Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

June 25, 2015

Siapa nak Kad Raya... (1 Syawal 1436H)

    Salam Khamis kawan-kawan... Hari ini admin ada pengumuman yang hendak dibuat. Sempena Hari Raya tahun 2015, admin mahu memberikan kad raya kepada pembaca sekalian. Saja suka-suka. Huhu... Anggaplah sebagai pengganti duit raya dari admin. Okey caranya senang. Anda perlulah menghantarkan detail untuk menerima kad raya pada email saya rahimramli89@yahoo.com. Tinggalkan pesanan anda di situ. InsyaAllah admin akan membalasnya. Jangan lupa follow blog rahimpengasih.blogspot.com ya. Allright. Selesai.

   Bercerita topik kad raya, admin nak buka cerita sedikitlah. Admin memang suka menghantar dan menerima kada raya dari kawan-kawan. Kad raya pertama yang admin dapat adalah dari seorang sahabat semasa berada di Tingkatan 3. Admin sangat-sangat menghargai pemberian kada raya tersebut. Bermula dari situ, admin mula berminat dengan kad raya. Pernah juga admin menerima kad raya dari junior dan kawan-kawan semasa di sekolah asrama dahulu. Hum. Pernah sekali tu, nak try tackle awek punya pasal, admin hantar kad raya kepada kawan-kawan awek ni untuk mengambil hati. Hasilnya. Admin menerima kembali sekeping kad raya buatan tangan dari seseorang yang tidak bernama. Ada masa nanti admin tunjuk kad raya tu pada anda semua. Antara isi kad raya yang masih admin ingat ialah "friends are like star, not always seen, yet always there". Ini semua cerita admin semasa masih bersekolah.

   Masa di kolej dan universiti pula, admin tidak pernah lupa kepada seseorang ni yang belajar di universiti lain. Hampir dekat 5 tahun jugalah admin mengirimkan kad raya. Tapi tak pernah sekali pun admin menerima apa-apa kad raya dari si dia. Dan akhirnya jodoh tidak berpihak kepada kita. Oh Tidak Mengapa. Allah lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Admin berhenti mengirim kad raya kepadanya setelah tahu si dia sudah berpunya. Okey. Admin masih banyak lagi bekalan kad raya yang tersimpan. Siap mahu? Cepat! Cepat! Hantarkan detail anda ke email admin rahimramli89@yahoo.com. Kalau rasa terlalu private, emailkan saja alamat pejabat. Insya Allah sampai...Allright. Salam Ramadhan dan Salam Sayang dari diri yang kerdil ini...

June 23, 2015

Magnet Duit... (Bahagian Akhir)

    Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Hari ini hari ke -6 kita berpuasa.Alhamdulillah. Perjalanan puasa masih lagi panjang. Sabar. Sabar. Banyak-bayakan beristifar. Mudah-mudahan beroleh barakah. Okey. Hari ini admin nak habiskan cerita berkenaan Magnet Duit. Dah tiga siri dah artikel ini ditulis. Sampailah masa untuk kita menghabiskanya. All right. Jom kongsi cerita....

     Duit. Duit. Di mana kau duit. Kata Robert T Kiyosaki dalam bukunya Rich Dad Poor Dad 'emas ada di mana-mana'. Saya terjemahkan maksudnya mungkin apa yang berada di sekeliling kita boleh dijadikan duit. Itulah maksudnya. Bukankah sifat magnet akan menarik apa sahaja unsur besi yang berada berdekatan denganya. Jadi pengarang buku bestseller Rich Dad Poor Dad ini menyarankan agar kita menggunakan akal fikiran kita untuk membuat duit. Buat emas. Duit bekerja untuk duit. Buka minda genius kewangan anda.

      Admin teringat satu doa yang di ajarkan oleh pensyarah saya sewaktu di UTeM. "Ya Allah. Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan lemah dan malas, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat bakhil dan kedekut, aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan cengakaman(penjajahan) manusia laki-laki dan perempuan. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pelindung ya Allah." Doa ini juga mengandungi banyak fadilat(kebaikan) jika diamalkan. Ianya ibarat mencuci besi yang karat dengan minyak, lalu menjadikanya besi magnet utama yang akan menarik unsur-unsur besi yang lain.

