Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

September 21, 2013

Aku Dah Nak konvo ker!?

    Pertama kali melangkah ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) melahirkan pelbagai perasaan yang bercampur-baur. Merasakan diri yang kecil ini sudah meningkat remaja dan selangkah lagi ke alam dewasa. Benda pertama yang menarik perhatian adalah sebuah tangki air yang berbertuk seperti lampu suluh yang besar. Terdengar budak-budak bertanyakan kepada ahli keluarga mereka, benda apakah yang besar seperti UFO itu. Apakah benda itu sebenarnya? Beberapa bulan kemudian, persoalan terhadap lampu suluh gergasi itu terjawab. Ianya merupakan tangki air paling besar di KMPK. Tempat kami bermain bola sepak atau futsal dengan tiang gol sekecil tempat duduk bangku yang di perbuat dari batu marmar. Di situ jugalah antara tempat yang paling tinggi di KMPk.  Kami melihat pelbagai ragam dan keindahan alam dari situ. Ada yang mengintai orang berdating, tidak kurang juga tempat mengadu nasib menceritakan masalah pada kawan-kawan. Buat diri ini yang merasakan terlalu remaja, tempat sebegitu memang sesuai untuk lari dari pelbagai masalah. Terdapat gunung-ganang yang teguh berdiri di hadapanya. Kadang-kala bertanya kepada diri sendiri, untuk apa aku ke sini sebenarnya?

   Selepas peperiksaan akhir semester dua di KMPk, kami bercuti panjang selama Enam bulan sebelum ditentukan ke IPTA manakah akan kami dicampakan. Aku memilih UPM sebagai pilihan utama, walaupun kemungkinan untuk ke sana lebih tipis, untuk pilihan kedua dan ketiga, aku merasakan UTeM dan UMP lebih sesuai. Memandangkan faktor jarak dari tempat tinggal, aku memilih UTeM sebagai pilihan terakhir. Beberapa bulan kemudian aku tercampak ke UTeM dengan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian). Aku termangu buat sekeitka. Melihat kembali result ku di KMPk yang cukup makan, aku tidak mauhu putus asa dan berpatah balik. "Selangkah kaki sudah berada di UTeM, apa salahnya kita habiskan melangkah dan bergerak maju ke hadapan" desak hati kecilku. Perjuangan mencari ilmu diteruskan juga.

   Aku bertatih-tatih untuk mengejar impianku walaupun subjek yang aku belajar ini sebenarnya begitu asing bagiku. Apa yang aku tahu berkenaan komputer? Jika masa kecil, aku hanya tahu pergi ke cyber cafe dan bermain permainan Red Alert 2. Itu sahajalah pengetahuanku berkenaan komputer. Kini aku belajar coding untuk sistem perisian komputer. Agak sukar dan payah juga untuk aku menelan sejumlah isi coding pada masa itu. Pernah juga aku menangis seorang diri di belakang makmal kerana terkapai-kapai untuk menghabiskan kod yang di beri. Memang aku tiada pengetahuan asas berkenaan coding. Akhirnya masalah itu selesai apabila aku membeli sebuah laptop jenama Compaq CQ40 yang aku namakan Pac-Boy.

   Kini aku bakal menjadi seorang graduan untuk bidang yang aku pelajari. Walaupun pada awalnya aku tidak bergitu berminat dengan komputer tetapi lama-kelamaan minat itu datang sendiri dan aku berjaya buktikan yang aku boleh lakukan. Tiada apa yang mustahil jika kita ada usaha yang gigih walaupun tiada minat. Aku bercadang untuk mengambil bindang lain sebagai kerjaya aku tetapi ilmu serta pengalaman dalam bidang komputer sedikit sebanyak membantu aku dalam mengaharungi dunia yang semakin pantas ditelan arus kemodenan. Alhamdulillah. Aku berjaya habiskan apa yang aku mulakan. Semoga kita berjaya mencapai apa yang kita impikan dalam hidup ini. Amin ya Allah....

Bisik-bisik :

-Pelangi hanya akan muncul selepas hujan
-Setiap pahit getir akan berankhir dengan kemanisan hidup
-Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang kemudian; Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian...

September 01, 2013

Jual Biskut OREO...

