Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

February 16, 2014

Dogeng Rakyat Moden: Cuba Tanya Sama Hud-Hud


   Pada zaman dahulu, diceritakan dalam zaman berzaman, di dalam dunia mergastua, berlakulah suatu kekecohan besar di antara para mergastua untuk mencari pengganti raja mergastua yang telah meninggal dunia. Kekecohan antara mereka tejadi apabila Raja mereka tidak meninggalkan waris untuk menggantikan tempatnya. Maka bermesyuaratlah para mergastua untuk mencari pengganti yang paling layak menggantikan raja mergastua yang telah pergi menemui Penciptanya. Maka mereka pun berpakatlah antara mereka untuk mencadang lantikan. 

   Dimulakan dengan seekor Ayam yang mencadangkan Sang Helang supaya menaiki taktha yang sememangnya layak untuknya. Dia merupakan seekor mergastua yang gagah dan perkasa. Renungan dan akalnya juga tajam. Tetapi terdapat bantahan dari sekelompok kecil dari warga mergastua kerana Sang Helang memang terkenal dengan sikapnya yang panas baran dan suka menyambar apa sahaja yang ada di bawah dan di hadapanya. Dia suka bertindak mengikut hawa nafsu amarahnya tanpa menghiraukan sesiapa sahaja. Lantikan Sang Helang ditangguhkan dahulu kerana terdapat bantahan. Itik pula mencadangkan supaya Burung Layang-layang menggantikan tempat Raja kerana ilmunya yang banyak tentang kehidupan kerana sudah lama bermusafir dan bermigarsi dari musim ke musim. Ada juga baiknya jika Burung Layang-layang menggantikan tempat Raja kerana dia boleh mengawasi warga mergastua dari mana-mana tempat. Dia juga luas akalnya berkenaan kehidupan berdasarkan pengalamanya bermusafir. Tetapi Burung Layang-layang menolak pelantikan tersebut kerana dia selalu berada di banyak tempat untuk menyesuaikan diri dengan musim-musim tertentu. Mesyuarat diteruskan lagi dengan cadangan dari Sang Tiong mencadangkan agar Cenderawasih di lantik menjadi Raja kerana dia juga dikenali sebagai burung dari syurga. Kecantikanya juga memang sukar ditandingi oleh mana-mana para warga mergastua yang lain. Sememangnya dia memang layak menjadi Raja Mergastua. Akan tetapi Cenderawasih ada satu tabiat buruk yang tidak disenangi warga mergastua. Dia suka menceritakan keburukan burung lain kepada mergastua yang lain. Setelah berbincang lagi akhirnya cadangan itu di tolak mentah-mentah kerana  untuk menjadi Raja Mergastua, dia haruslah tetap pendirian dan menjaga aib diri dan orang lain. Sang Merpati mencadangkan agar Sang Belatuk memimpin mereka semua. Tetapi Sang Belatuk sendiri menolak penlantikan itu kerana dia sangat sibuk untuk menyiapkan kerja-kerja pertukanganya dan membuat rumah. Dia juga perlu menjaga atok sesuai dengan namanya 'burung bela atok'!? Warga mergastua tergamam dengan jawapan Sang Belatuk. Mugkin Sang Belatuk perlu berehat sebentar bagi merehatkan badan dan akalnya yang terlalu kuat bekerja. Enggang yang datang dari negeri jauh mencadangkan agar melantik sahaja Sang Merak sebagai Raja. Lagipun dia sudah mempunyai tanda mahkota di ekornya. Cuma sikapnya yang angkuh dan suka membangga diri tidak begitu disenagi mereka. Lagipun tanda mahkota sepatutnya terletak di kepala dan bukanya di ekor bantah seekor mergastua. Enggang juga mempunyai tanda mahkota di kepala. Bukankah dia lagi layak menyandang mahkota Raja Mergastua berbanding Sang Merak. Dengan  kedudukan, darjat dan statusnya sebagai warga mergastua kelas satu dan jarang dijumpai di dunia menjadikan Enggang yang sepatutnya di berikan keutamaan berbanding semua mergastua yang lain. Tetapi jumlah spesis Enggang yang sedikit membuatkan Enggang menarik diri. Dia lebih perlu mengutamakan spesis dan kerabatnya yang sedikit dan dilanda kepupusan. Itulah tugas yang paling mustahak dan mulia untuk didahulukan. cadangan terakhir dari Sang Gagak yang hitam legam adalah Sang Bangau kerana bulunya yang putih bersih. Tetapi hanya dari luaran sahaja bersih dalamanya belum tahu lagi. Sang Bangau memang terkenal sebagai warga mergastua yang suka lupa daratan dia suka berterbangan tinggi-tinggi di awan. Tetapi akhirnya dia akan kembali juga dibelakang kerbau untuk pulang. Bila susah, barulah tahu untuk pulang. Sehinggakan manusia membuat bidalan, Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya pulang di belakang kerbau. Mereka semua terdiam dan berfikir sejenak berkenaan apa yang sedang berlaku dan siapakah yang layak menggantikan Raja Mergastua. Akhirnya burung Hantu yang banyak ilmunya menyarankan agar mereka semua pergi berjumpa dan cuba bertanyakan dengan burung Hud-Hud kerana tentang permasalahan mereka burung Hud-Hud telah banyak berkhidmat denga para Nabi dan Rasul a.s. Dia juga pernah mengikuti rombonga bahtera Nabi Nuh a.s semasa berlaku banjir besar. Pada zaman Nabi Sulaiman a.s juga, dia pernah berkhidmat menyampaikan dakwahnya yang mulia dalam mengajak manusia mengesakan Allah s.w.t. Ketika tentera Abrahah hendak menyerang kota Mekah, ada yang mengatakan dia pernah melihatan Burung Ababil yang membawa batuan dari neraka untuk menghancurkan tentera bergajah tersebut sehingga mereka menjadi seperti daun yang dimamah ulat.Selepas mendengar cerita dari burung Hantu, para menrgastua terus membuat rombongan lawatan untuk bertemu burung Hud-Hud yang telah tua. 

