Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

September 30, 2014

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat


   Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Buat pembaca yang dihormati semua. Hari ini admin berkongsi berita berkenaan sebuah buku yang amat berguna untuk rujukan kesihatan kita. Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia. Beliau merupakan seorang yang suka mengkaji akan perihal kesihatan walaupun dalam amatan admin, beliau bukanlah seorang doktor. Buku ini menceritakan akan kepentingan mempunyai gaya hidup sihat serta mendapatkan tidur dan rehat yang cukup setiap hari. Disamping itu, senaman secara konsisten juga dapat menjadikan tubuh badan lebih segar. Harganya pula hanya RM 9.00 dan boleh didapati di MPH. Amat berpatutan bukan...

   Melalui pembacaan buku ini, kita akan dapat mengetahui akan perlunya kita menjadi doktor kepada diri sendiri. Selepas membaca buku ini, admin dapat menyimpulkan bahawa 1) kita perlu menjaga diet dan pemakanan harian. 2) mempuyai tidur harian yang cukup dan teratur. 3) Bersenam 3 kali seminggu. 4) Berfikiran positif dan proaktif (bersangka baik). 5) Beribadah. Admin menyimpulkan bahawa kelima-lima pekara ini penting untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat seterusnya menjadikan badan kita sihat. Kata orang, Badan Sihat, Otak Cergas.

   Pada pendapat admin, buku ini harus dimiliki utuk pengetahuan umum berkenaan gaya hidup sihat. Elakan atau kurangkan penggunaan ubat-ubat sintetik yang kita sendiri tidak mengetahui isi kandungan bahan ubat tersebut. Admin pernah mendengar bahawa orang-orang dahulu menggunakan pelbagai herba-herba semulajadi dari alam untuk tujuan perubatan dan pemulihan. Dan telah terbukti bahawa mereka lebih seihat menggunakan herba-herba tradisional. Senang cerita, admin mengariskan bahawa kita mengamalkan sahaja pemakan sunnah ikut cara Nabi Muhammad s.a.w untuk diet harian kita. Amalkanlah pemakanan Madu, Kismis, Barli dan Kurma kerana mengandungi pelbagai khasiat, zat vitamin dan mineral. Amalkan juga bersugi selepas makan. Supaya gigi kelihatan putih dan bersih... Senyum selalu. ;) 



September 19, 2014

Diari Sihat : Aku Obess.. 3

  Aku yang berbaju biru..berat badan = 89kg..thuff kan!? (perasan)