   Assalamualaikum semua... Petang Ahad (1 September) yang indah selepas waktu hujan kadang-kala agak membosankan dan sedikit mengantuk. Admin teringat kenangan sewaktu Sekolah Darjah 4. Pak Cik Bongsu selalu membawa pulang goodies dari England sewaktu dia masih menuntut di sana. Kadang-kala Coklat, Biskut, Cup Cakes dan makanan yang pelik dan jarang dijumpai di sini. Admin mencuba biskut yang tertulis OREO dan membawanya ke sekolah sebagai bekalan waktu rehat.

   Sewaktu rehat, terdapat seorang rakan sekelas yang asyik  mnjeling ke arah bekalan biskut yang di bawa. Dia lalu bertanyakan biskut tersebut dan mahu membelinya. Admin mengatakan bahawa biskut itu memang bukan untuk di jual. Tetapi kawan sekelas begitu mendesak Admin supaya menjualkannya dan bertanyakan harga untuk biskut OREO itu. Dengan tersenyum lebar, admin mengatakan untuk setiap keping biskut itu harganya hanya 50 sen dan untuk satu bungkus yang mengandungi 4 keping, harganya adalah RM 2.00. Dia bersetuju lalu menempah kepada admin untuk membawanya setiap hari. Admin mengatakan bahawa biskut tersebut hanya tinggal tiga bungkus. Jadi setiap hari admin mendapat RM 2.00 dan 'makan besar' selama seminggu.

   Admin rasa, pada masa itu biskut OREO belum lagi di jual di Malaysia kerana jenama dan corak bungkusan tersebut kurang di kenali dan jarang terdapat di pasaraya berhampiran. Admin merasakan bahawa terdapat 'bakat niaga' yang terpendam dalam diri ini apabila terkenang kembali kenangan menjual biskut OREO. Kadang-kala kita tidak tahu nasib seseorang itu bagaimana pada kemudian hari tetapi kita perlu sentiasa Doa, Usaha, Istiqomah dan Tawakal dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Pesanan buat diri sendiri yang semakin MALAS)

Bisik-bisik:

-Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakal (DUIT)
-Cerita yang Admin tulis nie berkisar pada tahun 1999 di Sekolah Rendah Kebangsaan Bakri Batu 2.


Komen Filem : KL Gangster

   Menonton filem KL Gangster arahan Syamsul Yusuf dan menunggu sambungan untuk filem ini boleh dikatakan agak menarik dengan aksi-aksi stunt dan jalan cerita yang berkembang. Ketika menonton filem ini, admin cuba menilainya dengan filem 'Young & Dangerous' dari siri 1 hinggan siri 5. Begitu juga dengan filem KL yang bersiri seperti KL Menjerit siri 1 dan siri 2 serta KL Drift siri 1 dan siri 2. Tetapi, di antara semua filem KL yang bersiri hanya filem KL Drift sahaja yang jalan ceritanya berkembang mengikut siri tidak seperti filem KL Menjerit yang kebanyakanya sambungan sirinya berkisarkan tentang flashback atau 'cerita sebelum cerita bermula'. Adakah KL Gangster juga mengikut jejak langkah KL Menjerit atau adakah seperti KL Drift. Nantikan di pawagam akan datang... =)

   Setiap cerita pasti ada kebaikan dan keburukan. Sebagai pedoman, Baik jadikan Teladan, Buruk jadikan Sempadan. Tak salah menilai dan mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi di sekeliling kita. Mungkin filem KL Gangster tidak berapa sesuai untuk di tonton oleh kanak-kanak dan golongan bawah umur kerana unsur-unsur ganas dan gangsterism yang terdapat dalam filem tersebut. Tetapi, terpulanglah kepada Ibubapa dan diri sendiri untuk menilai dan menapis apa-apa yang patut untuk anak mereka. Apa kata menonton filem berkenaan bersama Ibubapa dan keluarga serta mengambil sedikit kebaikan dan pedoman dari intipati filem berkenaan. Apa yang melucukan admin adalah aksi Abang Long Dil lakonan Zizan Razak yang memang mencuit hati. Katanya "Bagilah dia KL. Bagi je lah KL kat dia." Untuk watak Malik dan Jai pula, admin berpendapat 'air di cincang takan putus' kerana itulah lumrah hidup. Mungkin ada persamaan dengan Aidil dan Adam dalam cerita Nur Kasih (kot? fikir positif) Apa-apa hal, carilah sesuatu hiburan yang dapat memberi kesoronakan beserta iktibar... Salam Merdeka ke-56 dari Admin (rahimpengasih)

