January 30, 2013

Saya Boleh! Anda Boleh!! Kita Boleh!!!

    Meniti hari - hari sebagai seorang pelajar UTeM ataupun pelatih untuk Latihan Industri melahirkan pelbagai perasaan yang bercampur - baur. Kegembiraan dan kegusaran bertukar ganti. Gembira kerana akan menamatkan pelajaran di peringkat universiti dan gusar memikirkan kerjaya selepas belajar yang memaksa diri untuk mencari keperluan hidup. Kebetulan ketika ini tinggal beberapa minggu sahaja lagi unutk menamatkan kursus Latihan Industri di Shah Alam. Terkenang akan pertama kali datang sebagai seorang pelajar practicle di Isianpadu, merasakan diri ini seperti 'rusa masuk kota'. Mungkin sudah biasa dengan suasana kampung ataupun tempat yang tidak terlalu sibuk membuatkan sedikit kekok apabila datang ke kota besar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur. Teringat juga akan niat yang terlintas sewaktu datang ke sini untuk 'belajar dan bekerja' mencari keperluan hidup sehari - hari sambil menimba pengalaman di kota besar. Selalu memetik gitar lagu 'Impian Anak Jalanan' karya M. Nasir takala di rundung masalah dan kedukaan mengingatkan diri ini akan tujuan dan niat asal berkelana.


      Saat yang paling gembira bagi seorang pelajar practicle adalah bila mendapat elaun di setiap hujung bulan. Rutin bulanan setiap kali hari gaji adalah 'membayar diri sendiri' dengan makan Mee Bandung Muar di tempat letak kereta berdekatan Stadium Shah Alam. Selain daripada kawan - kawan, di situlah antara tempat saya merasakan ada suasana kampung takala desakan hidup di kota raya yang bermacam ragam jenis masyarakat. Pernah juga mencari dan mencuba kerja 'part-time' seperti di Melaka. Dapat juga beberapa panggilan dan temuduga. Antara pengalaman yang paling menyeronokan adalah temuduga bersama Telaga Biru Training Centre. Merasakan diri ini boleh dan berkebolehan, saya mencuba dan di terima sebagai salah seorang fasilitator. Sesi kursus pertama adalah sesi pengenalan bersama beberapa orang penting di Telaga Biru. Antara perkara yang begitu menarik bagi saya adalah aktiviti membetulkan 'mind set' dan kesan apa yang kita sebut setiap hari kepada diri dan hati dari segi psikologi. Saya telah dipanggil untuk aktiviti ini. Fasilitator motivasi tersebut meminta saya menyebut sesuatu yang positif sambil mengenggam tangan. Saya berkata "Saya seorang yang berjaya" dan apabila beliau menolak tangan yang di genggam didapati tangan tersebut begitu kuat dan sukar untuk dijatuhkan. Kemudian beliau minta pula saya menyebut sesuatu yang negatif dan saya berkata "Saya kuat tidur". Dengan daya dan tekanan yang sama, beliau menolak tangan yang saya genggam tadi dan dengan mudahnya ia di jatuhkan. Ini menunjukan bahawa apa yang kita katakan sebenarnya mempengaruhi diri sendiri sama ada hati, mental dan fizikal. Secara sedar tak sedar, sebenarnya apa yang kita lihat, dengar, fikir dan rasa akan masuk ke dalam hati kita dan di situlah bermulanya perubahan diri yang sebenarnya. Jadi, katakanlah sesuatu yang positif setiap hari agar diri saya dan anda tetap tegar walau ditimpa dugaan dan cabaran hidup. Jika kau fikirkan boleh, katakanlah, "Saya BOLEH! Anda BOLEH!! Kita BOLEH!!!"


Bisik - bisik :

- Lagu Fikirkan Boleh sesuai untuk mereka yang tengah 'down'.

- Nak seribu daya, Tak Nak seribu dalih =)

0 Cerita Utama:

Post a Comment