Setiap kali pulang ke kampung, Emak akan menghidangkan masakan-masakan istimewa yang membuatkan lidah admin menjadi kecur. (Orang Jawa sebut mengeces iaitu terliur) Asam pedas ikan keli memang menambahkan lagi jumlah enzim amilise yang dihasilkan di bahagian mulut. Admin tidak pernah jemu untuk menjamah lauk ini yang dimakan bersama nasi dan kicap. Kadang-kala terdapat juga sayur bendi sebagai sayur tambahan pada lauk ini. Admin boleh menambah sebanyak dua hingga tiga kali pinggan seandainya Emak menghidangkan pada kami adik-beradik. Terdapat seorang adik admin yang gemar juga akan lauk asam pedas ikan keli ini. Dia juga tidak jemu jika lauk ini dihidangkan setiap hari. Mungkin inilah yang dinamakan keistimewaan air tangan ibu.
Namun dalam menjalani proses berdiet, admin kadang kala tewas dengan tuntutan tekak. Bila berada diperantauan, admin tabah menjalani proses berdiet hinggga membuahkan hasil yang memuaskan. Tetapi bila pulang ke kampung, segala formula diet hilang sama sekali. Nampaknya kampung merupakan zon paling selesa buat admin. Apa-apa hal, dalam berdiet kita sesungguhnya memerlukan usaha dan azam yang kuat lebih-lebih lagi bila berada di kampung. Admin percaya, anda semua juga suka akan masakan ibu dirumahkan. Air tangan ibu memang istimewa.
Beberapa hari yang lepas admin pergi ke Resort Sedili di Kota Tinggi untuk mencari buah gajus. Perjalanan dari Batu Pahat hingga ke Kulai mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dari Kulai kami bergerak menuju ke Kota Tinggi hinggalah sampai di Tanjung Sedili. Terdapat dua simpang iaitu Sedili Besar dan Sedili Kecil. Kami mengambil simpang Sedili Kecil dan tiba di Resort Sedili dengan bantuan orang kampung di sekitar kawasan itu. Sebenarnya, buah gajus amatlah sukar untuk dicari sekarang ini. Admin perlu menelaah dahulu beberapa blog dan website untuk mendapatkan maklumat berkenaan buah gajus yang semakin sukar di dapati. Akhirnya terjumpalah sebuah blog yang menceritakan perjalananya ke Resort Sedili dan mengambil buah gajus untuk dijadikan lauk dan benih. Setelah berjalan sehari suntuk akhirnya misi mencari buah gajus selesai. YES! Sekarang tibalah masa untuk pulang kembali ke kampung untuk menambah berat badan dengan buah gajus pula...haha.
0 Cerita Utama:
Post a Comment