    Sekian sajalah cerita dari admin nampaknya. Dah puas kita berceloteh, kita dengar lagu sajalah. Kan lebih senang. Nah. Sebuah lagu baru dari manoloque. Ringgit. Semoga terhibur. Cekidout. (Check it out!) Salam Ramadhan.


June 17, 2015

Magnet Duit!! (Bahagian Kedua)

    Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang akan menyambutnya esok. Malam ni dah terawih. Jomlah kita ke masjid. All right! Hari ini admin nak sambung cerita minggu lepas berkenaan Magnet Duit. Hari tu macam cerita tak habis pula. Jom kita cerita habiskan. Tak baik cerita separuh-separuhkan? Betul. Betul. Betul...

      Dalam seminar yang dikendalikan oleh Dr Azizan ada memberitahu tentang Magnet Duit. Admin juga pertama kali mendengarnya pada seminar beliau. BERANI dan BANGKIT. Kata beliau jadikan diri kita  ini magnet. Sifat magnet yang seperti kita tahu, ianya akan menarik apa-apa sahaja unsur besi yang terdapat disekitarnya. Andainya kita sendiri yang mnejadi magnet, maka duit yang berada berdekatan kita pun akan terlekat kepada kita. Macam mana pula tu ceritanya? fikir admin.

     Dr Azizan menerangkan, bahawa kita sendiri boleh menjadi mangnet dengan beberapa cara. Antara yang ditekankan oleh beliau ialah berkenaan dengan solat sunat duha di awal pagi. Selesai solat menunaikan solat duha, tadah tangan dan mita doa daripada Allah s.w.t yang Maha Pemberi. Kita tak perlu sombong dan malu untuk meminta daripada Allah yang Maha Memberi, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasihani. Mintalah dengan sebenar minta. Mengadulah sepilu-pilunya kepada yang Maha Mendengar kerana Allah sentiasa berada dihadapan hamba-hamba-Nya yang sabar.Minta. Minta. Dan Minta kepada yang Maha Memberi. Mudah-mudahan doa kita akan dikabulkanya.

     Cuba kita semak doa selepas solat sunat duha. "Ya Allah, Sesungguhnya, waktu Duha itu Duha-Mu, Keindahan-Nya Keindahan-Mu, Kecantikan-Nya Kecantikan-Mu, Kekuatan-Nya Kekuatan-Mu, Kekuasaan-Nya Kekuasaan-Mu, Pelindungan-Nya Pelindungan-Mu; Ya Allah, jika rezeki masih dilangit ya Allah turunkanlah, jika di bumi ya Allah keluarkanlah, jika sukar ya Allah permudahkanlah, jika haram ya Allah sucikanlah, jika jauh ya Allah dekatkanlah. Berkat waktu Duha ya Allah, keindahan-Mu, kecantikan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, pelindungan-Mu ya Allah. Limpahkan, kepadaku seperti yang Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh." Doa ini mengandungi magnet rezeki.

     Banyak pula rasanya saya bercerita. Macam nak sambung lagi pula. Sebenarnya artikel-artikel ini yang tulis dalam rahimpengasih adalah untuk peringatan saya sendiri. Pesanan saya, bercampurlah dengan orang-orang yang positif dan jadi positif, kerana orang positif akan menarik banyak pekara-pekara kebaikan untuk dikongsikan bersama. Ini pun salah satu manget juga. Salam Positif. Salam Ceria. Dari admin rahimpengasih... 

June 12, 2015

Magnet Duit?

    Salam Jumaat. Hari ini sudah 25 Syaaban. Lagi 5 hari InsyAllah puasa. Hurm! Kenapalah sejak akhir-akhir ini admin banyak bercerita, tentang motivasi, tentang duit-duit, dan tentang membuat pilihan dalam hidup. contohnya pilih A ke B? Allah lagi Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati admin. Okey. Lupakan sebentar apa yang merunsingkan, Jom mari bercerita di rahimpengasih...

