Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

April 09, 2015

Blog rahimpengasih ni cerita pasal apa sebenarnya ya?

   Salam kejayaan semua. Sudah lama admin tak update blog ni. Minta maaf banyak-banyaklah ya. Admin sedang bertungkus lumus sebenarnya sekarang ni. Nak menyiapkan satu projek besar. Huhu. Mohon dipermudahkan. Hari ini admin tertarik untuk menulis berkenaan nama blog rahimpengasih. Pernah juga orang bertanya 'kenapa letak nama blog rahimpengasih? Macam 'makan dalam' saja bunyinya?' Admin menerangkan bahawa maksud rahimpengasih itu maksud nama Abdul Rahim iaitu 'Hamba Allah yang Penyayang'. Pernah juga admin cuba menukar nama blog kepada rahimpenyayang. Tetapi perasaan admin lebih kaut untuk mengekalkan nama blog rahimpengasih. Biarlah. Mungkin nama blog rahimpengasih lebih sesuai dengan admin dan pembacanya...Tak Gitu?

   'Blog rahimpengasih ni cerita pasal apa ya?' Tanya seorang kawan pada suatu hari. Sebenarnya blog rahimpengasih ni lebih berceritakan tentang kehidupan. Boleh dikira diari peribadi yang admin buka untuk bacaan dan tatapan umum. Jadi tiada rahsia yang besar-besar antara admin dan pembaca...haha..perasan kejap. Admin juga merasakan blog rahimpengasih ni dapat menceritakan sendiri kepada pembaca tentang siapa admin dan perkongsian cerita dari pandangan admin sendiri. Bukanya tiru (copy paste) dari orang lain. Admin seorang 'penulis bebas'.

    'Kenapa blog rahimpengasih tak ramai follower? awak ni tak terkenal ke?' Haha..Bagi admin ketawa dahulu sebelum menjawab soalan ini. Sebenarnya, admin lebih promosikan blog admin kepada saudara-mara, rakan-rakan sekerja, universiti dan rakan masa sekolah dahulu. Untuk anda yang masih belum mengenali admin, bolehlah mengenali admin melalui cerita dalam blog ini dahulu. Sebarang komen dan pandangan untuk penambahbaikan blog rahimpengasih juga boleh dihantarkan kepada email rahimramli89@yahoo.com. Inilah sedikit pencerahan dari admin bagi yang bertanya berkenaan blog rahimpengasih. Terima kasih kerana sokongan anda. Alhamdulillah.

Tidur yang Cukup, Pemakanan yang Sihat, dan Senyum Selalu.