 Salam Jumaat. Wow! Aku telah menulis cerita tentang Aku Obess... untuk kali yang ketiga. huhu. Satu usaha yang berterusan untuk pengetahuan tentang pentingnya kesihatan. Yelah. Orang yang tak pernah sakit takan tahu betapa pentingnya kesihatankan. Orang Alim ada memberitahu bahawa nikmat kesihatan dan masa lapang adalah dua pekara yang sering kita abaikan ketika waktu senang. Jadi, dengan kesedaran ini, aku mahu  menulis satu cerita berkenaan kesihatan di rahimpengasih dengan tajuk Diari Sihat. Nanti senanglah aku nak ingat balik waktu aku susah dan sakit. Waktu aku obess dan tak menarik. Semuanya sebagai peringatan untuk diri ini okey. Diari Sihat adalah cerita peribadi yang aku nukilkan secara terbuka untuk bacaan anda semua...(haha...perasan macam dah ada ramai follower dan pembaca pulak ya..tak mengapalah..mudah-mudahan) Untuk cerita kali ini aku mahu bercerita berkenaan diri aku sewaktu obess. (sekarang nie pun obess lagi..87kg weiii!) Walaupun aku obess dan selalu berasa malas, tetapi aku merupakan seorang yang aktif dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Walaupun belajar tidaklah secemerlang mana, tetapi aku suka melibatkan diri dalam kursus dan majlis. Sebagai contoh, aku suka melibatkan diri dalam kursus asas blog walaupun aku pernah GAGAL dalam subjek pembangunan dan aplikasi web. Ini kerana aku merasakan bahawa ilmu blog dan website amat berguna untuk aku gunakan di kemudian hari berbanding subjek pembangunan dan aplikasi web yang aku belajar hanya untuk LULUS. Untuk aktivit kokurikulum pula, walaupun aku tidak pernah mewakili mana-mana sukan untuk UTeM, tetapi aku aktif berpersatuan dan turun ke kelas silat setiap malam Selasa dan Rabu. (dapat jugalah aku membakar lemak tepu yang melekat kat dalam perut nih...haha) Aku juga suka bertanyakan soalan bilamana ada sesi soal jawab dalam apa-apa program. Orang kata, tak tahu, kena bertanya. Malu bertanya, sesat jalan. Inilah adalah cara aku untuk lebih faham tentang apa yang dibincangkan selain menjadi pelajar popular...wakakaka. (kata budak asrama dulu, mencapap!?) Jadi, siapa kata jadi orang gemuk ni pemalas. haha. Sebenarnya aku taklah gemuk mana. Memang perut buncit aku ke hadapan. Tetapi itu semua kerana diri aku yang malas bersenam dan tidak menjaga pemakanan. Percaya atau tidak jika aku katakan bahawa terdapat sesetengah orang yang tidak mahu berkawan dengan kita kerana kita gemuk? Bukan mahu merendah-rendahkan orang gemuk, tetapi itulah yang sering berlaku dalam masyarakat. Orang gemuk lebih selesa berjalan dengan orang yang lagi gemuk daripadanya kerana berasa selesa dan tidak akan ada orang yang akan bertanya soal berat badan kerana sensitif. (Maaf! Saya bukan hendak merendah-rendahkan orang gemuk. Tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri.) Jadi, kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan adalah penting, bukan sahaja untuk mendapatkan berat badan yang ideal tetapi untuk menjaga kesihatan. Sebenarnya, aku dah banyak mengarut. Sebelum aku mencarut, baik aku STOP kat sini dulu ya... Okey. Sebenarnya aku cuma nak beritahu, JAGA KESIHATAN UNTUK MASA HADAPAN. Amalkan Gaya Hidup Sihat. Salam Sayang..rahimpengasih. BYE!

"Nielah orangnya yang suka bertanya tue..."

September 09, 2014

Dogeng Rakyat Moden : Penyelesaian Masalah

   Ali duduk seketika di meja tulisnya. Dia termenung. Sudah beberapa formula kimia yang dia gunakan untuk menyelesaikan masalah kajianya itu. Namun semuanya mengalami jalan buntu. Dia beristighfar sebentar. "Sudah beberapa kali percubaan. Kenapa aku masih gagal." Ali berbicara di dalam hatinya sendiri. "Astarfirullah al-azim." Lama juga dia termenung di atas meja kerjanya. Sekali-sekala dia menoleh ke luar jendela. Mencari ilham agaknya. Tiba-tiba dua ekor burung hinggap di jendela rumahnya. Bermain-main dan bersiul merdu. Kicauan burung itu membuatkan Ali terleka sebentar. Dia asyik melihat sepasang burung menari-nari di luar jendela rumahnya. Bersebelahan dengan tempatnya bekerja dan mencari ilham. "Subahanallah. Cantiknya burung ni. Merdu betul suaranya." Ali begitu kagum dan asyik dengan kecantikan dan keindahan burung itu. "Alangkah bertuahnya kau burung. Kau hidup dengan riang gembira dan bersuka ria. Sementara, nasib aku di dunia belum tahu lagi. Di akhirat kelak bagaimana? Kau takan dihisab burung. Habis hayat kau di dunia maka habislah kehidupan kau. Tetapi aku. Habisnya kehidupan aku di dunia bukanlah penamat bagi segala-galanya. Aku akan dihisab atas apa yang aku lakukan di muka bumi. Aku akan bertemu Barzakh. Sebelum aku bertemu Mahsyar, Mizan dan Sirat. Kemudian ke mana burung? Syurga atau Neraka? Hanya dengan rahmat Allah sahajalah aku terselamat." Tiba-tiba Ali menitiskan air mata apabila dia teringatkan perjalanan hidupnya. Meskipun dia sudah mahsyur di serata alam kerana berjaya mengubati penyakit Putera Nuh, dia tetap merasakan bahawa dirinya kerdil di pandangan Allah s.w.t.