Bisik-bisik :

-Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56
-Admin tengah gian menulis dan berblog...Semoga anda selalu membaca dan tersenyum ;)

August 28, 2013

Cerita Aku Rium II (Kawan Baru)

    Rupanya tidaklah begitu biasa bagi kami. Di kepalanya terdapat gumpalan sisik yang seakan-akan seperti Singa. Akan tetapi bentuk badanya tidaklah begitu asing bagi kami. Sisik tubuhnya lebih kurang kami tetapi agak besar sedikit. Bila ditanya-tanya barulah kami faham bahawa Ikan Emas yang baru masuk ke dalam akurium kami itu adalah Rio. Rio merupakan sekor ikan emas dari jenis Lion Head Gold Fish. Memang sisik kepalanya agak lebat dan seakan-akan mempunyai rambut. Selamat Datang Rio ke dalam rumah baru awak!

    Kebetulan beberapa hari yang lalu, sirip dan ekor Sam selalu di gigit oleh ikan-ikan dari jenis Honey Blood Fish. Mungkin kerana warna badan Sam yang terang dan terlalu memukau membuatkan ikan-ikan dari spesis lain cemburu. Uda pula selalu memuji-muji kecantikan Sam yang memukau mata. Selang beberapa hari, Sam sudah tidak mampu lagi untuk bertahan dengan ikan-ikan Honey Lily. Dia akhirnya mati kerana tidak dapat menyeimbangkan struktur badanya kerana kehilangan sirip dan ekor. Setelah perasan akan kematian Sam, Adam pula mengikut jejak langkah Sam. Jadi kami telah kehilanga dua ekor kawan rapat dalam akuarium yang kami angap sebagai rumah kami ini. Uda akhirnya mengasingkan ikan Honey Blood ke sebuah akuarium yan lebih kecil. Jadi yang tinggal di rumah kami hanyalah ikan dari spesis Gold Fish dan ikan dari spesis Zebra yang kecil. Mungkin kedatangan Rio ke dalam akurium kami sebagai peganti Adam dan Sam.

    Bersama-sama Rio terdapat juga sekor ikan emas dari jenis Comet Gold Fish seperti Adam. Kami memberikanya nama Adam II kerana perangai dan sikapnya sama sperti Adam. Ikan yang bewarna hitam dan kelihatan agak lembap dan pemalas itu kami panggil Kisa. Dia pula datang dari spesis Sucking Loach. Kerjanya hanya berehat berdekatan cermin sambil memakan hampas-hampas yang tertinggal di akuarium. Mungkin kerja-kerja pembersihan memang layak untuknya. Apa-apa hal pun, kami mengucapkan Selamat Datang kepada kawan-kawan baru ke dalam akurium kami. Semoga Rio, Adam II dan Kisa selesa dan ceria bersama-sama kami.

Bisik-bisik :

-Admin baru kematian dua ekor ikan emas kesayangan.
-Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan ditulis atas kehilangan ikan emas tersayang.

Cerita Aku Rium I (Pertemuan Ikan)

   Melepak dan berehat sememangnya aktivit yang menyeronokan bagi sekor ikan kecil. Nama aku Sam.Sekor anak ikan emas jenis Ryukin Gold Fish. Aku memang suka duduk melepak dalam akurium ni. Walaupun akurium ni sempit dan padat dengan beberapa ekor anak ikan emas yang lain, tapi aku tidak berapa kisah kerana akurium ini sentiasa di jaga rapi dan bersih. Makan pun cukup. Kerja aku hanyalah memperagakan tubuh badan yang comel dengan warna emas berbelangkan putih. Wow!Makin menjadilah jika ada customer yang datang dan memuji-muji kecantikan badan yang berbelangkan emas ini. Apabila bosan dan tiada orang, aku akan bermain-main dengan sanak saudaraku yang lain sementara menunggu waktu esok tiba.

