August 14, 2011

kupu-kupu puasa...

     Salam Ramadhan buat anda semua...Post kali nie nak cerita pasal kupu-kupu...Sememangnya kupu-kupu adalah haiwan yang cantik...untuk menjadi kupu-kupu yang cantik terlebih dahulu ulat perlu menjalani proses metamorfosis..Ulat akan bertukar menjadi kepompong..Begitu juga manusia yang menjalani ibadah puasa...30 hari berpuasa kita menjadi lebih sabar,seperti kepompong sebelum bertukar menjadi akhlak yang lebih baik...Kupu-kupu tidak pernah merosakkan dahan yang dihinggapnya walau selembut mana dahan tersebut seperti orang mukmin yang berpuasa sentiasa menyebarkan keindahan dan kelembutan..Kupu-kupu menyebarkan debunga untuk proses pembiakkan tumbuhan seperti orang mukmin yang sentiasa menyebarkan kebaikan dan kasih sayang..Kupu-kupu memilih madu sebagai makanannya seperti orang beriman yang memilih makan yang baik-baik dan halal sahaja.Justeru itu marilah kita mengikuti contoh kupu-kupu dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini~Insyallah

Bisik-bisik:

-"ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna~"

0 Cerita Utama:

Post a Comment