   Sepasang burung yang bermain-main tadi terbang meninggalkan jendela rumah Ali. Mungkin sudah hampir waktu petang. Burung-burung tadi mungkin mahu pulang berehat-rehat sebelum kembali ke sarang. "Selamat jalan burung. Pulanglah kau ke sarang dengan perasan senang hati." Ali teringat akan sebuah cerita bahawa setiap ekor burung yang keluar dari sarang pada waktu pagi akan pulang pada waktu petang dengan perut yang kenyang. Sesungguhnya Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Sifat burung yang sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap masa memudahkanya untuk mencari rezeki walau berada di mana-mana. Maha Suci Allah. Ali beredar dari meja kerjanya untuk mengambil wudhuk. Tidak berapa lama lagi waktu Asar akan tiba. Dia mahu menunaikan solat sunat dua rakaat untuk mencari ilham bagi menyelesaikan masalah kerjanya. Ali sudah terkenal di serata alam dengan kebijaksanaanya dalam ilmu perubatan. Kitab-kitabnya sering menjadi rujukan para pelajar universiti terutama pelajar perubatan. Dia percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering sentiasa bergantung pada unsur lain di alam ini. Ali juga percaya bahawa tubuh badan manusia sendiri terdapat ketahanan semujadi (antibody) untk melawan penyakit. Jadi, dia percaya selain keseimbangan keempat-empat unsur tadi dalam badan manusia, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan. Ali menyudahkan solat sunatnya. Dia yakin bahawa setiap pekara datang dari Allah. Penyelesaian bagi setiap pekara juga datangnya dari Allah. Senang kata, dari Dia kita datang dan kepada-Nya jugalah kita dikembalikan. Sesudah usai solat sunat, dia beristifar sebentar sambil berwirid. Kemudian dia berdoa memohon petunjuk dari Allah s.w.t. Semoga segala urusannya di dunia dan di akhirat dipermudahkan Allah hendaknya. Amin.

   Kedengaran azan Asar sudah berkumandang di angkasa raya. Ali bergegeas bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardu. Dia meninggalkan meja kerjanya sebentar bagi menyahut seruan teragung. Solat. Tanpa berlengah-lengah, dia melangkah untuk ke masjid yang hanya beberapa bangunan sahaja dari rumahnya. Fikiranya lapang dari segala urusan dunia yang memeningkan kepala. "Wahai dunia. Kau akan aku lupankan sekejap. Untuk urusan yang lebih Agung untuk aku besarkan." Ali melangkah dengan tenang ke masjid. Pernah suatu ketika, sewaktu Putera Nuh menghidap suatu penyakit yang tidak diketahui, Ali dipanggil ke istana untuk menghadap Raja. Dia dikahbarkan bahawa Putera Nuh mengidap penyakit yang tidak diketahui. Puas semua tabib dan doktor datang untuk berubat, namun tiada seorang pun yang berjaya untuk mengubatinya. Ali kemudianya dipanggil oleh pihak istana apabila khabar dari orang ramai tersebar bahawa dia boleh mengubati penyakit. Akan tetapi, Ali diugut untuk dihukum bunuh sekiranya gagal untuk mengubati penyakit Putera Nuh. Mulai dari situ, dia dikurung di istana untuk menjadi perawat kepada penyakit Putera Nuh. Saat-saat seperti itu hanya Allah s.w.t sahajalah yang tahu. Dia melakukan kajian yang terperinci selama beberapa hari untuk mengenal pasti penyakit Putera Nuh itu. Jika kebuntuan jalan, dia akan mendirikan solat sunat dua rakaat untuk mencari petunjuk dari Allah dan penyelesaian masalah. Begitulah rutin harianya di istana hinggalah pada suatu hari dia berjaya menemui penyakit yang membuatkan Putera Nuh jatuh gering. Dia segera meminta beberapa jenis herba dari pihak istana untuk mencarinya untuk dijadikan penawar bagi penyakit Putera Nuh. Selang beberapa minggu kemudian, Putera Nuh sembuh dari sakitnya. Raja begitu gembira sekali. Baginda mengadakan jamuan dan majlis keramaian untuk rakyat jelata. Baginda menghadiahkan bermacam-macam hadiah dan kebesran kepada Ali. Ali bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadanya. Alhamdulillah. Dia berjaya menemui vaksin atau penawar bagi penyakit Putera Nuh. Semenjak dari peristiwa itulah, namanya menjadi mahsyur di kalangan ahli perubatan. Adakalanya juga dia menjadi rujukan untuk perbincangan dan usul dalam ilmu perubatan. Ali giat menulis kitab-kitab untuk menjadi rujukan kepada generasi akan datang. Dia percaya bahawa Allah Maha Pemberi segala-galanya. Dia mahu hidup dalam rahmat dan redha Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Takaballahuminkum...




