Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

October 28, 2011

Kepuasan berBlog

     Assalamualaikum.....post kali ini berkenaan dengan kepuasan hidup.Setiap orang pasti ada cara untuk mencari kepuasan dalam hidup.Ada yang suka membeli-belah,ada yang suka berkaroke dan tidak kurang juga yang pergi ke kelab malam untuk melepaskan lelah selepas penat bekerja.Bagi saya,sebagai seorang manusia yang mempunyai tauhid dan akidah hendaklah mencari kepuasan hidup dengan cara yang tidak melanggar syarak.Ada orang mencari ketenangan dalam hidup,ada juga yang ingin mencari kesenangan,tidak kurang pula yang mencari kebahagiaan....Masing-masing ada cara untuk mendapatkan sesuatu yang boleh di anggap 'matlamat hidup'.Sebagai seorang manusia biasa,saya juga ada matlamat hidup!!!Saya akan melepaskan segala beban masalah dengan berblog(walaupun jarang update)...huhuhuhu....Akhir kata semoga anda semua telah jumpa ketenangan hidup yang dicari2 yer...bye~

September 10, 2011

rahim dipasung jenama

     Assalamualaikum readers sekalian(saya seorang reader yg setia,,,hihi)....post kali ini berkenaan dengan jenama...anda semua mesti ada jenama yang diminatikan!?huhu..Begitu juga saya...Jenama yang menjadi pilihan hati saya ialah~ADIDAS...tak kira ori atau tak ori...dimana ada logo tersebut saya akan berkerumun di tempat itu...Baru-baru nie,saya baru beli kasut adidas...ini merupakan kasut keempat saya...kasut yang pertama dah 'terbuang' oleh abah(sedeh nyer)...dan kasut kedua dan ketiga masih disimpan...huhuhu....nie lah kasut saya 2....TADAAAA.....


nie dia kasut saya

     Sebenarnya saya seorang yang 'simple' dan 'sempoi'....saya tidak kisah memilih apa-apa jenama barangan....saya tertarik dengan jenama adidas kerana corak dan rekabentuknya yang memenuhi citarasa diri menyebabkan saya terus setia memlilih jenama ini....huhu...Setiap orang yang Allah s.w.t jadikan memang tidak sama....masing-masing ada cara sendiri....Anda bagaimana!???

Bisik-bisik :


-aditas merupakan watak dalam komik Lawak Kampus(GEMPAK)

September 03, 2011

Atok Kambing

     Salam Lebaran buat pembaca-pembaca sekalian...Agak lama jugak saya tak 'update' blog nie....kalau dibiarkan lama2 nanti bersawang pulak karang...jadi post terbaru nie berkenaan dengan kambing...Bulan puasa yang lepas,saya telah mengikut atok Ahmad di Parit Orang Kaya untuk belajar-belajar ternak kambing...Saya mengambil kesempatan cuti 4 bulan nie untuk aktivit2 baru...Banyak pengalaman yang saya dapat semasa belajar dengan atok Ahmad...katanya dalam menternak kambing kita perlu tanamkan sikap 
[a)yakin diri; b)sabar; c)amanah; d)jujur] Sifat-sifat ini akan membantu kita menjadi peternak yang berjaya....

     Saya juga baru mengetahui cara2 mengambil rumput untuk kambing...rumput yang hendak dijadikan makanan kambing perlulah diambil ketika matahari sudah mula naik...ini untuk mengelakkan daripada rumput yang diambil itu dinaiki cacing yang ada pada rumput yang dipotong...selaian rumput,makanan kambing boleh juga digilirkan dengan pelepah kelapa sawit dalam 3 hari seminggu(tidak boleh terlalu kerap),daun nangka,kulit pisang dan pucuk ubi.... untuk tujuan pengemukkan,kambing boleh diberikan makan hampas tahu,kulit soya dan dedak...terdapat juga garam mineral untuk kambing jilat atau diletakan didalam bekas air(digaulkan bersama air minum kambing)

     Banyak lagi pengalaman2 yang saya lalui sepanjang sebulan mengikut atok Ahmad...Diharapkan segala tips dan panduan yang saya dapat ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya yer....

SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR & BATIN

Bisik-bisik:

-ikhlas dari rahimramli (sam)
-wak ahmad digelar 'atok kambing' oleh cucunya

-susu kambing elok untuk kesihatan ye

August 14, 2011

kupu-kupu puasa...

