Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

December 16, 2020

Kuasa New World Order itu Apa?

 1. Saya membuat pembacaan di internet tentang New World Order. Memang maklumat di internet lebih banyak, senang dapat, luas peghuraian. Sahih, Tak Sahih. Fiksyen, Bukan Fiksyen. Pilih sendiri. Yang pasti memang ada istilah New World Order dalam internet. Cari saja Di mana-mana internet search engine. Google, Yahoo Bing, Mozila Firefox, Internet Explore. Pasti ada paparan maklumat yang di Cari. 


2. Saya cari gali lagi maklumat di internet. Kemudian saya terjumpa sebuah ramalan masa hadapan. New World Order adalah untuk generasi akan datang. Mungkin 2100++ ke atas. Kata terjemahan di Satu website internet bahawa freeson akan satu-padukan semua agama dalam dunia ini menjadi satu agama anutan sahaja dan ilusion akan menolak semua ajaran agama di dunia. Ini carian saya di internet. Apa yang pasti belum ada benaranya kan bocah!

May 31, 2020

Ahli Kitab

Kita wajib beriman kepada kitab-kitab suci Allah.

1. Yang pertama Kitab Taurat - Nabi Musa as.
2. Yang kedua Kitab Zabur - Nabi Daud as.
3.  Yang ketiga Kitab Injil - Nabi Isa as.
4. Dan yang terakhir Kitab suci al-quran yang diturunkan kepada Nabi Muhamad saw yang di jaga kesucian oleh para malaikat yang menjaganya hingga Hari Kiamat.

Bila saya mencari maklumat di internet maka terkeluarlah istilah Old Testament, New Testament, dan Bible oleh orang-orang dunia Barat. Adakah mereka juga termasuk dalam golongan ahli Kitab?

Apakah dia yang dimaksudkan dengan Tabut?

Salam Sobat semuanya.

1. Kali ini kita membahaskan tentang Tabut yang satu ini yang mana ianya peninggalan Nabi Musa as dan Nabi Harun as.

2. Tabut ini menyimpan pelbagai khazanah para nabi-nabi terdahulu. Saya kurang Arif jika orang-orang di negara barat mengakui bahawa Old Tastment itu ada. Apa yang pasti kitab Taurat diturunkan Dari Allah SWT kepada Nabi Allah Musa as.

3. Tabut ini mengandungi risalah-risalah dan pakaian-pakaian jubah beserta dua batang tongkat. Apa yang begitu istimewa tentang Tabut ini hanya Allah swt sahaja yang lebih Maha Mengetahui.

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Selamat bertemu kembali teman-teman Dan para sobat semua.

1. Teori kali ini membahaskan tentang organisasi antarabangsa yang tidak lagi rahsia untuk diperbahaskan di laman maya. Apakah organisasi dunia itu yang ingin teori beritahu. Ayuh lanjut, kita mulakan.

2. Teori paling terkenal adalah tentang teori pertubuhan freemason yang telah ada sejak beratus tahun lamanya. Sebuah gerakan berdasarkan kitab Bible dan penganutnya.

3. Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

3. Teori baru revolusi ini diperkenalkan di dalam komik One Piece atau dalam Bahasa Malaysia di sebut budak getah. Teori revolusi army ini menceritakan tentang organisasi rahsia yang dipimpin oleh Monkey D Dragon untuk menentang World Govm yang dianggap tidak Adil untuk rakyat seluruh dunia. Adakah Echiro Oda membentangkan tentang cerita permasalahan dunia masa kini? Apa yang pasti, Allah juga yang lebih Maha Mengetahui.





May 10, 2020

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

1. Baru-baru ini saya buat sedikit pembacaan, kajian dan penilitian tentang cara-cara memberhentikan notifikasi promo video lucah dalam gadget windows dan android. Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

 Pertama: Blocker X- Porn Blocker/website filter.

Kedua: anti-virus Kaspersky Safe Kids.

Ketiga: vypr VPN private and security.


Mari kita kongsikan bersama tentang kebaikan applikasi ini. Jauhi Pronografi. Hidup menjadi lebih ber-erti.






Video promo lucah, video merosak.

