknologi yang kita pakai. Semua luar negara.

Saya bentangkan satu persoalan. Andai teknologi dari negara maju lebih canggih dari teknologi yang kita pakai secara individu, apa terjadi pada hak data peribadi kita?

Saya bentangkan satu contoh. Negara A keluarkan virus komputer untuk merakam video gambar dan audio suara dari setiap telefon pintar yang ada di Indonesia, apa yang pemilik individu telefon pintar itu tahu bahawa dirinya dirakam 24 Jam suara dan gambar dari telefon pintarnya sendiri untuk tatapan negara A? Selagi individu itu tidak pasang antivirus Di telefon pintar, selama itulah dia tidak sedar kehidupan peribadinya itu dirakam.

Dan inilah yang saya maksudkan darurat yang tidak pernah diberitahu..

0 Cerita Utama:

Post a Comment