Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

January 27, 2016

Petua Mendapat Pasangan: #2 Jodoh itu Ketentuan Allah s.w.t.


   Petua nombor dua, #2 Jodoh itu Ketentuan Allah s.w.t. dan kita wajib untuk berusaha untuk mendapatkanya. Iringilah pencarian anda dengan Doa, Usaha, Ikhtihar dan Tawakal. Insya Allah, anda akan bertemu dengan pasangan anda.

   Yakin betul-betul bahawa Jodoh itu memang datang daripada Allah. Dia juga sudah menetapkan pasangan bagi setiap insan yang diciptakan-Nya. Yakinlah. Dan Jodoh pasti akan datang kepada anda yang sudah yakin dan bersedia untuk menerima Jodoh...

January 20, 2016

Petua Mendapat Pasangan: #1 Semua Orang Ada Jodoh



   Awal-awal tahun ni, admin nak berkongsi cerita berkenaan Jodoh. Bila admin tengok kawan-kawan post gambar kahwin mereka, terasa pula nak berpasangan. Bila di tanya bila lagi, jawapanya nanti dulu. Tak puas membujang. Ni semua ayat dah basi. Jadi admin mencari-cari ilmu untuk mendapatkan jodoh. Dan admin terjumpa artikel dari http://fuh.my/ berkenaan 60 Perua Mendapat Pasangan dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Sebagai orang lama yang dah banyak asam garam pengalamanya ni, biarlah pemuda macam kita ni menimba sedikit ilmu-ilmu yang bermanfaat dari beliau. Minta Petua sikit Tok... Anak baru nak belajar bercinta... ;_)

   Petua yang pertama #1 Semua orang ada jodoh.  Semua orang ada jodoh atau pasangan. Biasanya pasangan kita itu berada tidak jauh dari kita. Jarang orang yang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.Tapi yang mana satu pula orangnya ya? Yakilnlah pasangan yang Allah temukan itu adalah yang terbaik buat kita. Amin.

Sumber: ./60-petua-mendapat-pasangan-dato-dr-haji-mohd-fadzilah-kamsah/

   








Selamat Datang ke rahimpengasih

Assalamualaikum semua. Selamat Tahun baru 2016. Apa khabar? Ada sihat-sihat tak? Semoga kita semua sihat-sihat hendaknya di awal tahun bari ni ya. Tahun Baru, Cerita Baru. Bercerita berkenaan tahun baru 2016 ni, admin nak bercerita sedikit tentang rahimpengasih yang berwajah baru ni. Maklumlah, sudah  5 tahun admin berblog. Tapi macam tu aja blognya. Jadi, memandangkan semua orang tengah bersemangat awal-awal tahun ni. Admin juga mahu mengambil semangat tahun baru untuk menambah baik blog rahimpengasih ni buat diri ini terus bekarya dam sebagai wadah penyampaian ilmu yang berguna buat kawan-kawan dan kita semua. Okey Jom kongsi cerita baru...
Selamat Datang ke rahimpengasih yang berwajah baru ni... dan Terima Kasih atas sokongan anda semua selama ini. Let's Go To Be Success!




January 04, 2016

Dogeng Rakyat Moden: Si Belalang dengan Sang Semut

   Al-kisah. Tersebutlah sebuah kisah. Dis sebuah Negeri Kerdil. Hiduplah dengan aman dua kumpulan serangga.Si Belalang dan Sang Semut. Kedua-dua kumpulan serangga ini hidup aman dan makmur dibawah pemerintahan Raja Kumbang yang adil lagi saksama. Semua rakyat jelata menikmati hasil yang mewah setiap hari hasil daripada rezeki yang Allah s.w.t berikan kepada mereka. Negeri Kerdil juga banyak hasil tanaman yang segar-segar kerana keadaan muka buminya yang lembap dan subur. 