   Setibanya mereka di tempat burung Hud-Hud beristrirehat, tanpa lenggah mereka segera membentakan tentang permasalahan dan kekecohan yang berlaku dalam warga mergastua untuk mencari Raja Mergastua yang baru. Ada yang mencadangkan agar Hud-Hud sahajalah yang menggantikan tempat Raja. Tetapi keadaan Hud-Hud yang sedang tua dan uzur membataskan pergerakanya untuk urusan-urusan mentadbir warga Mergastua. Dia pun bercerita tentang di sebuah tempat yang jauh nun di hujung dunia terdapat Raja yang paling layak untuk kita semua. Dia juga mencadangkan agar satu jemaah dan rombongan bermusafir di bentuk untuk pergi menghadap Raja mereka di tempat yang sangat jauh itu. Warga Mergastua kembali sunyi. Masing-masing berfikir adakah sepatutnya mereka bermusafir ditempat yang jauh itu untuk mencari Raja mereka yang sebenar. Sang Helang menolak kerana dia harus menjaga kawasan jajahanya. Burung layang-layang yang paling mahir dalam berhijrah juga tidak sanggup kerana mengenangkan nasib kerabatnya di perantauan. Cenderawasih juga bimbang jika perjalanan yang jauh itu akan merosakan bulunya yang cantik. sang Belatok masih sibuk memikirkan urusan bertukang dan urusan peribadinya yang tidak pernah berkesudahan itu. Sang Merak memberi alasan tidak tahu terbang kerana bulu diekornya terlalu berat. Sang bangau pula perlu mencari belakang kerbau utuk berhenti berehat. Dia risau jika ditempat musafir itu tiada belakang kerbau untuk disinggah. Burung Hantu hanya menunggu jawapan daru Burung Hud-Hud Tua untuk memberikan jawapan. Akhirnya burung Hud-hud bercerita lagi kepada warga Mergastua bahawa kepentingan bagi semua warga Mergastua untuk mencari Raja mereka. Dikatakan dunia yang tiada pentadbir akan berlaku kekecohan dan kucar-kacir kerana tiada pemimpin yang mentadbir mereka. Peratuaran yang ada juga akan mendatangkan kekalutan. Kekalutan yang berlaku pula berpunca dari peraturan yang tidak dipatuhi rakyat. Nasihat demi nasihat diberikan oleh burung Hud-Hud Tua supaya satu jemaah dibentuk untuk menghadap Sang Raja. Cerita burung Hud-hud itu sedikit sebanyak menambahkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk mencari Raja. Akhirnya beribu-ribu warga mergastua mempersiapkan diri masing-masing untuk mencari Raja. Mereka menyediakan bekalan untuk kelaurga mereka sebelum masing-masing bermusafir di tempat yang jauh. Akhirnya berlepaslah ribuan para mergatua itu mencari Sang Raja...