    Satu hari aku terlihat kelibat seorang budak berkaca mata dan berbaju biru datang ke akurium kami. Sebenarnya budak tersebut memang biasa aku perasan datang dan melihat-lihat di akurium kami. Tapi kali ini aku semacam dapat merasa satu firasat yang aneh. Dia mula menjengah-jengah ke akurium kami. Selang beberapa minit dia datang lagi ke akurium kami.Dan kali ketiga dia datang bersama penjaga ikan. Mungkin dia hendak membeli ikan dalam akurium kami. Siapalah yang akan di jual.

   Aku berdoa banyak-banyak supaya aku masih lagi diberikan kesenangan tinggal di akurium yang selesa ini. Tiba-tiba tubuh badanku terkena saukan dari penjaga ikan. Meronta-ronta aku ingin melepaskan diri tetapi apakan daya. Sedang aku tersesak nafas, budak berbaju biru itu lantas mengambilku dengan cermat dan meletakan aku ke dalam bekas plastik berisi air. Di dalam bekas itu terdapat beberapa ikan emas dari spesis yang lain seperti Ikan emas yang berbulu cantik iaitu Shubukin Comet Gold Fish. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Roy. Terdapat juga ikan emas dari spesis Comet Gold Fish yang kesemua badanya berwarna emas. Dia pula dipanggil Adam. Mungkin ketua bagi ikan-ikan emas yang lain. Bersama aku terdapat juga saudaraku dari akurium aku sendiri yang berwarna emas rata yang biasa aku panggil Buncis. (Mungkin makanan kegemaranya pallet bersama kacang Buncis. Siapa tahu?). Dan sekor lagi kawan kami iatu Shubukin Ryukin Gold Fish yang hanya suka berdiam diri itu hanya memperkenalkan diri sebagai Baim. Jadi kami semua sudah berkenalan dari dalam bekas plastik lagi. Mengikut firasat aku, kami akan dibawa pulang oleh budak berbaju biru itu ke rumahnya. Apalah nasib kami nanti. Mudah-mudahan aku tidak hidup susah dan tidak diperlakukan dengan perkara tidak elok. Amin ya Allah. Sepanjang perjalanan pulang aku banyakan berdoa dan berzikir semoga dipermudahkan segala urusan.

    Kami akhirnya disatukan di dalam sebuah akurium yang tidak kurang besarnya dari rumah lama kami. Bersama-sama kami, terdapat juga ikan Bloody Lilly, ikan Guppy dan ikan Zebra. Budak yang berbaju biru itu memperkenalkan dirinya sebagai Uda. Dia seorang yang baik dan tampan. Selalu membersihkan akurium dan bercakap dengan kami apabila stress. Seorang budak yang kelakar dan peramah. Pernah sekali itu dia terlupa memberi kami makan, katanya pergi beraya. Bagi kami puasa untuk satu hari atau dua hari tidak menjadi masalah. Aku mendokan supaya Uda gembira dan berjaya mencapai apa yang dia inginkan. Selamat Datang ke Dunia Aku Rium Kami...

Bisik-bisik:

-Admin baru mencuba hobi baru iaitu memelihara ikan emas...
-ikan emas akan lebih menyerlah jika ada cahaya yang menerangi tubuhnya.
-Memelihara ikan boleh memberikan ketenangan dan kepuasan. Selamat Mencuba.

February 07, 2013

Anda Warna Apa!?

     Assalamualaikum…Baru-baru ini saya begitu tertarik untuk mengetahui rahsia di sebalik warna.Adakah warna mencerminkan sesuatu dalam diri kita atau hanya sebagai satu simbolik sahaja?…Di Malaysia,kita dibesarkan dengan suasana yang warna-warni.Bukan sahaja melambangkan permuafakatan masyarakatnya yang berbilang kaum,tetapi menjadi simbolik yang memberi maksud yang tertentu.Sebagai contoh,warna kuning merupakan warna Raja atau Sultan yang sememangnya digunapakai sejak zaman berzaman.Pada zaman dahulu,hanya Raja atau Sultan sahaja yang layak memakai pakaian yang berwarna kuning..Bagi kepercayaan masyarakat Cina pula,warna merah akan memberi tuah kepada si pemakainya.Apa yang dapat saya perhatikan,apabila tiba musim Tahun baru Cina ataupun perkahwinan kaum Cina,kebanyakan mereka akan memakai pakaian bewarna merah...Ini menunjukan sememangnya warna memainkan peranan yang penting dalam sesebuah masyarakat.Tetapi apa pula kaitan warna dengan diri kita?Mari ketahui dengan lebih lanjut…

