Melepak dan berehat sememangnya aktivit yang menyeronokan bagi sekor ikan kecil. Nama aku Sam.Sekor anak ikan emas jenis Ryukin Gold Fish. Aku memang suka duduk melepak dalam akurium ni. Walaupun akurium ni sempit dan padat dengan beberapa ekor anak ikan emas yang lain, tapi aku tidak berapa kisah kerana akurium ini sentiasa di jaga rapi dan bersih. Makan pun cukup. Kerja aku hanyalah memperagakan tubuh badan yang comel dengan warna emas berbelangkan putih. Wow!Makin menjadilah jika ada customer yang datang dan memuji-muji kecantikan badan yang berbelangkan emas ini. Apabila bosan dan tiada orang, aku akan bermain-main dengan sanak saudaraku yang lain sementara menunggu waktu esok tiba.
Satu hari aku terlihat kelibat seorang budak berkaca mata dan berbaju biru datang ke akurium kami. Sebenarnya budak tersebut memang biasa aku perasan datang dan melihat-lihat di akurium kami. Tapi kali ini aku semacam dapat merasa satu firasat yang aneh. Dia mula menjengah-jengah ke akurium kami. Selang beberapa minit dia datang lagi ke akurium kami.Dan kali ketiga dia datang bersama penjaga ikan. Mungkin dia hendak membeli ikan dalam akurium kami. Siapalah yang akan di jual.
Aku berdoa banyak-banyak supaya aku masih lagi diberikan kesenangan tinggal di akurium yang selesa ini. Tiba-tiba tubuh badanku terkena saukan dari penjaga ikan. Meronta-ronta aku ingin melepaskan diri tetapi apakan daya. Sedang aku tersesak nafas, budak berbaju biru itu lantas mengambilku dengan cermat dan meletakan aku ke dalam bekas plastik berisi air. Di dalam bekas itu terdapat beberapa ikan emas dari spesis yang lain seperti Ikan emas yang berbulu cantik iaitu Shubukin Comet Gold Fish. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Roy. Terdapat juga ikan emas dari spesis Comet Gold Fish yang kesemua badanya berwarna emas. Dia pula dipanggil Adam. Mungkin ketua bagi ikan-ikan emas yang lain. Bersama aku terdapat juga saudaraku dari akurium aku sendiri yang berwarna emas rata yang biasa aku panggil Buncis. (Mungkin makanan kegemaranya pallet bersama kacang Buncis. Siapa tahu?). Dan sekor lagi kawan kami iatu Shubukin Ryukin Gold Fish yang hanya suka berdiam diri itu hanya memperkenalkan diri sebagai Baim. Jadi kami semua sudah berkenalan dari dalam bekas plastik lagi. Mengikut firasat aku, kami akan dibawa pulang oleh budak berbaju biru itu ke rumahnya. Apalah nasib kami nanti. Mudah-mudahan aku tidak hidup susah dan tidak diperlakukan dengan perkara tidak elok. Amin ya Allah. Sepanjang perjalanan pulang aku banyakan berdoa dan berzikir semoga dipermudahkan segala urusan.
Kami akhirnya disatukan di dalam sebuah akurium yang tidak kurang besarnya dari rumah lama kami. Bersama-sama kami, terdapat juga ikan Bloody Lilly, ikan Guppy dan ikan Zebra. Budak yang berbaju biru itu memperkenalkan dirinya sebagai Uda. Dia seorang yang baik dan tampan. Selalu membersihkan akurium dan bercakap dengan kami apabila stress. Seorang budak yang kelakar dan peramah. Pernah sekali itu dia terlupa memberi kami makan, katanya pergi beraya. Bagi kami puasa untuk satu hari atau dua hari tidak menjadi masalah. Aku mendokan supaya Uda gembira dan berjaya mencapai apa yang dia inginkan. Selamat Datang ke Dunia Aku Rium Kami...
Bisik-bisik:
-Admin baru mencuba hobi baru iaitu memelihara ikan emas...
-ikan emas akan lebih menyerlah jika ada cahaya yang menerangi tubuhnya.
-Memelihara ikan boleh memberikan ketenangan dan kepuasan. Selamat Mencuba.