(Di olah dari 'Mantiq at-Toyir' yang bermaksud 'Mesyuarat Burung-Burung' karya Faridudin) 

February 13, 2014

Dongeng Rakyat Moden: Ilmu Membuat Emas

   Sering kali kita ketahui bahawa Emas memberikan sesuatu nilai yang paling berharga. Dari zaman ke zaman, nilai Emas tidak pernah susut hinggakan ianya menjadi perbalahan antara manusia dan mencetuskan peperangan antara kuasa-kuasa besar bagi mendapatkanya. Emas. Seperti yang kita sedia maklum, bukan sahaja kerana kecantikan dan kekilauanya sahaja yang menjadikan ianya beharga, malah dari segi sains kimia, emas merupakan suatu logam yang tidak tersebati dengan apa-apa unsur lain. Ianya akan kekal sebagai emas walau berkurun-kurun lama ianya tersimpan atau tertanam. Dari segi sains fizik pula, emas merupakan pengalir haba yang paling baik. Ianya dapat dibuktikan dengan kehadiran unsur emas dalam 'pemproses komputer' atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'computer processor'. Inilah bukti bahawa nilai emas amat tinggi dan boleh digunapakai di mana-mana sahaja anda berada.

   Hendak dijadikan cerita, tersebutlah sebuah kisah tentang seorang alim ulama yang menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan bahawa pada zamanya, dia telah berjaya mengkaji satu formula kimia untuk menghasilkan sebatian yang menjadikanya sebagai unsur emas pada akhir eksperimenya. Pada mulanya dia hanya mahu menghuraikan unsur emas itu kepada sebatian yang lebih komplkes. Tetapi lama-kelamaan, dia berjaya menerbalikanya dari huraian sebatian tadi menjadi unsur kimia semula. Dia merekodkan segala prosuder dan langkah-langkah eksperimen serta peralatan dan perkakasan yang diperlukan di dalam sebuah buku. Akhirnya dia berjaya mencipta sebuah kitab yang diberi nama 'Ilmu Membuat Emas'. Selepas peristiwa itu, maka tersebarlah ke serata tempat bahawa terdapat seorang alim yang tahu cara-cara membuat emas. Maka ramailah anak muridnya yang mencari beliau untuk dijadikan sebagai guru. Mungkin juga terdapat di antaranya yang mahu mempelajari ilmu membuat emas daripada beliau. Kehadiran ramai anak murid yang kebanyakanya masih muda membuatkan alim tersebut sedikit sibuk. Dia hanya tersenyum dan mengajarkan ilmu kepada anak muridnya seperti biasa. Dia tidak terpengaruh dengan hasil formula membuat emasnya.

   Suatu hari terdapat anak muridnya yang masih baru bertanyakan soalan melulu kepada alim tersebut. Dia memberitahu bahawa alim tersebut tahu ilmu membuat emas dan mahu mempelajarinya dengan segera. Maka kecohlah keadaan pembelajaraan mereka pada ketika itu. Alim tersebut meminta anak muridnya bertenang sebentar. Dia mahu menceritakan sesuatu kepada anak muridnya. Pada zaman dahulu, terdapat seorang yang bernama Qarun yang juga tahu mengenai ilmu membuat emas. Pada mulanya, dia seorang yang rajin beribadat kepada Allah s.w.t. Hidupnya susah dan serba kedaifan. Akhirnya dia bertemu Nabi Musa a.s dan memintakan baginda berdoa kepada Allah s.w.t supaya menjadikan Qarun kaya raya kerana dia tahu baginda boleh bercakap secara langsung dengan Allah s.w.t. Nabi Musa a.s bersetuju dan berdoa kepada Allah s.w.t supaya menjadikan Qarun seorang yang kaya raya. Akhirnya, dengan izin Allah s.w.t. dia telah menjadi kaya raya dan bongkak. Oleh kerana kesombonganya, Qarun telah di telan bumi dan digelar 'laknatulallah'. Berlainan pula dengan seorang raja yang adil pada suatu zaman. Raja tersebut telah dikurniakan kebolehan dari Allah s.w.t untuk mengetahui kedudukan emas yang masih dalam perut bumi lagi. Dia hanya meminta orang bawahanya untuk mengali tempat yang percayainya terdapat emas dan kebanyakan penakulanya tepat. Diceritakan rombongan harta baginda untuk membayar zakat memerlukan masa hampir tiga hari tiga malam untuk habis melintasi sesuatu kawasan. Rombongan harta baginda menggunakan beratus-ratus ekor unta dan kuda yang mengangkut harta dan beratus orang pengawal juga dihantar untuk mengawasi rombongan tersebut. Sungguhpun begitu, baginda seorang yang merendah diri dan tawaduk dalam beribadah kepada Allah s.w.t. Dua kisah ini menjadikan tauladan dan pengajaran kepada anak murid beliau supaya belajar ilmu untuk mencari dunia dan akhirat. Alim tersebut meninggalkan anak muridnya supaya mereka befikir sejenak akan dua kisah yang baru beliau ceritakan tadi.