BIRU…Di katakan sesiapa yang menyukai warna biru,anda merupakan seseorang yang pasif!!Anda mendambakan ketenangan dan Ketenteraman.Sukar bergaul dan dalam bercinta anda lebih untuk menyembunyikan perasaan,,,
HIJAU…Anda seorang yang romantik,suka akan keindahan alam dengan udara yang nyaman.Sentiasa berpegang kepada prinsip hidup.Mencari teman hidup yang mudah bertoleransi dan dapat dipercayai,,,
KUNING…Bersikap optimis.Seorang periang dan mudah bergaul.Mempunyai sifat tolong-menolong.Tidak memandang rendah kepada sesiapa pun walaupun orang itu lemah dan bodoh,,,
KUNDANG(UNGU)…Anda memang luar biasa.Tidak ragu-ragu dalam menghadapi masa hadapan.Pandai mengikuti perkembangan semasa.Mereka yang kuat mental dapat mendekati dan menyintai anda,,,
PUTIH…Sempurna!Ramai yang mengagumi anda kerana memiliki sikap yang anggun,idealis dan mempunyai moral yang tinggi.Tidak angkuh dan ringan tulang,,,
HITAM…Lincah dalam hal tertentu.Jika dikelilingi mereka yang tidak disukai,anda akan murung.Penampilan yang menarik dan rapi.Ramai yang cuba mengejar dan merebut cinta anda,,,
MERAH…Seorang yang berwibawa.Penyabar.Ramai yang meluahkan cinta,tetapi anda selalu berfikir dan berfikir.Golongan yang sukar jatuh cinta,,,

     Jadi anda warna yang mana!??haha…Bagi saya,warna biru dan hijau merupakan pilihan saya.Jika diteliti,kombinasi antara kedua-dua warna ini akan melahirkan sesuatu yang saling lengkap-melengkapi…Jika BIRU mendambakan ketenangan,HIJAU pula memberi ketenangan…Apa-apa pun warna pilihan anda,jadikan ia sebagai pemangkin atau motivasi kita untuk menjadi yang lebih baik….Salam Sayang dari penulis(rahimpengasih)

Bisik-bisik:

-Jangan terlalu taksud dengan apa yang ditulis kerana ianya hanyalah kajian.Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui akan sesuatu pekara…. =)

-Pelangi mempunyai tujuh lapisan warna

February 04, 2013

Dogeng Rakyat Moden: Sang Kancil dengan Mr Bent

     Al-kisah...Tersebutlah sebuah kisah..Sang Kancil berjalan - jalan di kota Danau Lumpur.Sambil berjalan di kota Danau Lumpur itu,dia mengambil peluang untuk melihat dan merenung suasana kota pada waktu pagi. Selain Sang Kancil, terdapat juga kawan - kawannya yang lain seperti Todak Jepun (kereta Mitsubishi Lancer); Angkut - Angkut (kereta Honda Accord); dan Katak Hijau Tua (kereta Volkswagen Bettle). Mereka semua mungkin sama seperti Sang Kancil, bersiar - siar di kota di hari cuti dengan pelbagai niat dan tujuan. Begitulah kehidupan warga kota apabila tiba masa cuti. Ada yang mahu pulang ke desa, membawa keluarga berjalan - jalan, tidak kurang juga yang pergi membeli dan mencari barang - barang keperluan seharian.

