Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

September 10, 2011

rahim dipasung jenama

     Assalamualaikum readers sekalian(saya seorang reader yg setia,,,hihi)....post kali ini berkenaan dengan jenama...anda semua mesti ada jenama yang diminatikan!?huhu..Begitu juga saya...Jenama yang menjadi pilihan hati saya ialah~ADIDAS...tak kira ori atau tak ori...dimana ada logo tersebut saya akan berkerumun di tempat itu...Baru-baru nie,saya baru beli kasut adidas...ini merupakan kasut keempat saya...kasut yang pertama dah 'terbuang' oleh abah(sedeh nyer)...dan kasut kedua dan ketiga masih disimpan...huhuhu....nie lah kasut saya 2....TADAAAA.....


nie dia kasut saya

     Sebenarnya saya seorang yang 'simple' dan 'sempoi'....saya tidak kisah memilih apa-apa jenama barangan....saya tertarik dengan jenama adidas kerana corak dan rekabentuknya yang memenuhi citarasa diri menyebabkan saya terus setia memlilih jenama ini....huhu...Setiap orang yang Allah s.w.t jadikan memang tidak sama....masing-masing ada cara sendiri....Anda bagaimana!???

Bisik-bisik :


-aditas merupakan watak dalam komik Lawak Kampus(GEMPAK)

September 03, 2011

Atok Kambing

     Salam Lebaran buat pembaca-pembaca sekalian...Agak lama jugak saya tak 'update' blog nie....kalau dibiarkan lama2 nanti bersawang pulak karang...jadi post terbaru nie berkenaan dengan kambing...Bulan puasa yang lepas,saya telah mengikut atok Ahmad di Parit Orang Kaya untuk belajar-belajar ternak kambing...Saya mengambil kesempatan cuti 4 bulan nie untuk aktivit2 baru...Banyak pengalaman yang saya dapat semasa belajar dengan atok Ahmad...katanya dalam menternak kambing kita perlu tanamkan sikap 
[a)yakin diri; b)sabar; c)amanah; d)jujur] Sifat-sifat ini akan membantu kita menjadi peternak yang berjaya....

     Saya juga baru mengetahui cara2 mengambil rumput untuk kambing...rumput yang hendak dijadikan makanan kambing perlulah diambil ketika matahari sudah mula naik...ini untuk mengelakkan daripada rumput yang diambil itu dinaiki cacing yang ada pada rumput yang dipotong...selaian rumput,makanan kambing boleh juga digilirkan dengan pelepah kelapa sawit dalam 3 hari seminggu(tidak boleh terlalu kerap),daun nangka,kulit pisang dan pucuk ubi.... untuk tujuan pengemukkan,kambing boleh diberikan makan hampas tahu,kulit soya dan dedak...terdapat juga garam mineral untuk kambing jilat atau diletakan didalam bekas air(digaulkan bersama air minum kambing)

     Banyak lagi pengalaman2 yang saya lalui sepanjang sebulan mengikut atok Ahmad...Diharapkan segala tips dan panduan yang saya dapat ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya yer....

SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR & BATIN

Bisik-bisik:

-ikhlas dari rahimramli (sam)
-wak ahmad digelar 'atok kambing' oleh cucunya

-susu kambing elok untuk kesihatan ye