17 Ramadhan.

1. Industri pronografi yang berlaku di luar negara diperdagangkan secara bebas dan terbuka di alam cyber. Dengan gadget smart phone dan internet jalur lebar yang pantas, isu pronografi sedang diperolehi. Persoalanya disini,  bagaimana kita nak menjaga diri kita dan keluarga dari isu pronografi? Jawapanya beralih kepada gadget iPad dan tablet yang mahal serta gunakan anti virus Safe kids untuk mengawal 'internet search engine' serta mengawal isi kandungan 'content' perkara yang hendak di cari 'google'. Ianya berbaloi, mudah dan selamat. Isu 'terselamat dari pronografi' lebih penting daripada berkira duit poket untuk membeli anti virus pakej Safe Kids.

2. Isu pronografi merupakan isu sensitif di negara kita. Merosak atau Dirosak kerana pronografi. Kedua-duanya Rosak. Selagi kita boleh mengawal akses internet yang masuk ke dalam gadget kita, selagi itu kita akan terselamat dari isi pronografi. Isu pronografi bukan sahaja untuk keselamatan anak-anak kecil melayari internet, bahkan untuk setiap peringkat umur dan usia kita perlu terselamat dari isi pronografi. Jadi kawal selia lah gadget kita sendiri untuk melindungi diri kita daripada isi pronografi. Dari peringkat kita kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Berilah keselamatan kepada diri kita daripada isi pronografi dengan memasang anti virus Safe kids untuk menjaga isi kandungan sistem perisian gadget kita sendiri. Ingat. Membiarkan gadget kita terdedah kepada isi kandungan pronografi ibarat kita mengoyakan kain pakaian kita sendiri yang sedang kita pakai. Pilihlah untuk menjaga keselamatan data peribadi daripada diceroboh oleh pencerobohan pronografi.

3. Zaman sekarang, pemerdagangan isu pronografi boleh berlaku tanpa kita sedar. Dimana saja. Oleh itu berwaspadalah dalam memilih kontent dalam internet. Pilihlah untuk selamat. Jangan dibiarkan saja. Berpuasa dapat menahan nafsu. Maka memasang anti virus Safe Kids juga dapat menahan nafsu gadget. Jangan malu-malu untuk memasang anti virus Safe Kids untuk menjaga isi kandungan sistem perisian gadget anda.

Beli Komputer, iPad, tablet Dan Smartphone pastikan beli antivirus-nya sekali.

Salaam Ramadhan,

1. Artikel lepas saya bercerita tentang 'darurat Yang tak di isytiharkan'. Tak lama selepas itu virus Corvid-19 pula melanda negara kita dan Perintah Kawalan Pergerakan juga diperkenalkan bagi mengawal virus pendamik Corvid-19 ini.

2. Baik. Berkenaan permasalahan yang lepas kita bercerita tentang isu masalah sistem perkomputeran yang diserang oleh penggodam Komputer, hackers dan juga virus Spy ware. Perkara ini secara tidak sedar akan memakan diri Pengguna gadget itu sendiri. Apabila membiarkan isu pencerobohan sistem perisian gadget digodam oleh para hackers. Tujuan nya? Hanya Satu. Data dan Maklumat peribadi.

3. Penggodam Komputer atau Hackers akan juga menyelusuri jaringan internet anda untuk mengakses bersama sistem perisian gadget anda. Cara? Ya, dengan berbagai-bagai cara. Boleh juga melalui email Yang bersambung kepada Gmail dan perisian Android. Juga melalui jaringan free Wi-Fi di hotel dan kedai makan. Ada juga melalui notifikasi mesej. Dan juga melalui packet spy ware yang dikirim bersama- sama dokumen yang sedang di must turun. Seperti ketika sedang download lagu atau video.

4. Pencerobohan sistem perisian ini sangat bahaya dalam dunia alam cyber dan teknologi terkini kerana data dan maklumat peribadi kita boleh digadaikan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk uruasan jual beli maklumat dan mengaut keuntungan dengan menjual maklumat peribadi orang lain. Perkara ini sangat membimbangkan dan dipandang serius oleh masyarakat kerana data dan maklumat peribadi akan disebarkan ke seluruh dunia cyber tanpa ada sekatan dan tanpa pengadilan. Sedar tak sedar, beberapa bulan kemudian peribadi kita sudah pun dipersebartayangkan di laman web dan media sosial. Tup Tap Tup Tap. Dah berlaku jenayah cyber. Nak menyesal pun tak berguna.