     Sedang Sang Kancil berjalan - jalan,tiba - tiba ada satu lembaga besar sedang menghampirinya. Secara mengejut, lembaga itu menghampiri Sang Kancil sambil menyergahnya. Lantas Sang kancil terjatuh dan mengerang kesakitan. Lembaga itu hanya ketawa melihat Sang Kancil yang jatuh bergolek di sergah. "Ceh! Sampai hati kau tolak aku.",rintih hati kecil Sang Kancil. "Haaa,tu la,,,lain kali,dah tahu badan kecil,jangan nak berlagak jalan kat tengah - tengah jalan.Kan dah kena lanyak.Padan muka.HaHaHa!",lagak lembaga mentertawakan Sang Kancil. "Apa kau ingat kau besar,kau boleh buat sesuka hati kau ke hah.Jalan nie aku dah bayar cukai dengan Datuk Belang tau",marah Sang Kancil cuba mempertahankan diri. "Argh,Ada aku kesah!?Cukai aku dengan cukai kau mana lebih banyak?Jadi,akulah yang lebih layak nak lalu kat jalan nie",angkuh Lembaga Besar tersebut."Sang Kancil terlopong.Mungkin agak kaget dan terkejut kerana tidak pernah berjumpa dengan makhluk yang begitu angkuh.Atau mungkin juga makhluk tersebut kelihatan begitu asing dengan persekitaran tersebut."Owh ya!Lupa nak kenalkan diri.Aku Bent.Asal negara dari negaraa Puteh.Boleh panggil aku Mr Bent".Mr Bent menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan.Perlahan - lahan,Sang Kancil bangun dan menyambut salam Mr Bent itu.Sepanjang hidupnya,dia belum pernah lagi berjunpa dengan makhluk yang keseluruh tubuhnya berwarna putih,berbadan sasa dan besar serta mempunyai lambang bintang berpunjuru tiga di topinya. Mungkin ini kali pertama dia berjumpa dan bersalam dengan makhluk tersebut."Nama saya Sang Kancil.Boleh panggil Kecil.Belum pernah saya jumpa dengan makhluk seperti saudara.Negara Puteh itu di mana tempatnya Mr Bent?Boleh beritahu saya akan kedudukan negara kamu?"Sang Kancil berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut akan asal - usul Mr Bent yang baginya aneh dan asing."Heh,kamu ni memang kolot.Nampak gayanya macam tak pernah berlayar ke tanah seberang."Negara Puteh itu letaknya di daerah Terompah Barat. Bawah sedikit dari daerah Trika dan ke Timur jauh dari daerah Gurun Rasyia.Kamu boleh sampai ke sana dengan menaiki Kapal Terbang atau Kapal Laut." Sekali lagi Sang Kancil tercengang.Apa yang di katakan Mr Bent tadi belum pernah pun dia dengar dari mulut sesiapa sebelum ini."Bagaimana pula dengan berjalan kaki sahaja?Adakah saya boleh sampai ke negara kamu Mr Bent?",tanya Sang Kancil lagi yang semakin berminat dengan Negara Puteh.Berdekah - dekah hilai ketawa keluar dari mulut Mr Bent.Pecah perut di buatnya. Belum pernah lagi dia berjumpa dengan makhluk yang ingin ke negaranya dengan berjalan kaki.Ini merupakan kali pertama dia berjumpa makhluk pelik seperti ini."Kawan,kau tinggal di mana?"tanya Mr Bent."Di dalam sebuah desa bernama Hutan Hijau"balas Sang Kancil merendah diri.Mungkin malu di ketawakan sebegitu rupa."Janganlah kau marah Kecil.Aku tidak pernah mendengar soalan seperti kau tanyakan tadi.Begini,di negara aku,tidak ada jambatan atau pun daratan yang bersambung dengan daratan yang lain.Ianya merupakan sebuah pulau.Kalau kau mahu berjalan kaki juga,kau perlu melalui Hutan Tebal yang di lalui oleh pedagang - pedagang Gajah Muda di Laluan Sutera hinggalah kau sampai di penghujung laluan tersebut di sebuah tempat bernama Konstelia. Dalam perjalanan tersebut,kau akan melalui negara Guina, seterusnya negara Lindina dan sampai ke Sempadan daerah Gurun Rasyia di Timur Jauh.Selepas melintasi sempadan tersebut,kau akan tiba di sebuah kawasan bernama Konstelia di Negara Toney di penghujung Laluan Sutera.Aku cadangkan agar kau mengikuti pedanga - pedagang Gajah Muda yang datang berdagang ke sini setiap tiga bulan dalam setahun untuk mengelakan dari perompak ataupun penyamun yang sering menganggu pedagang - pedagang di situ." Dah sampai ke penghujung Laluan Sutera nanti,hendak ke mana pula untuk tiba di Negara Puteh?",tanya Kecil dengan penuh minat.Mr Bent perasaan akan kesungguhan Kecil untuk pergi ke negaranya.Dia mula menunjukkan reaksi serius untuk membalas reaksi minat Sang Kancil."Bila dah sampai di Konstelia nanti,kau perlu terus berjalan kaki hingga ke sebuah pelabuhan bernama Remeni.Untuk ke sana dari Konstelia tidak terlalu jauh.Hanya beberapa hari berjalan kaki sahaja kau boleh tiba ke Remeni melalui beberapa buah negara.Bermula dari Toney, kau akan melalui sebuah negara yang penuh dengan lagenda ketamadunan seperti Rumi, Rance, Ketaley dan akhir sekali Remeni.Di situ kau harus pergi ke pelabuhan Remeni untuk sampai ke negara Puteh dengan menaiki kapal laut.",terang Mr Bent lanjut.

