Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

January 30, 2013

Saya Boleh! Anda Boleh!! Kita Boleh!!!

    Meniti hari - hari sebagai seorang pelajar UTeM ataupun pelatih untuk Latihan Industri melahirkan pelbagai perasaan yang bercampur - baur. Kegembiraan dan kegusaran bertukar ganti. Gembira kerana akan menamatkan pelajaran di peringkat universiti dan gusar memikirkan kerjaya selepas belajar yang memaksa diri untuk mencari keperluan hidup. Kebetulan ketika ini tinggal beberapa minggu sahaja lagi unutk menamatkan kursus Latihan Industri di Shah Alam. Terkenang akan pertama kali datang sebagai seorang pelajar practicle di Isianpadu, merasakan diri ini seperti 'rusa masuk kota'. Mungkin sudah biasa dengan suasana kampung ataupun tempat yang tidak terlalu sibuk membuatkan sedikit kekok apabila datang ke kota besar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur. Teringat juga akan niat yang terlintas sewaktu datang ke sini untuk 'belajar dan bekerja' mencari keperluan hidup sehari - hari sambil menimba pengalaman di kota besar. Selalu memetik gitar lagu 'Impian Anak Jalanan' karya M. Nasir takala di rundung masalah dan kedukaan mengingatkan diri ini akan tujuan dan niat asal berkelana.


      Saat yang paling gembira bagi seorang pelajar practicle adalah bila mendapat elaun di setiap hujung bulan. Rutin bulanan setiap kali hari gaji adalah 'membayar diri sendiri' dengan makan Mee Bandung Muar di tempat letak kereta berdekatan Stadium Shah Alam. Selain daripada kawan - kawan, di situlah antara tempat saya merasakan ada suasana kampung takala desakan hidup di kota raya yang bermacam ragam jenis masyarakat. Pernah juga mencari dan mencuba kerja 'part-time' seperti di Melaka. Dapat juga beberapa panggilan dan temuduga. Antara pengalaman yang paling menyeronokan adalah temuduga bersama Telaga Biru Training Centre. Merasakan diri ini boleh dan berkebolehan, saya mencuba dan di terima sebagai salah seorang fasilitator. Sesi kursus pertama adalah sesi pengenalan bersama beberapa orang penting di Telaga Biru. Antara perkara yang begitu menarik bagi saya adalah aktiviti membetulkan 'mind set' dan kesan apa yang kita sebut setiap hari kepada diri dan hati dari segi psikologi. Saya telah dipanggil untuk aktiviti ini. Fasilitator motivasi tersebut meminta saya menyebut sesuatu yang positif sambil mengenggam tangan. Saya berkata "Saya seorang yang berjaya" dan apabila beliau menolak tangan yang di genggam didapati tangan tersebut begitu kuat dan sukar untuk dijatuhkan. Kemudian beliau minta pula saya menyebut sesuatu yang negatif dan saya berkata "Saya kuat tidur". Dengan daya dan tekanan yang sama, beliau menolak tangan yang saya genggam tadi dan dengan mudahnya ia di jatuhkan. Ini menunjukan bahawa apa yang kita katakan sebenarnya mempengaruhi diri sendiri sama ada hati, mental dan fizikal. Secara sedar tak sedar, sebenarnya apa yang kita lihat, dengar, fikir dan rasa akan masuk ke dalam hati kita dan di situlah bermulanya perubahan diri yang sebenarnya. Jadi, katakanlah sesuatu yang positif setiap hari agar diri saya dan anda tetap tegar walau ditimpa dugaan dan cabaran hidup. Jika kau fikirkan boleh, katakanlah, "Saya BOLEH! Anda BOLEH!! Kita BOLEH!!!"


Bisik - bisik :

- Lagu Fikirkan Boleh sesuai untuk mereka yang tengah 'down'.

- Nak seribu daya, Tak Nak seribu dalih =)

January 01, 2013

Peminat 'Key Chain' & Tahun 2013 (0_o)

     Assalamuaikum semua pembaca....Malam ni merupakan tahun baru bagi tahun 2013. Setiap tahun kebiasaanya saya akan merenung tahun - tahun yang telah berlalu dan membuat sedikit perancangan untuk tahun berikut. Teringat saya akan ceramah Steve Jobs di Stamford University pada tahun 2005 bahawa setiap tahun - tahun yang berlalu atau setiap masa yang berlalu akan menjadi satu titik dan setiap titik itu akan bersambung menjadi sebuah gambaran.Gambaran tersebut merupakan masa hadapan anda.

     Hoho..Sebelum kita lari dari tajuk, ingin saya beritahu kepada anda semua bahawa saya merupakan seorang pengumpul 'key chain' yang tegar.(0_o)...hihi.Kebayakan 'key chain' yang saya kumpul itu merupakan hadiah dari kawan - kawan atau di beli di sesuatu tempat yang saya anggap mempunyai nilai - nilai yang tersendiri. Sebagai contoh, saya mempunyai koleksi 'key chain' strawbery hadiah dari seorang kawan semasa di sekolah. Sebagai pertukaran dengan 'key chain' Rock Lee (watak dalam komik Naruto) yang paling saya gemari juga hadiah dari seorang kawan. Dari situlah bermula minat saya untuk mengumpul 'key chain' sehingga ke hari ini. Antara koleksi 'key chain' kegemaran saya adalah 'key chain' keris (Hanim bagi); strawberry (Masruddin bagi); Tulang Ikan (beli di Pulau Pangkor) dan KLCC (beli di Petrosains KLCC)...Baru - baru ini juga saya menghadiahkan sebuah 'key chain' berbentuk jagung kepada seorang pengacara yang saya minati...huhu

     Sebagai permulaan bagi tahun 2013, saya memulakan pengembaraan tahun baru ini dengan berazam menjadi seorang penulis. Bagi saya,setiap tahun itu kita akan membuka satu helaian baru untuk sebuah buku kehidupan. Saya tinggalkan sebuah lukisan kehidupan ini untuk anda...Bye!



Bisik - bisik :

-Kebanyakan key chain yang di beli memberikan ingatan dan memori sebuah tempat atau seseorang

-Tahun 2013 saya akan memasuki umur 24 tahun