5. Akhir sekali, pengguna dan netizen harus menjadi lebih peka dengan isu 'pencuri data peribadi'. Ianya boleh dicegah lebih awal dengan belajar dahalu cara-cara melindungi sistem perisian gadget itu Dari di godam oleh para hackers. Anti virus seperti Kaspersky, avira, avg juga Ada menawarkan pakej berguna untuk para pengguna android, Apple dan windows. Pakej internet security. Pakej anti virus malware. Pakej Safe kids. Pakej VPN untuk hidden location anda juga sangat berbaloi untuk dipasang di sistem perisian gadget anda. Ingat. Maklumat anda juga penting. Sepenting menjaga harta peribadi kita. Oleh itu Mari kita berwaspada. 
Perangi virus pendamik, Perangi virus penggodam komputer.


January 16, 2020

Darurat yang tak diisytiharkan

Sebenarnya, tak ada istilah pun 'darurat yang tak diisytiharkan'. Cuma, apa yang bakal terjadi jika teknologi perkomputeran dan sistem internet yang kita gunapakai tidak setanding dengan teknologi baru dari inovasi luar negara.

Teknologi yang terus-menerus berubah membuatkan kita kadang-kala merasakan ketinggalan zaman. Secara individu, kita merasakan supaya melakukan perubahan seiring dengan pembaharuan teknologi baru. Kata orang muda, biar 'up to date'.

Kita seharusnya faham, negara membangun seperti Malaysia tidak mengeluarkan produk berasaskan teknologi perkomputeran dan sistem internet. Rata-rata kita, masyarakat pengguna berasaskan teknologi. Bukan pengeluar utama produk teknologi. Termasuklah negara-negara jiran kita. Indonesia, Filipina, dan Thailand.

Ceritanya disini, jenama yang manakah kita gunakan untuk melengkapi keperluan dan kehendak teknologi petkomputeran kita. Teknologi yang kita pakai. Semua luar negara.

Saya bentangkan satu persoalan. Andai teknologi dari negara maju lebih canggih dari teknologi yang kita pakai secara individu, apa terjadi pada hak data peribadi kita?

Saya bentangkan satu contoh. Negara A keluarkan virus komputer untuk merakam video gambar dan audio suara dari setiap telefon pintar yang ada di Indonesia, apa yang pemilik individu telefon pintar itu tahu bahawa dirinya dirakam 24 Jam suara dan gambar dari telefon pintarnya sendiri untuk tatapan negara A? Selagi individu itu tidak pasang antivirus Di telefon pintar, selama itulah dia tidak sedar kehidupan peribadinya itu dirakam.

Dan inilah yang saya maksudkan darurat yang tidak pernah diberitahu..

January 03, 2020

Tanah Melayu Tanah Pusaka

Tanah Melayu tempat beradat,
Bumi dipijak langit dijunjung,
Negeri berdaulat Raja dan Rakyat.

Tanah Melayu berganti Malaysia,
Cina India Melayu Bumiputera,
damai tinggal seMalaysia.

Tanah Melayu pusaka bangsa,
Penghujung Selatan benua Asia,
Berjiran dalam kelompok Nusantara.

Tanah Melayu pernah dijajah,
Melaka jatuh kekuasaan Portugis,

Belanda bertukar tanah Inggeris,
Jepun datang bersama Perang Dunia 2.

Tanah Melayu pernah direbut,

Komunis berebut dengan Inggeris,
Demokrasi terpimpin menjadi sandaran,
Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan.

Suatu masa pernah terbilang,
Kesultanan Melayu Melaka menjadi ternama,
Pusat dagangan pelabuhan dunia,
Bahasa Melayu pertuturan semua.

Sebelum Melaka, Siam berkuasa,
Dari Utara ke Selatan mengutip bunga emas,
Semua kerajaan tunduk kepadanya,
Sewaktu Islam belum ada ceritanya.

Langkasuka namanya lagenda,
Dibuka dari Merong Mahawangsa,
Berkembang banyak menjadi Kedah Tua, Kedah Muda, Terengganu dan Gangga Negara,
Katanya ada sampai ke Patani dan Sokla.

Sebelum ada kita semua,
Tanah subur bergenang banjir besar,
Kerajaan besar kini tiada,
Lenyap bersama bencana banjir.

Itu semua aturan Allah,

Segala kejadian Tuhan yang Maha Mengaturkan,
Dari tanah pulang ke tanah,
Dari insan pulang ke Maha Pencipta.