      Sang Kancil mencatat beberapa perkara penting untuk rujukannya nanti.Mungkin pertemuannya dengan Mr Bent adalah satu tuah untuknya mengetahui dunia lain dengan lebih lanjut."Ada masa nanti,kau datanglah tempat aku Kecil.Aku belanja kau makan ayam Turkey panggang.Okeylah,Nak jalan dulu ni.Banyak lagi benda aku nak buat",Mr Bent ingin beredar segara."Mr Bent.Boleh saya tahu kamu mahu ke mana?"tanya Sang Kancil sahaja ingin tahu tujuan Mr Bent ke mari."Ohhh.Aku ada urusan niaga yang perlu aku selesaikan.Aku dengar Hutan Hijau banyak pokok-pokok balak yang bermutu.Kan bagus kalau di bawa ke negara Puteh." jawab Mr Bent selamba.Dia segera mengangkat kaki melangkah meninggalkan Sang Kancil yang kebinggungan.Terdiam Sang Kancil sambil ternganga dan berfikir sejenak tentang apa yang di perbualkannya tadi.Jawapan Mr Bent tadi benar-benar mencabut hati benaknya yang kecil itu.


Bisik - bisik :

-watak Sang Kancil atau Kecil dalam cerita ini mewakili kereta Kancil atau haiwan kerdil bernama Kancil

-Selain Kancil atau Tragulus Kanchil di senarai merahkan sebagai haiwan terancam

-Burung Pelanduk Dada Putih dan Burung Pelanduk Ekor Pendek juga merupakan spesis yang hampir terancam

- Sang Kancil banyak di kaitkan dengan cerita Melayu klasik sebagai simbolik haiwan yang cerdik dan pintar


January 30, 2013

Saya Boleh! Anda Boleh!! Kita Boleh!!!

    Meniti hari - hari sebagai seorang pelajar UTeM ataupun pelatih untuk Latihan Industri melahirkan pelbagai perasaan yang bercampur - baur. Kegembiraan dan kegusaran bertukar ganti. Gembira kerana akan menamatkan pelajaran di peringkat universiti dan gusar memikirkan kerjaya selepas belajar yang memaksa diri untuk mencari keperluan hidup. Kebetulan ketika ini tinggal beberapa minggu sahaja lagi unutk menamatkan kursus Latihan Industri di Shah Alam. Terkenang akan pertama kali datang sebagai seorang pelajar practicle di Isianpadu, merasakan diri ini seperti 'rusa masuk kota'. Mungkin sudah biasa dengan suasana kampung ataupun tempat yang tidak terlalu sibuk membuatkan sedikit kekok apabila datang ke kota besar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur. Teringat juga akan niat yang terlintas sewaktu datang ke sini untuk 'belajar dan bekerja' mencari keperluan hidup sehari - hari sambil menimba pengalaman di kota besar. Selalu memetik gitar lagu 'Impian Anak Jalanan' karya M. Nasir takala di rundung masalah dan kedukaan mengingatkan diri ini akan tujuan dan niat asal berkelana.


