March 28, 2014

Dogeng Rakyat Moden : Perjalanan Seribu Batu

   'Aku berada di mana?' Abu cuba membuka matanya yang telah di sapu air laut yang masin selama tiga hari tiga malam. "Benda apaakh ini?' Dia mengenggamkan penumbuknya sambil mengias-ngias benda yang berada di sekelilingnya. Dia mengenggam pasir rupanya. 'Pasir? Alhamdulillah. Aku sudah bertemu daratan rupanya.' Abu yang terselamat dari kapal pecah ketika mengarungi ribut di laut kini terdapmar di sebuah tempat yang tidak diketahuinya. Dia tiada kudrat untuk bangun dan meninjau keadaan sekitar. 'Mungkinkah ini perasaanya Nabi Yunus a.s. apabila di muntahkan oleh ikan Nun selama 40 hari terkurung di dalam perut ikan itu?' Abu cuba mengingat-ingat kembali akan apa yang pernah diceritakan oleh gurunya ketika belajar dahulu. Tiba-tiba dia terlihat kelibat dua orang pemuda datang menghampirinya. Oramg itu berkulit kuning langsat dan bersaiz badan sedikit kecil. 'Mungkinkah ini orang Nusantara?' Abu cuba meneka-neka di dalam hatinya. Seingat dia, kepulauan Nusantara sangat terkenal dengan perdagangan rempah ratus. Dia pernah berkenalan dengan beberapa saudagar rempah ratus yang berdagang di tempatnya membawa rempah ratus dari Nusantara. Oleh itu dia teramat yakin bahawa dia telah terdampar di salah sebuah kepuluan Nusantara itu. Dalam keadaan sedar dengan tidak dia di papah oleh dua orang pemuda dan dibawa menaiki kereta kuda ke sebuah tempat. Abu mengambil kesempatan untuk mengumpulkan kudratnya semula. Dia tidak pasti ke manakah dia akan di bawa.

   Setibanya dia suatu tempat yang dirasakan seperti sebuah singgahsana, Abu diberikan persalinan dan sedikit makanan. Dia juga diberitahu bahawa Sultan ingin jemput mengadap dan bersantap bersama-sama. Dia hanya mengiyakanya sahaja. Tetapi layanan yang dia rasakan sedikit berlainan dari kebanyakan tempat yang dia pernaj singgah sebelum ini. Dari tempatnya Magribi hinggalah ke Mesir dan Mekah mukaramah. Diikuti perjalanan ke Parsi dan ke India. Dari situ dia berlayar dan kini dia berada di Nusantara. Setelah membersihkan diri dan ada sedikit kekuatan, dia meminta untuk datang mengadap Sultan di balairong seri. Sultan tersenyum melihat Abu yang datang dengan keadaan yang bersih. Tetapi kelihatan sedikit kepenatan. Dari amatan Sultan, dia mengagak pemuda di hadapanya datang dari salah sebuah negeri di Tanah Arab. Abu menceritakan apa yang berlaku kepada Sultan dan semua menteri yang berada di dalam balairong itu. Sultan sangat gembira apabila mengetahui Abu merupakan utusan Khalifah yang dihantar untuk mengkaji budaya dan masyarakat dunia. Baginda mengalu-alukan kedatangan Abu dan menyediakan tempat yang khas di istana sebagai tetamu Sultan. Abu juga meminta Sultan untuk melawat sekeliling kota untuk melihat monumen dan berkenalan dengan masyarakat setempat. Kebanyakan dari mereka adalah pedagang dan saudagar yang berdagang. Di sepanjang pesisiran pantai terdapat ramai orang berdangang yang datang dari pelbagai tempat. Ada yang dari India, China dan Eropah yang memperdagangkan rempah ratus, kain Sutera, Kopi dan kayu gaharu. