Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

January 16, 2020

Darurat yang tak diisytiharkan

Sebenarnya, tak ada istilah pun 'darurat yang tak diisytiharkan'. Cuma, apa yang bakal terjadi jika teknologi perkomputeran dan sistem internet yang kita gunapakai tidak setanding dengan teknologi baru dari inovasi luar negara.

Teknologi yang terus-menerus berubah membuatkan kita kadang-kala merasakan ketinggalan zaman. Secara individu, kita merasakan supaya melakukan perubahan seiring dengan pembaharuan teknologi baru. Kata orang muda, biar 'up to date'.

Kita seharusnya faham, negara membangun seperti Malaysia tidak mengeluarkan produk berasaskan teknologi perkomputeran dan sistem internet. Rata-rata kita, masyarakat pengguna berasaskan teknologi. Bukan pengeluar utama produk teknologi. Termasuklah negara-negara jiran kita. Indonesia, Filipina, dan Thailand.

Ceritanya disini, jenama yang manakah kita gunakan untuk melengkapi keperluan dan kehendak teknologi petkomputeran kita. Teknologi yang kita pakai. Semua luar negara.

Saya bentangkan satu persoalan. Andai teknologi dari negara maju lebih canggih dari teknologi yang kita pakai secara individu, apa terjadi pada hak data peribadi kita?

Saya bentangkan satu contoh. Negara A keluarkan virus komputer untuk merakam video gambar dan audio suara dari setiap telefon pintar yang ada di Indonesia, apa yang pemilik individu telefon pintar itu tahu bahawa dirinya dirakam 24 Jam suara dan gambar dari telefon pintarnya sendiri untuk tatapan negara A? Selagi individu itu tidak pasang antivirus Di telefon pintar, selama itulah dia tidak sedar kehidupan peribadinya itu dirakam.

Dan inilah yang saya maksudkan darurat yang tidak pernah diberitahu..

January 03, 2020

Tanah Melayu Tanah Pusaka

Tanah Melayu tempat beradat,
Bumi dipijak langit dijunjung,
Negeri berdaulat Raja dan Rakyat.

Tanah Melayu berganti Malaysia,
Cina India Melayu Bumiputera,
damai tinggal seMalaysia.

Tanah Melayu pusaka bangsa,
Penghujung Selatan benua Asia,
Berjiran dalam kelompok Nusantara.

Tanah Melayu pernah dijajah,
Melaka jatuh kekuasaan Portugis,

Belanda bertukar tanah Inggeris,
Jepun datang bersama Perang Dunia 2.

Tanah Melayu pernah direbut,

Komunis berebut dengan Inggeris,
Demokrasi terpimpin menjadi sandaran,
Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan.

Suatu masa pernah terbilang,
Kesultanan Melayu Melaka menjadi ternama,
Pusat dagangan pelabuhan dunia,
Bahasa Melayu pertuturan semua.

Sebelum Melaka, Siam berkuasa,
Dari Utara ke Selatan mengutip bunga emas,
Semua kerajaan tunduk kepadanya,
Sewaktu Islam belum ada ceritanya.

Langkasuka namanya lagenda,
Dibuka dari Merong Mahawangsa,
Berkembang banyak menjadi Kedah Tua, Kedah Muda, Terengganu dan Gangga Negara,
Katanya ada sampai ke Patani dan Sokla.

Sebelum ada kita semua,
Tanah subur bergenang banjir besar,
Kerajaan besar kini tiada,
Lenyap bersama bencana banjir.

Itu semua aturan Allah,

Segala kejadian Tuhan yang Maha Mengaturkan,
Dari tanah pulang ke tanah,
Dari insan pulang ke Maha Pencipta.