   Kelas pengajaran berlalu seperti biasa. Meskipun begitu, terdapat beberapa orang anak muridnya yang bercadang untuk menyelinap masuk ke kamar beliau dan mencuri naskah kitab Ilmu Membuat Emas daripada beliau. Hal ini juga terjadi pada anak muridnya yang lebih senior. Akhirnya pertengkaran sulit terjadi bagi kedua-dua pihak anak muridnya untuk merebut kitab tersebut dan siapa yang lebih berhak mendapatkanya. Akhirnya hal ini diketahui oleh Alim tersebut. Khabar angin itu tersebar dengan pantas di tempat pembelajaran mereka. Alim tersebut hanya mengeleng-gelengkan kepala dan menangis kerana mereka yang datang hendak berguru dengan beliau bukan untuk mengejar ilmu dunia dan akhirat tetapi hanya mahu mengambil kesenangan dunia. Sedangkan perjuangan menuntut ilmu itu merupakan fisabilillah dan boleh dikira jihad. Dia juga kesal dengan tingkah laku anak muridnya yang senior yang juga mahu merebut kesenangan dunia walaupun sudah berkali-kali di ajar supaya mengejar akhirat dan dunia akan dapat digenggam dengan tangan dan dipijak dengan kaki. Mungkin mereka masih lagi belum dapat memahami dan menghadam maksud disebalik pengajaranya itu.

   Pada kemuncak pertengkaran antara anak muridnnya, orang alim tersebut memanggil semua pelajar supaya berkumpul di sebuah tempat lapang dan diadakan perhimpunan secara spontan. Semua orang di tempat belajar itu dari guru hingga murid dipanggil untuk perhimpunan spontan itu. Setelah semuanya berkumpul, alim tersebut memberikan sedikit ucapan mengenai yang dia dengar dan apa yang bakal berlaku jika tidak dilakukan perhimpunan spontan ini. Semua pelajar terdiam dan mendengarnya dengan khusyuk akan apa yang disampaikan oleh alim tersebut. Akhirnya beliau meminta supaya unggun api yang besar disediakan di tengah-tengah tapak perhimpunan tersebut. Bila api sudah mula marak dan membesar, beliau berkata kepada pelajarnya jika mahukan dunia carilah ilmu duniawi; jika mahukan akhirat carilah ilmu ukrawi; dan jika mahukan kedua-duanya, maka carilah ilmu dunia dan akhirat. Selepas berkata sedemikian, beliau lantas mencampakan kitab 'Ilmu Membuat Emas' ke dalam unggun api yang marak itu sambil diperhatikan oleh semua orang. Alim menunggu sehingga kitab itu betul-betul hangus dan menjadi debu yang beterbangan. Kemudian dia menangis dan berlalu pergi. Anak muridnya juga turut menangis dan menyesali akan sikap tamak masing-masing dan terpersong niat asalnya untuk berguru menuntut ilmu. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang ada di dalam dada-dada manusia dan Maha Luas Pengetahuanya. 

February 12, 2014

Kenapa Nutrisi Sihat Harganya Mahal?

   Apa? Seratus lebih sebotol? Mahalnya? Itulah kata-kata yang sering saya dengar sewaktu memperkenalkan harga bagi sebotol F1 Herbalife. Kadang-kala terfikir juga kenapa harganya terlalu mahal. Sedangkan, untuk membelinya untuk diri sendiri juga kadang-kala boleh tersasul. Tetapi memikirkan untuk jaminan kesihatan dalam jangka masa yang panjang, saya redhakan juga dan tabahkan hati untuk menggunakan produk Herbalife sebagai satu wadah pemakanan sihat. Ada juga kawan-kawan dan saudara-mara yang menyokong dan memberikan semangat supaya terus berusaha untuk menurunkan berat badan. Tidak kura juga yang suka mengusik dan menyakat apabila diri ini sedang mempromosikan pemakanan sihat kepada mereka. Tapi tidak mengapa. Ini semua hanyalah ujian. Kata kuncinya, tabahkan hati, sabar dan berusaha bersungguh-sungguh. Apabila terasa down atau hilang semangat, sedikit sebanyak menulisnya di blog tentang apa yang sedang saya hadapi dapat membantu saya menaikan semangat dan kembali di dalam landasan matlamat untuk mencapai berat badan yang ideal. Bukan mencari publisiti murahan ataupun mencapap, tetapi mungkin memerlukan sedikit perhatian dan sokongan dari rakan-rakan dan anda semua yang membaca.

