Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

April 01, 2012

n0vel spiritual....



     Assalamualaikum semua...Hari ini saya telah menamatkan pembacaan sebuah novel spiritual 'Cinta dan Iman berlandaskan Al-Quran' iaitu 'Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha' karangan Taufiqurrahman al-Azizy...Novel ini dikarang berdasarkan kisah di dalam al-Quran yang telah dikaitkan dalam kehidupan,pengalaman dan perilaku umat masa kini..Sebuah sumber inspirasi hidup bagi kaum muslimin dan muslimat dalam menjalankan ibadah cinta dan obsesi hidupnya..Sebuah karya terkemuka saat ini...Novel ini juga merupakan hadiah dari seorang SAHABAT kepada saya...

     Novelisnya iaitu Taufiqurrahman al-Azizy merupakan seorang novelis yang banyak mengarang cerita berkenaan cinta yang dikaitkan dengan Islam,iman dan akidah..Beliau merupakan novelis dari Indonesia yang berasal dari Jawa Tengah..Antaranya novel beliau yang popular ialah Musafir Cinta,Makrifat Cinta,Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha,Munajat Cinta,Jangan Biarkan Surau Ini Roboh dan Sahara Nainawa...

     Sejujurnya saya tidak dapat menerangkan sinopsis novel ini kerana ianya padat dengan perkataan yang berbunga-bunga dan bahasa yang boleh dianggap 'hiperbola'...Anda perlu membaca novel ini sendiri seandainya mahu mendalami lagi erti cinta dan kasih sayang...Bersandarkan cerita Nabi Allah Yusuf a.s dan Zulaikha,novel ini banyak memberi pengajaran dan pedoman..Antara pengajaran dan pedoman yang boleh saya keluarkan dan renungkan adalah berkenaan kesetiaan,bersangka baik,keikhlasan terhadap semua pekara dan redha atas qada' dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T...Sebuah novel yang boleh dibuat koleksi peribadi...

     Pada hemah saya,cinta perlulah selari dengan iman...Sesungguhnya cinta itu adalah suci dan kitalah yang perlu menjaga cinta itu..Cinta yang hakiki adalah cinta kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya...Kasih ibu membawa ke syurga...Sayang bapa berkekalan selamanya...Oleh itu,marilah kita sama-sama merenungkan erti C.I.N.T.A yang sebenar-benarnya...

Bisik-bisik :

-m00d jiwang pulak malam nie

-Antara manusia yang dapat lindungan Arash Allah S.W.T dipadang mahsyar kelak adalah mereka yang berkasih sayang hanya kerana-Nya