September 07, 2014

Diari Sihat : Aku Obess.. 2

melantak tak hingat!

   Salam kesihatan semua. Hari ni aku nak tulis pasal zaman-zaman belajar dulu. Sebab pada masa itulah aku banyak membaja badan aku dengan lemak. haha... Aku memang pantang kalau diajak makan. Pantang ada jemputan kenduri-kendara dari kawan-kawan atau sedara-mara, aku akan hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Niat baik. Nak merapatkan hubungan silaturahim sesama Muslim. Kadang-kala bila berada di kampung, tidak kira sama ada dijemput ataupun tidak, aku akan datang juga ke majlis walimatulurus jiran tetanga sekitar kampung untuk memeriahkan majlis, Kampung aku di Batu Pahat memang terkenal dengan hidangan nasi briani sewaktu kenduri-kendara. Kita yang memang minat dengan makan ni memang tak akan melepaskan peluang yang terhidang. hahaha. Paling best, waktu cuti sekolah dan hujung tahun. Masa tu memang ramai orang buat kenduri-kendara. Buat jiran tetangga, Terima Kasih ya, walaupun saya tak dapat nak tolong rewang, dapat tolong habiskan makanan pun jadilah. Tak payah nak susah-susah basuh periuk kenduri tu nanti. Allright. Gambar di atas ni gambar aku sewaktu melantak nasi briani kenduri-kendara di rumah Dr Samad Sibghatulallah bersama kawan-kawan UTeM yang lain. Setiap pekara mesti ada kesanya. Sama ada pekara baik atau pun pekara yang buruk. Untuk orang yang kuat makan inilah kesanya. Mata menjadi berat dan terasa malas. Selalu jugalah kawan-kawan aku mengambil gambar aku sewaktu aku tidur di dalam kelas. Memang aku tak dapat nak tahan berat mata aku daripada tertutup. Aku cuba melawan. Tetapi akhirnya aku relakan juga mata ni daripada terus terlelap. Aku pernah terbaca suatu fakta akan sarapan pagi nasi lewak di awal pagi boleh menyebabkan mengantuk. Betul ke? Kenapa ya? Aku beranggapan bahawa nasi lemak yang diperbuat daripada santan mempunyai nilai kandungan lemak yang tinggi. Apabila nasi lemak sudah berada di dalam badan, metabolisma badan kita akan cuba membakar nasi lemak tadi hingga akhirnya hanya sedikit kalori sahaja yang dibakar. Selebihnya, akan bertukar menjadi lemak di dalam badan. Kita digalakan untuk minum lebih banyak air masak untuk menambahkan oksigen di dalam badan. Minum air yang secukupnya dapat mengelakan kita daripada terus merasa ngantuk. Dah macam pakar pemakananlah pulak. hahaha. Aku teringat sewaktu belajar subjek pangkalan data dengan Miss Ida. Dia pernah mencadangkan aku untuk membeli sabun tahan ngantuk. Aku mendengar sarananya dan membeli sabun tersebut sebagai langkah mencegah mengantuk di dalam kelasnya. Aku mencuba mandi menggunakan sabun tersebut. Memang ada kesan positif. Aku tidak cepat rasa mengantuk. Tetapi lama-kelamaan rasa mengantuk itu kembali. "Mungkin jaga pemakanan lebih penting kot untuk nak mengelakan rasa mengantuk." Aku bersandiwara dalam hati aku sendiri. Emh. Inilah program aku sewaktu obess. Rasanya dah cukup kot aku bercerita pasal obess kali nih. Okey. Chow...

 
Hai Rahim! Kat dalam hutan pun nak tidur ke?
Masa berdiri pun tidur~~~
 
Orang sibuk berbincang, kau sedap-sedap je tidur ye..