   Teringat juga ketika berbicara mengenai kesihatan dengan seorang uncle di taman tasik Y,  Batu Pahat. Katanya kesihatan amat penting dijaga tidak kira waktu susah mahupun senang kerana wang tidak mampu membeli kesihatan sepenuhnya. Ada juga yang memberitahu saya untuk menjaga kesihatan tubuh badan, pemakanan yang sihat perlulah dititikberatkan. Pengambilan gula dan garam perlu dikurangkan. Nasi juga perlu dikurangkan. Sayur dan juga sumber protein boleh diambil lebih kerana mengandungi pelbagai vitamin dan zat galian. Senaman juga perlu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu sekali. Saya mengambil kata-kata mereka sebagai nasihat dan pembakar semangat untuk menjaga kesihatan yang lebih baik. Ingat! Kebanyakan penyakit berpunca dari pemakanan yang tidak sihat dan isi perut yang kotor. Semoga apa yang kita impian tidak goyah hanya kerana masalah kewangan ataupun kurangnya disiplin diri. Saya mengingatkan diri saya supaya tidak lupa akan apa yang saya impikan untuk tahun ini iaitu berat badan yang ideal. Semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Saya akhiri dengan kata-kata dari bijak pandai. "Antara nikmat yang sering kita lupakan ketika senang ialah nikmat kesihatan dan ketika berada dalam waktu lapang." 

February 07, 2014

Mencari Resepi Nutrisi Pemakanan Sihat

   Beberapa bulan yang lepas, admin menghadapi masalah berat badan yang serius. Sakit kepala  dan migrain yang berterusan serta beberapa masalah kesihatan yang lain. Admin teringat akan sahabat lama admin yang menggunakan produk Herbalife lantas menghubunginya untuk mencari jalan penyelesaian. Dari berat badan 92kg, admin merasakan sedikit demi sedikit perubahan fizikal yang di alami lebih-lebih lagi saiz pinggang. Terasa seluar yang selalu dipakai semakin longgar. Bila berjoging, tidak terasa sangat mengah-mengah dan kelesuan juga semaikn hilang. Selain itu, kita juga dapat mengawal selera makan serta berjimat dengan pengambilan nutrisi yang sihat dan seimbang sekurang-kurangnya sebagai sarapan. Beberapa minggu kemudian, satu botol F1 Herbalife sudah habis diminum. Bila ditimbang semula, berat badan admin sudah turun sebanyak 3.9kg. Wow! Agak mengembirakan. Selang beberapa bulan kemudian lebih kurang 4 bulan, admin telah kehilangan berat badan sebayak 8kg iaitu dari 92kg kepada 84kg. Admin mahu mendapat berat badan yang ideal lebih kurang dalam 63kg. Jadi, admin sudah membuat satu matlamat bahawa tahun ini admin mesti mendapatkan berat badan yang kurang daripada atau sama dengan 65kg. Mohon dipermudahkan ya Allah. Demi kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Amin.

   Kat sini admin nak kongsi satu resepi shake yang selalu admin buat sebagai sarapan. Okey. Resepi ini diberi nama shake Coklat Biskut. Mula-mula, masukan 1 atau 2 scope besar F1 perisa Coklat ke dalam shake cup.(Lebih scope pun tidak mengapa untuk lebih rasa Coklat) Kemudian masukan quaker oat dalam 3 scope besar. Tambahkan sedikit madu. Dan letakan 2 keping biskut Tiger perisa cokelat. (Nak letak biskut Marie atau Chipsmore pun boleh). Akhir sekali air sebanyak 300 ml secukup rasa. Goncangkan sehingga sebati. Kemudian, Minum... Selamat Mencuba =_)   

February 01, 2014

Aku mahu seperti hud-hud

Aku mahu seperti hud-hud
Terbang bebas di angkasa raya
Tanpa risau akan lapar dan dahaga
Kerana percaya pada yang Maha Pemberi

Aku mahu seperti hud-hud
Berzikir hanya pada Ilahi
Tanpa henti walau sedetik pun
Kerana percaya itulah punca rezeki

Aku mahu seperti hud-hud
Berkhidmat kepada para nabi dan rasul a.s
Menjadi pembawa berita gembira
kepada meraka yang murka dan duka

Aku mahu seperti hud-hud
Menjadi petunjuk bagi burung yang sesat
Takala bermusafir di tempat yang jauh
Dia tetap dalam lafaz dan peganganya

Aku mahu seperti hud-hud
Tidak lelah memberi nasihat dan pedoman
Cekal dalam mengharungi hidup zaman-berzaman
Dan tidak pernah lupa pada pengajaran