September 04, 2014

Diari Sihat : Aku Obess...

 Sebelum Belajar di UTeM(Oktober 2007)

gambar hanya hiasan.. ;b


Aku mengalami obesiti. Berumur 25 tahun. Rasanya badan aku dah gemuk. Seingat aku, sewaktu zaman persekolahan, aku tak pernah merasa jadi gemuk. Mungkin inilah rezekinya dan masa yang paling sesuai untuk merasa jadi gemuk. hahaha. Memang terasa sedikit lain apabila melihat gambar sekarang dengan gambar dulu-dulu. Kadang-kadang, ada juga yang bertanya "ini kau ke Rahim masa dulu? Beza betul rupanya." Aku hanya menjawab "Haah. Akulah orangnya dalam gambar tu." Sebab apa sebenarnya badan aku naik? Sejak aku masuk UTeM dan mendapat pinjaman PTPTN, selera makan aku jadi lain macam. Ada sahaja waktu-waktu terluang untuk aku habiskan dengan makan. Sarapan nasi. Tengah Hari nasi. Malam pun nasi jugalah. Pernah satu hari aku makan nasi samapai tiga kali sehari. hahaha. Orang kata hati tengah senang. Itu yang kuat sangat melantak tu. Teringat kat seorang kawan masa belajar di UTeM. Namanya Fajar. Kami berkawan dari Tahun Satu hinggalah habis belajar. Pernah dulu dia cakap "hai rahim! kau ni dulu 6 pack sekarang dah jadi one pack dah." Aku hanya tersengih mendengar perlianya itu. "Wah! Bisa sungguh ayat mu itu Fajar." kataku dalam hati. Terima kasih Fajar. Ada juga orang yang menegur dan perasan akan perubahan diri ini. Pernah juga aku terserempak dengan Dr Razak. Pensyarah subjek programing C++ kelas kami sewaktu di tahun Satu dahulu. Katanya " Rahim. Kurangkan sedikit berat badan awak tu." Pesan Dr Razak. "Baik Dr. Terima kasih." Aku menjawab sambil tersenyum. Terasa juga ramai orang yang perasan akan perubahan pada berat badan aku ini. Ada juga kawan-kawan mengusik dengan mencubit lemak di perut aku. "Aduh! sakitnya." Aku mengaduh kesakitan apabila dicubit dengan kuat oleh Fadzli. Sebenarnya aku juga merasa akan perubahan negatif diri aku ini mempengaruhi kehidupan aku sehari-hari. Aku menjadi pemalas dan kuat tidur selain kuat makan. Apa yang aku teruskan untuk mengawal berat badan adalah menghadiri kelas latihan silat setiap malam Selasa dan Rabu di UTeM. Itu sahajalah usaha aku secara berterusan untuk mengekang lemak daripada terus subur membesar di bahagian hadapan perutku ini. Pernah juga aku mencuba untuk bermain Gym di UTeM. Aku juga sekali-sekala bermain bola tampar pada waktu petang. Tapi itu semua tidak bertahan lama. Lama-kelamaan aku selesa menjadi gemuk dengan berat badan 92 kg. Kata hati aku "tak apalah. belum lagi 100 kg. hahaha." Bercakap kepada diri sendiri untuk menyedapkan hati. Lemak di hadapan perut menjadi lebih subur apabila tiba waktu cuti semester. Setiap kali cuti jugalah berat badan akan naik dengan mendadak. Bolehlah aku katakan, satu tahun aku menaikan berat badan sehingga 7-8 kg. Dari 65 kg hinggalah 92 kg selama Empat tahun berada di UTeM. Terima kasih UTeM. Alhamdulillah syukur. Sewaktu cuti semester, ada sahaja makan yang sedap-sedap di kampung. Emak memang pandai memasak. Paling mengiurkan atau kata orang Jawa mengeces apabila Emak menghidangkan lauk ikan keli masak asam pedas. Itulah makanan kegemaran aku dan Usop. Pantang jumpa, mesti bertambah sampai licin. Ditambah pula dengan kenduri-kendara jiran tetangga, hindangan istemewa mestilah nasi beriani. Wah! Itulah saatnya untuk aku membaja badan untuk menambahkan lemak di perut. Lama-kelamaan aku Gemuk! Tak aktif. Nak buat apa semua pun malas. Paling best adalah tidur selepas makan. Kepala memang berat lepas makan. Tetapi aku juga menjadi cepat mengah apabila gemuk. Akhirnya aku sedar akan kepentingan menjaga kesihatan sewaktu muda. "Kamu tu dahlah bujang. Awek pun tak ada." Hati aku berbahasa dengan kegemukan aku. Aku ingin menjadi kurus dan terurus semula. Insyallah... Man Jada Wa Jada (Siapa yang bersungguh, Dialah yang Berjaya)

 Habis Belajar di UTeM (Oktober 2013)

 gambar sekadar hiasan..haha





0 Cerita Utama:

Post a Comment