September 05, 2014

Penawar Stres? Senyum Selalu..

   Salam Jumaat...Hari yang indah lagi penuh rahmat ini, admin nak tulis berkenaan Senyum. Senyum merupakan penawar bagi sesiapa sahaja yang tengah stress atau tertekan. Adakah anda stres? Okey, mari kita periksa adakah gejala-gejala stres ada pada diri kita sekarang ini. 1) Gelisah. 2) Risau Keterlaluan. 3)Gangguan Tidur. 4) Kurang Tumpuan Kerja. 5) Cepat Marah. Jika anda ada tanda atau gejala-gejala stres seperti yang dinyatakan, cuba behenti membaca sekejap dan tarik nafas sedalam-dalamnya ... Okey. Tahniah. Anda berjaya menangani stres anda. Teruskan membaca. Sebenarnya apakah yang mengakibatkan kita stres atau tertekan. Bagi orang lelaki, lagilah kuat stresnya. Biasanya kaum adam akan memendam segala masalah yang tersirat dan cuba menyelesaikanya sendiri. Kata orang, masuk ke dalam gua untuk menenangkan perasaan dan menyelesaikan masalah sendiri. Bagi admin, cara orang perempuan menangani stres lebih terbuka. Mereka akan bercerita akan masalah yang ada kepada kawan-kawan. Kata orang girlalk. Dengan cara ini, kaum hawa akan merasa lebih tenang dan kurang merasa terbeban apabila bercerita masalahnya pada orang lain. Tetapi admin menyarankan kepada kaum adam, jika ada masalah yang benar-benar besar dan serius, berkongsi dan berceritalah pada yang pakar dan yang sudi mendengar. Penting bagi kita untuk menceritakan apa yang terbenak di hati dan minda dan cuba menyelesaikanya dengan cara profesional. Jika anda sedang menghadapi masalah yang besar atau serius, bertenanglah dahulu. 1) Relaks 2) Selawat kepada Nabi junjungan kita, Allahumasoliala saidinamuhammad waala alihiwasohbihi wasalam. La haulawala kuwataila billa hilaliilazim. 3) Terima kenyataan bahawa segala yang datang adalah ujian dari Allah yang maha Esa untuk melihat sejauh mana iman dan sabar dalam diri kita. 4) Berfikir sejenak. Fikir pekara yang positif. 5) Minta nasihat dari yang pakar dan orang yang paling kita percaya. Elakan daripada menyimpan perasaan lama-lama. Stress yang tidak ditangani dengan baik selama dua minggu akan mengakibatkan kemurungan. Dan kemurugnan yang berpanjangan boleh mengakibatkan berbagai-bagai penyakit yang memeningkan kepala. Cegah sebelum parah.

   Okey. Sebelum kita hendak menguruskan stres, kita kena tahu dahulu apakah punca-punca stres yang sebenarnya. 1) Masalah kewangan. 2) Menunggu lama. 3) Konflik rumahtangga. 4) Kena buli. 5) Rasa rendah diri. 6) Beban kerja. 7)Penyakit fizikal. 8) Kesesakan lalulintas. 9) Persekitaran yang tidak selesa. 10) Tragedi. Jika anda sedang mengalami salah satu daripada 10 pekara yang dinyatakan, cuba-cubalah relaks ya. Kita akan lebih mudah untuk menangani stress jika kita tahu punca stres dan cara-cara menanganinya dengan betul. Biasalah. Masalah tak boleh lari dari kehidupan. Senyum sokmo sajalah. Kata orang bijak pandai, hidup ini memang untuk di uji ataupun medan ujian. Relaks...

