Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

February 28, 2012

tangguh pengajian

     Assalamualaikum semua....tahun nie merupakan tahun terakhir saya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM)....Kawan-kawan yang lain ramai yang sudah bekerja...Ada juga yang sambung pengajian Master...Cuma tunggu konvokesyen bulan October 2012 nanti..Teringat pula ketika mula-mula masuk UTeM pada tahun 2008...Beberapa kenalan ada juga yang sama-sama masuk UTeM...Seronok juga sebenarnya belajar di UTeM nie...Teringat juga masa tangguh pengajian dulu...Walaupun dah lama berlalu tetapi kenangan tersebut tetap kekal dalam ingatan...

     Apa yang saya belajar ketika menangguh pengajian dulu ketika awal tahun 2009 dulu adalah kita 'jangan putus asa'...Kerana putus asa bermaksud berputus harapan pada yang Esa...Apabila buat sesuatu pekara buat sampai habis...Apa yang saya tanamkan dalam diri adalah berpegang kepada falsafah 'buat sampai jadi untung'...Maksudnya buat sesuatu pekara yang baik biar sampai mendapat hasil yang menguntungkan kerana tidak berbaloi jika rugi...Jadi marilah kita buat sesuatu sampai jaya...

  Kita merupakan pelajar,dan sampai bila-bila kita tetap akan menjadi seorang pelajar...Kerana apabila sekali kita kata sudah pandai,sebenarnya kita semakin bodoh,dan semakin banyak kita belajar sebenarnya kita semakin tidak tahu....Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan yakin bahawa Allah s.w.t yang Maha Mengetahui segala-galanya...Marilah kita sentiasa mahu belajar dan sentiasa mahu berusaha...Kata Steve Jobs dalam ucapannya di Stamford University pada tahun 2005,"Stay Hungry,Stay Foolish".

Bisik-bisik :

-Steve Jobs merupakan CEO Apple dan PIXAR

-Stay Hungry,Stay Foolish

February 12, 2012

Ciplak

     Ciplak atau plagarisme mengikut pengertian dalam Kamus Dewan merujuk kepada "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri".Ciplak dengan cetak rompak adalah berbeza sama sekali. Walaupun kedua-duanya merupakan perbuatan yang hampir sama.Kebanyakan plagarism berlaku apabila penulis menggunakan kaedah potong dan tampal tanpa dapat mengemukakan sumber rujukan dari mana ianya diambil.

     Saya seorang yang sukakan keaslian.Jika penulisan saya berkaitan dengan sesuatu artikel,saya akan kemukan sumber rujukan di ruangan bawah contohnya terbitan apa dan bila.Dengan ini segala kekeliruan dapat diatasi.Idea yang kreatif sebenarnya datang pada diri kita sendiri.Kita tidak memerlukan hasil orang lain untuk dijadikan hak kita.Untuk tujuan kajian ianya boleh diambil kira.Kajian sebenarnya menjadikan kita lebih baik dari yang sebelumnya.Akhir kata 'kreativiti mengatasi segala-galanya'

Bisik-bisik :

-Jangan tiru saya...huhu