     Salam Ramadhan buat anda semua...Post kali nie nak cerita pasal kupu-kupu...Sememangnya kupu-kupu adalah haiwan yang cantik...untuk menjadi kupu-kupu yang cantik terlebih dahulu ulat perlu menjalani proses metamorfosis..Ulat akan bertukar menjadi kepompong..Begitu juga manusia yang menjalani ibadah puasa...30 hari berpuasa kita menjadi lebih sabar,seperti kepompong sebelum bertukar menjadi akhlak yang lebih baik...Kupu-kupu tidak pernah merosakkan dahan yang dihinggapnya walau selembut mana dahan tersebut seperti orang mukmin yang berpuasa sentiasa menyebarkan keindahan dan kelembutan..Kupu-kupu menyebarkan debunga untuk proses pembiakkan tumbuhan seperti orang mukmin yang sentiasa menyebarkan kebaikan dan kasih sayang..Kupu-kupu memilih madu sebagai makanannya seperti orang beriman yang memilih makan yang baik-baik dan halal sahaja.Justeru itu marilah kita mengikuti contoh kupu-kupu dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini~Insyallah

Bisik-bisik:

-"ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna~"

July 03, 2011

Sabah

     Assalamualaikum..hihi,lama tak upate blog.Al-maklumlah,baru balik dari Sabah..huhu...Baru-baru saya ke Sabah selama 40 hari untuk belajar-belajar agama.Kami seramai 11 orang pergi ke pantai barat Sabah daerah Beufort...Banyak pekara-pekara baru yang saya belajar semasa di negeri orang.Sempat juga saya berkenalan dengan orang Sabah yang berketurunan Brunei dan Bajau...Faham la juga bahasa sana seperti 'merinut' iaitu pulang,'talur' iaitu telur dan 'katam' iaitu ketam..Sebenarnya banyak lagi yang saya perlu belajar lagi dan lagi..Ilmu Allah itu luas.Carilah ilmu yang dapat membantu kita dan orang lain..."Ya Allah,berilah aku ilmu yang bermanfaat dan jauhkanlah aku dari ilmu yang tidak bermanfaat...Amin"

Bisik - bisik :

-"Menuntut ilmu hingga ke liang lahad"

April 19, 2011

22

     Assalamualaikum....hye semua,semalam genaplah umur saya 22 tahun...teringat tahun lepas masa sambut birthday dengan kawan-kawan...Tahun nie sambut dengan family pula...huhu..teringat pula pada arwah achik spin...Dia meninggal pada 17 April 2010 kat Seremban akibat accident..Masa tu saya baru habis exam Technical Comunication(Tech Com) terus pergi ke Nilai kerana jemputan sahabat rapat Syafiq Haziq dan Zulhafy untuk mandi di air terjun...(padahal exam blom habis...huhu)Keesokan paginya,18 April 2010 saya membaca surat khabar dan mendapat berita kemalangan achik spin...inalilahiwainalillahirajiun...Ajal tidak menunnggu sesiapa pun..Tahun nie exam lambat sikit...sekarang tengah study week..jadi sempat saya balik kampung...Oh,ye!Syafiq Haziq telah pun selamat terbang ke India untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang medic...Harap dapat jumpa dia lagi...Insyallah...

Bisik-bisik:

-Teringat lagu 'Hadirlah Mustika' dan 'Janji Kita'

-Semoga arwah ditempat dikalangan orang-orang yang beriman....Amin

April 04, 2011

Fenomena Ucop dalam "Hantu Kak Limah Balik Rumah"

Assalamualaikum...huhu,belum lagi post dah geli hati terkenangkan gelagat Ucop dalam cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah"(HKLBR).Malam tadi 3 April 2011 merupakan kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010(ABPBH2010)..Tiba waktu kemuncak,Abi Hurairah dah Ucop naik ke pentas untuk memberitahu nama pemenang..Apa yang melucukan saya,watak-watak dalam HKLBR nie memainkan scene dalam cerita tersebut..Pecah perut dibuatnya apabila para penonton terpengaruh dengan aksi yang dilakukan oleh Ucop...Misalnya diolag ini ,"Siapa setuju angkat tangan macam saya(sambil melenggokkan tangan yang diangkat)"..Sungguh geli hati apabila satu dewan membuat pekara yang sama.....Sebuah filem yang mesti tonton...Apa-apa hal,tahniah buat Shahiezy Sam yang menang bintang paling popular...Bagi kita anugerah yang paling bernilai datangnya dari Allah s.w.t



Bisik-bisik:

-ceciter-ceciter

-Dengar citer HKLBR ade sambungan...

March 21, 2011

Mimpi di patuk ular

....apakah tafsir mimpiku ini...
....malam tadi kaki dipatuk ular...
....kata orang jodoh dah tiba....
...mintak-mintaklah jodohku bersamamu...

Assalamualaikum...hihi,kali nie post saya berkenaan dengan 'mimpi di patuk ular'.Siapa pernah mimpi benda nie!?haha..tandanya jodoh dah dekatlah tue...Kenapa saya buat post pasal nie yerk??Adakah saya dipatuk ular???Ceritanya macam nie,malam tadi saya tengok program realiti Mentor5 kat TV3 pukul 9 malam.Tiba-tiba keluar la seorang penyanyi mendendangkan lagu 'Tinggal Kenangan'...Bila buat flashback,dia nie mendendangkan lagu 'Mimpi dipatuk ular' masa temuduga hari tue...huhu...Rupa-rupanya dia nie memang artist masa kecil-kecil dulu vokalis kumpulan S-Five...w0w...Teringat pula lagu nie masa saya darjah 6...sekarang dia nie kerja dispatch...Yang menariknya,masa temudaga Mentor5 dia sempat mintak kerja 'PEON' dengan Edry Halim(KRU)...siap bagi resume lagi...bagus bagus...ada semangat...tapi semangat perlulah disusuli dengan hati yang bulat.Baru menjadi...Okeylah,good luck kepada abang 'mimpi dipatuk ular' yer...semoga berjaya jadi sebahagian dari keluarga KRU Studio yer...huhu...Saya tinggalkan link lagu 'mimpi dipatuk ular' kat bawah nie dari kumpulan S-Five....