   Jadi. Apakah dia penawar bagi stres? Di sini admin nak berkongsikan 10 tips yang paling penting untuk menguruskan stres. Bagi orang perempuan, sila tak note sikit (copy paste dari blog admin pun takpa), bagi yang lelaki pula cuba ingat sampai lekat dalam kepala. Anda mencari Penawar Stres? Amalakan 10B. 1) Bertenang. 2) Bernafas dengan dalam. 3) Berkata: Relakslah.. 4) Beribadat 5) Bercakap dengan seseorang. 6)Berurut. 7) Berehat & Mendengar muzik. 8) Beriadah. 9) Bersenam. 10) Berfikiran Positif. Jadi, cubalah amalkan untuk sentiasa ceria dan awet muda. Mudah-mudahan tips ini amat berguna buat kita semua. Ingat! Kita tidak boleh lari dari masalah kerana hidup adalah medan ujian. Jadi, tersenyumlan dengan gembira. Bye... (admin nak mandi, penat)

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
             www.infosihat.gov.my
             www.myhealth.gov.my


admin paling suka gambar kat bawah ni...
semua orang senyum ;)





September 04, 2014

Diari Sihat : Aku Obess...

 Sebelum Belajar di UTeM(Oktober 2007)

gambar hanya hiasan.. ;b


Aku mengalami obesiti. Berumur 25 tahun. Rasanya badan aku dah gemuk. Seingat aku, sewaktu zaman persekolahan, aku tak pernah merasa jadi gemuk. Mungkin inilah rezekinya dan masa yang paling sesuai untuk merasa jadi gemuk. hahaha. Memang terasa sedikit lain apabila melihat gambar sekarang dengan gambar dulu-dulu. Kadang-kadang, ada juga yang bertanya "ini kau ke Rahim masa dulu? Beza betul rupanya." Aku hanya menjawab "Haah. Akulah orangnya dalam gambar tu." Sebab apa sebenarnya badan aku naik? Sejak aku masuk UTeM dan mendapat pinjaman PTPTN, selera makan aku jadi lain macam. Ada sahaja waktu-waktu terluang untuk aku habiskan dengan makan. Sarapan nasi. Tengah Hari nasi. Malam pun nasi jugalah. Pernah satu hari aku makan nasi samapai tiga kali sehari. hahaha. Orang kata hati tengah senang. Itu yang kuat sangat melantak tu. Teringat kat seorang kawan masa belajar di UTeM. Namanya Fajar. Kami berkawan dari Tahun Satu hinggalah habis belajar. Pernah dulu dia cakap "hai rahim! kau ni dulu 6 pack sekarang dah jadi one pack dah." Aku hanya tersengih mendengar perlianya itu. "Wah! Bisa sungguh ayat mu itu Fajar." kataku dalam hati. Terima kasih Fajar. Ada juga orang yang menegur dan perasan akan perubahan diri ini. Pernah juga aku terserempak dengan Dr Razak. Pensyarah subjek programing C++ kelas kami sewaktu di tahun Satu dahulu. Katanya " Rahim. Kurangkan sedikit berat badan awak tu." Pesan Dr Razak. "Baik Dr. Terima kasih." Aku menjawab sambil tersenyum. Terasa juga ramai orang yang perasan akan perubahan pada berat badan aku ini. Ada juga kawan-kawan mengusik dengan mencubit lemak di perut aku. "Aduh! sakitnya." Aku mengaduh kesakitan apabila dicubit dengan kuat oleh Fadzli. Sebenarnya aku juga merasa akan perubahan negatif diri aku ini mempengaruhi kehidupan aku sehari-hari. Aku menjadi pemalas dan kuat tidur selain kuat makan. Apa yang aku teruskan untuk mengawal berat badan adalah menghadiri kelas latihan silat setiap malam Selasa dan Rabu di UTeM. Itu sahajalah usaha aku secara berterusan untuk mengekang lemak daripada terus subur membesar di bahagian hadapan perutku ini. Pernah juga aku mencuba untuk bermain Gym di UTeM. Aku juga sekali-sekala bermain bola tampar pada waktu petang. Tapi itu semua tidak bertahan lama. Lama-kelamaan aku selesa menjadi gemuk dengan berat badan 92 kg. Kata hati aku "tak apalah. belum lagi 100 kg. hahaha." Bercakap kepada diri sendiri untuk menyedapkan hati. Lemak di hadapan perut menjadi lebih subur apabila tiba waktu cuti semester. Setiap kali cuti jugalah berat badan akan naik dengan mendadak. Bolehlah aku katakan, satu tahun aku menaikan berat badan sehingga 7-8 kg. Dari 65 kg hinggalah 92 kg selama Empat tahun berada di UTeM. Terima kasih UTeM. Alhamdulillah syukur. Sewaktu cuti semester, ada sahaja makan yang sedap-sedap di kampung. Emak memang pandai memasak. Paling mengiurkan atau kata orang Jawa mengeces apabila Emak menghidangkan lauk ikan keli masak asam pedas. Itulah makanan kegemaran aku dan Usop. Pantang jumpa, mesti bertambah sampai licin. Ditambah pula dengan kenduri-kendara jiran tetangga, hindangan istemewa mestilah nasi beriani. Wah! Itulah saatnya untuk aku membaja badan untuk menambahkan lemak di perut. Lama-kelamaan aku Gemuk! Tak aktif. Nak buat apa semua pun malas. Paling best adalah tidur selepas makan. Kepala memang berat lepas makan. Tetapi aku juga menjadi cepat mengah apabila gemuk. Akhirnya aku sedar akan kepentingan menjaga kesihatan sewaktu muda. "Kamu tu dahlah bujang. Awek pun tak ada." Hati aku berbahasa dengan kegemukan aku. Aku ingin menjadi kurus dan terurus semula. Insyallah... Man Jada Wa Jada (Siapa yang bersungguh, Dialah yang Berjaya)