    Takala rakyat hidup dengan mewah kerana kemakmuran Negeri Kerdil, maka terdapatlah dua golongan rakyat yang berbeza cara kerja mereka. Ada yang rajin bekerja. Ada pula yang malas bekerja. Sang Semut adalah kelompok serangga yang rajin bekerja. Pagi-pagi hari lagi dia sudah keluar ke kebun untuk mengutip hasil tanaman. Mereka menuai hasil tanaman mereka dengan memikulnya secara beramai-ramai menuju ke rumah mereka untuk dimakan oleh Permasuri Semut dan anak bini mereka. Selebihnya, mereka akan simpan untuk dijadikan bekalan makanan. Begitulah rutin harian Sang Semut yang rajin bekerja. Walaupun bertubuh kecil, tetapi mereka kuat bekerja, rajin dan saling bekerjasama. Bertuah siapa yang dapat mereka!

    Berbeza pula dengan kumpulan Si Belalang. Sudahlah bangun lambat hari. Apabila bangun sahaja dari tidur, tahunya nak makan sahaja. Habis semua tanaman disapunya apabila Si Belalang kelaparan. Tetetapi segera hasil tanaman subur semula beberapa hari kemudian berkat kemakmuran Negeri Kerdil beseta hujan yang membasahi tanaman mereka. Apabila sudah kenyang, mereka berhibur pula dengan bernyanyi-nyanyi sehingga lewat malam. Katanya, nyanyian Si Belalang adalah untuk menarik perhatian pasangan masing-masing. Untunglah! Perut Kenyang, Hati pun Senang.

    Sehinggalah pada suatu hari, Raja Kumbang menurunkan titah perintah, supaya rakyat jelata segera mengumpulkan bekalan makanan sebanyak-banyanknya kerana Negeri Kerdil diramalkan akan mengalami kemarau yang panjang beberapa bulan lagi. Mendengarkan alamat itu, Sang Semut segera mempergiatkan lagi usaha dan kerja kerasnya untuk menambahkan bekalan makanan mereka. Hari-hari mereka bangun awal-awal pagi, bekerja lebih lama dan usaha lebih gigih untuk menambahkan hasil tanaman mereka. Dalam beberapa bulan ini mereka sibuk bekerja bersama-sama anak dan bini.

    Tidak pula seperti Si Belalang, hanya segelintir dari mereka sahaja yang mula menyimpan dan mengumpulkan bekalan makanan. Ada yang menyimpanya didalah rumah, ada pula tidak tahu hendak menyimpanya di mana. Lalu mengahabiskan saja bekalan mereka. Ada juga yang tidak tahu bagaimana hendak menyimpan. Tahunya hanya makan sahaja. Seelok-eloknya belajarlah untuk menyimpan. Tak dapat simpan banyak, simpan sedikit pun jadilah buat bekalan hari-hari mendatang. Kan berguna juga untuk kemduian hari.

    Akhirnya hari kemarau yang diramalkan pun tiba. Maka kebeluranlah Si Belalang ke sana ke mari meminta makanan. Bagi yang ada menyimpan makanan, mereka terpaksa menyelaamtkan diri mereka terlebih dahulu sebelum orang lain. Bagi Sang Semut, musim kemarau itu adalah hari gaji mereka. Mereka tinggal sahaja di dalam sarang mereka sambil menikmati makanan yang tersimpan banyak. Hanya segelintir rombongan Sang Semut sahaja yang dibenarkan keluar untuk mencari makanan di tempat yang jauh-jauh dari rumah mereka. Rombongan itu dibahagikan mengikut giliran bertugas masing-masing. Sekali keluar bekerja, mereka akan kelaur untuk seminggu lamanya. Apabila mereka pulang, giliran kedua pula keluar  bekerja mencari makanan di tempat yang tdak terkena kemarau. Kerja mengumpulkan bekalan makanan diteruskan juga walaupun musim kemarau sudah tiba.

    Bagi Si Belalng pula, ada yang behijrah ke tempat lain untuk mengelakan kemarau. Ada yang kekal di rumah mereka menghabiskan sisa-sisa bekalan makanan. Ada juga yang mencarinya di mana-mana sehingga tersesat di kawasan Sang Semut. Begitulah ragam kehidupan. Kita diwajibkan berusaha untuk mencari rezeki. Dan yang menunaikan rezeki tetaplah dari Allah Tuhan yang Maha Pemberi rezeki.