January 04, 2016

Dogeng Rakyat Moden: Si Belalang dengan Sang Semut

   Al-kisah. Tersebutlah sebuah kisah. Dis sebuah Negeri Kerdil. Hiduplah dengan aman dua kumpulan serangga.Si Belalang dan Sang Semut. Kedua-dua kumpulan serangga ini hidup aman dan makmur dibawah pemerintahan Raja Kumbang yang adil lagi saksama. Semua rakyat jelata menikmati hasil yang mewah setiap hari hasil daripada rezeki yang Allah s.w.t berikan kepada mereka. Negeri Kerdil juga banyak hasil tanaman yang segar-segar kerana keadaan muka buminya yang lembap dan subur. 

    Takala rakyat hidup dengan mewah kerana kemakmuran Negeri Kerdil, maka terdapatlah dua golongan rakyat yang berbeza cara kerja mereka. Ada yang rajin bekerja. Ada pula yang malas bekerja. Sang Semut adalah kelompok serangga yang rajin bekerja. Pagi-pagi hari lagi dia sudah keluar ke kebun untuk mengutip hasil tanaman. Mereka menuai hasil tanaman mereka dengan memikulnya secara beramai-ramai menuju ke rumah mereka untuk dimakan oleh Permasuri Semut dan anak bini mereka. Selebihnya, mereka akan simpan untuk dijadikan bekalan makanan. Begitulah rutin harian Sang Semut yang rajin bekerja. Walaupun bertubuh kecil, tetapi mereka kuat bekerja, rajin dan saling bekerjasama. Bertuah siapa yang dapat mereka!

    Berbeza pula dengan kumpulan Si Belalang. Sudahlah bangun lambat hari. Apabila bangun sahaja dari tidur, tahunya nak makan sahaja. Habis semua tanaman disapunya apabila Si Belalang kelaparan. Tetetapi segera hasil tanaman subur semula beberapa hari kemudian berkat kemakmuran Negeri Kerdil beseta hujan yang membasahi tanaman mereka. Apabila sudah kenyang, mereka berhibur pula dengan bernyanyi-nyanyi sehingga lewat malam. Katanya, nyanyian Si Belalang adalah untuk menarik perhatian pasangan masing-masing. Untunglah! Perut Kenyang, Hati pun Senang.

    Sehinggalah pada suatu hari, Raja Kumbang menurunkan titah perintah, supaya rakyat jelata segera mengumpulkan bekalan makanan sebanyak-banyanknya kerana Negeri Kerdil diramalkan akan mengalami kemarau yang panjang beberapa bulan lagi. Mendengarkan alamat itu, Sang Semut segera mempergiatkan lagi usaha dan kerja kerasnya untuk menambahkan bekalan makanan mereka. Hari-hari mereka bangun awal-awal pagi, bekerja lebih lama dan usaha lebih gigih untuk menambahkan hasil tanaman mereka. Dalam beberapa bulan ini mereka sibuk bekerja bersama-sama anak dan bini.

    Tidak pula seperti Si Belalang, hanya segelintir dari mereka sahaja yang mula menyimpan dan mengumpulkan bekalan makanan. Ada yang menyimpanya didalah rumah, ada pula tidak tahu hendak menyimpanya di mana. Lalu mengahabiskan saja bekalan mereka. Ada juga yang tidak tahu bagaimana hendak menyimpan. Tahunya hanya makan sahaja. Seelok-eloknya belajarlah untuk menyimpan. Tak dapat simpan banyak, simpan sedikit pun jadilah buat bekalan hari-hari mendatang. Kan berguna juga untuk kemduian hari.

    Akhirnya hari kemarau yang diramalkan pun tiba. Maka kebeluranlah Si Belalang ke sana ke mari meminta makanan. Bagi yang ada menyimpan makanan, mereka terpaksa menyelaamtkan diri mereka terlebih dahulu sebelum orang lain. Bagi Sang Semut, musim kemarau itu adalah hari gaji mereka. Mereka tinggal sahaja di dalam sarang mereka sambil menikmati makanan yang tersimpan banyak. Hanya segelintir rombongan Sang Semut sahaja yang dibenarkan keluar untuk mencari makanan di tempat yang jauh-jauh dari rumah mereka. Rombongan itu dibahagikan mengikut giliran bertugas masing-masing. Sekali keluar bekerja, mereka akan kelaur untuk seminggu lamanya. Apabila mereka pulang, giliran kedua pula keluar  bekerja mencari makanan di tempat yang tdak terkena kemarau. Kerja mengumpulkan bekalan makanan diteruskan juga walaupun musim kemarau sudah tiba.

    Bagi Si Belalng pula, ada yang behijrah ke tempat lain untuk mengelakan kemarau. Ada yang kekal di rumah mereka menghabiskan sisa-sisa bekalan makanan. Ada juga yang mencarinya di mana-mana sehingga tersesat di kawasan Sang Semut. Begitulah ragam kehidupan. Kita diwajibkan berusaha untuk mencari rezeki. Dan yang menunaikan rezeki tetaplah dari Allah Tuhan yang Maha Pemberi rezeki.   

0 Cerita Utama:

Post a Comment