 Habis Belajar di UTeM (Oktober 2013)

 gambar sekadar hiasan..haha





Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu






Hari ini admin nak berkongsi cerita berkenaan sebuah buku yang penuh dengan tips-tips kewangan. Tajuk buku tersebut ialah Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu. Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik. Penulisnya adalah Robert T Kiyosaki. Dia menceritakan tentang pengalamanya membesar dengan dua orang ayah iatu ayah kandung (Poor Dad) dan ayah angkat (Rich Dad). Dia mempelajari kaitan antara kehidupan, pekerjaan dan kewangan dari kedua-dua orang ayahnya. Antara pengajaran yang paling popular adalah cerita berkenaan rumah. Beliau mendakwa bahawa "rumah bukanya aset, tetapi adalah liabiliti."

   Melalui buku ini, pembaca akan mengetahui antara perbezaan aset dan liabliti. Aset adalah semua pekara yang membuatkan duit masuk ke dalam poket kita. Manakala liabiliti adalah pekara yang membuang duit dari poket kita. Beliau juga menerangkan Empat kelas pekerjaan bagi setiap orang. 1. Employee (Bekerja makan gaji) 2. Self Empoyee (Bekerja Sendiri) 3. Bissness (Berniaga) 4. Ivestment (Pelaburan). Semua orang berada sekurang-kurangnya salah satu dari Empat kelas fasa tersebut. Paling banyak mungkin Dua keals dari Empat kelas tersebut. Beliau menceritakan bahawa orang yang berada di kelas E dan S perlu bertukar kepada kelas B dan I. Paling tidak mencari cara bagaimana untuk bertukar ke kelas tersebut.

   Pada pendapat admin, buku ini memang harus dimiliki oleh setiap orang untuk pemahaman dan pendedahan berkenaan pendidikan kewangan dan pengurusan kewangan. Penafian seperti "duit adalah tidak penting" atau " duit bukan segala-galanya" adalah tidak relevan jika admin katakan bahawa segala-galanya memerlukan duit. Apa sahaja dalam dunia ini menuntut kita untuk mempunyai duit. TETAPI INGAT! Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Inilah ayat keramat untuk kita faham akan duit. Duit hanyalah alat. Cuba kita bawa duit di dalam hutan yang tidak ada kedai serta kemudahan perkhidmatan yang lain. Bukankah duit menjadi sangat-sangat tidak berguna? Jadi admin tegaskan di sini bahawa duit hanyalah alat. Ianya juga tidak boleh dibawa ke  kubur. Admin menyarankan supaya buku Rich Dad Poor Dad ini menjadi salah satu koleksi buku peribadi anda semua supaya kita dapat mempelajari pengurusan duit yang betul dalam kehidupan bukan sahaja di dunia malah untuk di akhirat juga. Biarlah duit bekerja untuk mencari duit sendiri. Bukan berterus-teruskan kita bekerja untuk mencari duit atau hamba kepada duit. Mudah-mudahan kita beroleh keberkatan dalam hidup. Salam sayang dan salam inspirasi dari admin...