      Saat yang paling gembira bagi seorang pelajar practicle adalah bila mendapat elaun di setiap hujung bulan. Rutin bulanan setiap kali hari gaji adalah 'membayar diri sendiri' dengan makan Mee Bandung Muar di tempat letak kereta berdekatan Stadium Shah Alam. Selain daripada kawan - kawan, di situlah antara tempat saya merasakan ada suasana kampung takala desakan hidup di kota raya yang bermacam ragam jenis masyarakat. Pernah juga mencari dan mencuba kerja 'part-time' seperti di Melaka. Dapat juga beberapa panggilan dan temuduga. Antara pengalaman yang paling menyeronokan adalah temuduga bersama Telaga Biru Training Centre. Merasakan diri ini boleh dan berkebolehan, saya mencuba dan di terima sebagai salah seorang fasilitator. Sesi kursus pertama adalah sesi pengenalan bersama beberapa orang penting di Telaga Biru. Antara perkara yang begitu menarik bagi saya adalah aktiviti membetulkan 'mind set' dan kesan apa yang kita sebut setiap hari kepada diri dan hati dari segi psikologi. Saya telah dipanggil untuk aktiviti ini. Fasilitator motivasi tersebut meminta saya menyebut sesuatu yang positif sambil mengenggam tangan. Saya berkata "Saya seorang yang berjaya" dan apabila beliau menolak tangan yang di genggam didapati tangan tersebut begitu kuat dan sukar untuk dijatuhkan. Kemudian beliau minta pula saya menyebut sesuatu yang negatif dan saya berkata "Saya kuat tidur". Dengan daya dan tekanan yang sama, beliau menolak tangan yang saya genggam tadi dan dengan mudahnya ia di jatuhkan. Ini menunjukan bahawa apa yang kita katakan sebenarnya mempengaruhi diri sendiri sama ada hati, mental dan fizikal. Secara sedar tak sedar, sebenarnya apa yang kita lihat, dengar, fikir dan rasa akan masuk ke dalam hati kita dan di situlah bermulanya perubahan diri yang sebenarnya. Jadi, katakanlah sesuatu yang positif setiap hari agar diri saya dan anda tetap tegar walau ditimpa dugaan dan cabaran hidup. Jika kau fikirkan boleh, katakanlah, "Saya BOLEH! Anda BOLEH!! Kita BOLEH!!!"


Bisik - bisik :

- Lagu Fikirkan Boleh sesuai untuk mereka yang tengah 'down'.

- Nak seribu daya, Tak Nak seribu dalih =)

January 01, 2013

Peminat 'Key Chain' & Tahun 2013 (0_o)

     Assalamuaikum semua pembaca....Malam ni merupakan tahun baru bagi tahun 2013. Setiap tahun kebiasaanya saya akan merenung tahun - tahun yang telah berlalu dan membuat sedikit perancangan untuk tahun berikut. Teringat saya akan ceramah Steve Jobs di Stamford University pada tahun 2005 bahawa setiap tahun - tahun yang berlalu atau setiap masa yang berlalu akan menjadi satu titik dan setiap titik itu akan bersambung menjadi sebuah gambaran.Gambaran tersebut merupakan masa hadapan anda.

     Hoho..Sebelum kita lari dari tajuk, ingin saya beritahu kepada anda semua bahawa saya merupakan seorang pengumpul 'key chain' yang tegar.(0_o)...hihi.Kebayakan 'key chain' yang saya kumpul itu merupakan hadiah dari kawan - kawan atau di beli di sesuatu tempat yang saya anggap mempunyai nilai - nilai yang tersendiri. Sebagai contoh, saya mempunyai koleksi 'key chain' strawbery hadiah dari seorang kawan semasa di sekolah. Sebagai pertukaran dengan 'key chain' Rock Lee (watak dalam komik Naruto) yang paling saya gemari juga hadiah dari seorang kawan. Dari situlah bermula minat saya untuk mengumpul 'key chain' sehingga ke hari ini. Antara koleksi 'key chain' kegemaran saya adalah 'key chain' keris (Hanim bagi); strawberry (Masruddin bagi); Tulang Ikan (beli di Pulau Pangkor) dan KLCC (beli di Petrosains KLCC)...Baru - baru ini juga saya menghadiahkan sebuah 'key chain' berbentuk jagung kepada seorang pengacara yang saya minati...huhu

     Sebagai permulaan bagi tahun 2013, saya memulakan pengembaraan tahun baru ini dengan berazam menjadi seorang penulis. Bagi saya,setiap tahun itu kita akan membuka satu helaian baru untuk sebuah buku kehidupan. Saya tinggalkan sebuah lukisan kehidupan ini untuk anda...Bye!



Bisik - bisik :

-Kebanyakan key chain yang di beli memberikan ingatan dan memori sebuah tempat atau seseorang

-Tahun 2013 saya akan memasuki umur 24 tahun