   Admin teringat satu kisah lapuk yang memberi banyak sumber inspirasi dalam hidup. Sewaktu di UTeM. Hari minggu hujung tahun 2009, kami akan menghadiri Kursus Asas Blog Siri 1 yang dikendailikan oleh GPMS. Kursus ini akan dibentangkan oleh seorang pensyarah FTMK,UTeM. Dr Burairah. Sebelum kursus ini bermula, Dr Burairah bertanya peserta dengan soalan berbunyi begini."Siapa di sini rasa duit penting?" Maka ramailah diantara kami yang mengangkat tangan. Saya masih lagi simpan tangan. "Okey. Siapa pula di sini rasa duit tak penting?" Sekali lagi Dr Burairah bertanya. Kali ini saya mengangkat tangan. Hanya tiga orang di antara kami mengangkat tangan untuk soalan ini. Selebihnya sudah mengangkat tangan tadi dan ada yang tak mengangkat tangan lansung. Oleh kerana admin selalu sangat menonjol dan menjadi daya tarikan orang, Dr Burairah memanggil admin ke hadapan. 

   Setelah reda bunyi tepukan dari peserta untuk admin, Dr Burairah memeluk bahu admin sambil bertanyakan nama. "Okey bang. Nama siapa bang? Okey. Rahim. Kenapa awak rasa duit tak penting?" Tanya Dr Burairah. Apabila mikrofon diberikan kepada admin, admin pun tersengih-sengih. "Bagi saya ada benda yang lebih pentig daripada duit Dr." Jawab admin. "Okey apa dia tu Rahim. Boleh share?" Balas Dr Burairah lagi. "Bagi saya cinta dan kasih sayang lebih penting dari wang ringgit Dr." Admin mula serius menjawab soalan itu. "Betul tu Rahim. Terima kasih." Dr Burairah meminta admin kembali ke tempat duduk.

    Kemudian beliau menyambung. "Apa yang dikatakan oleh saudara tadi memang betul. Tapi. Kita kena ingat. Dalam dunia sekarang, kita memerlukan duit untuk melakukan pelbagai pekaran penting. Duit sebagai keperluan hidup. Duit bukan segala-galanya, Tetapi segala-galanya memerlukan duit." Terang Dr Burairah lagi. "Hendak bercinta, mendirikan rumah tangga pun perlukan duit. Lampin susu anak, belajar sekolah anak. Semua itu memerlukan duit." Panjang lebar Dr Burairah bercerita. Samapai lampin susu anak lagi. Kami yang bujang-bujang tercengang seketika.

    Saya teringat pula pesanan dari guru saya apabila saya bertanya kepada beliau. "Duit ini sebenarnya apa Datuk?" Tanya saya. "Duit adalah alat." kata Datuk. Mungkin duit ini ibarat cangkul atau kapak yang selalu digunakan oleh orang terdahulu. Dah orang beritahu seperti alat fikir saya pada ketika itu. Dengan cangkul itu, orang dahulu akan mencangkul tanah. Menanam pokok. Dan hasilnya akan dijual dipasar untuk mendapatkan duit. Dengan kapak pula, mungkin orang dahulu akau membelah pokok. membelah kayu untuk dibuat papan dan kayu api. Boleh juga digunakan untuk membuat rumah, dijadikan kayu api memasak dan dijual kepada siapa yang mahu untuk mendapatkan duit. Memang inilah yang saya fikirkan ketika itu. Mungkin ada betulnya jugakan!

    Atok saya pula berpesan, setiap bulan pada hari gaji. Duit hendaklah diasingkan betul-betul. Sementara menunggu hari gaji, duit dalam poket tidak boleh dihabiskan. Cari jalan bagaimana untuk berjimat. Masak sendiri makanan lebih elok dan menjimatkan. Apabila sudah bekerja, betul juga kata Atok tempoh hari. Belajar untuk berjimat-cermat dan menyimpan. 

      Macam panjang sangat cerita hari ini. Kita sambung cerita jilid 2 nanti ya....huhu... all right... Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.