Bisik-bisik :

-Semangat betul mamat nie...

-Jodoh dah dekat ker??

March 16, 2011

saya SAYANG Ibu



Nama emak saya Zaleha Binti Abdul Hamid,saya mempunyai emak tiri yang bernama Suria Binti Ahmad.Saya abang kedua dari 10 orang adik-beradik.Bagi saya,emak merupakan orang yang paling tabah pernah saya jumpa dan juga merupakan tempat saya bermanja dan beremosi.Tidak menghiraukan kata-kata negatif.Bersemangat kental dan waja dalam membesarkan anak-anak yang ramai.Seorang yang kreatif.


emak saya dua dari kiri atas

Emak....panggilan yang saya sebut dari kecil,
Emak....nama yang tak mungkin saya lupa,
Emak....air tanganmu memberi nafas baru,
Emak....belaianmu ibarat payung bagiku,
Emak....dirimu kunci menuju syurga,
Emak....suaramu pengubat rindu;




Tapi mengapa....



Anak....kau sering lupa dan alpha,
Anak....kau sering lalai dan terleka,
Anak....remajamu menjadi derhaka,
Anak....seperti kacang lupa kulitnya,
Anak....sudah dewasa melupakan jasa,
Anak....bagai tanggang hilang pekertinya;

nukilan: rahimpengasih.com


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]


http://heryrun-miey.blogspot.com/2011/03/saya-sayang-ibu.html?showComment=1300218802451#c3604208231147920131









March 15, 2011

Gendang gendut tali kecapi;

Bertemu lagi anda semua..kali ini saya mahu bercerita tentang perut yang semakin ke depan.Sejak akhir-akhir ini ramai kawan-kawan yang menegur perutku yang semakin membesar.Kata mereka "rahim macam ibu mengandung,macam anak gajah pun ada,wah one pad lah rahim"tapi saya tak kisah.Dulu saya ingat perut buncit itu comel.haha...tergelak sendiri..Ada juga dr di UTeM yang memberi kata-kata semangat supaya kecilkan sikit perutku ini..Terima kasih banyak2 yer semua yang menyokong..oh yer...tak silap aku masa baru2 masuk UTeM,berat aku cuma 65kg...masuk sem kedua naik 70kg..sem ketiga 75kg..sampailah sem ke-enam,naik 90kg...dulu pergi kedai mamak nak beli rokok kawan pon kene tanye dah 18 tahun ker belum...hm..betul2 naik mendadak nie..mungkin saya memang perlu turunkan berat badan..Ader kawan2 yang bagi nasihat buat sit up 20 kali lepas tu push up...mungkin boleh membantu...Okey...harap-harap anda semua sihat-sihat belaka..insyallah...huhu...

Bisik-bisik:
Gendang Gendut Tali Kecapi;
Kenyang Perut Senang Hati...

-You can do it rahim....huhu


March 11, 2011

Apa!Tak Jumpa!?

Assalamualakum semua....lame x buat post baru...huhu..baru ader kelapangan nie.Baru-baru nie,saya terdengar lagu 'Sejarah mungkin berulang' dendangan New Boyz yang memang hot satu ketika dulu.Tibe-tibe hati tergerak untuk mencari kod gitar untuk lagu tersebut.Cari punya cari akhirnya saya pun 'googling' tajuk lagu tersebut.Tapi apa yang keluar cuma lirik lagu tersebut."Aik!susah beno ker nak carik lagu nie!?",tanyaku dalam hati..Tak puas mencari pergi search kat yaho pula..Keputusan carian yang keluar tetap sama.."Hm,tak perlah..layan lagu laen pon ok jugak".Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memainkan lagu UKays "Pahit akan manis akhirnya"....

Bisik - bisik :

-Post nie tiada kaitan dengan Tomok

-Jangan biar pisang berbuah dua kali

February 15, 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum....hye,sempena bulan baik,hari baik nie(maulidulrasul)..saya telah membuat satu lagi blog iaitu rahimpengasih.blogspot.com..sebenarnya nama domain yang saya nak letak adalah rahimpenyayang.blogspot.com..tetapi atas beberapa sebab,saya menggunakan rahimpengasih sahaja sebagai domain name bagi blogspot.Buat pengetahuan anda semua saya ada satu lagi blog iaitu rahimpengasih.com juga baru dibuat menggantikan blog-malaysia yang hampir tamat tempohnya..huhu..harap dengan ini kita dapat sama-sama berblog dengan lebih bernas dan bermanfaat..Salam blog dari saya buat blogger-blogger semua....

*hm....saper aku nak follow dulu sebagai member blogspot aku nie....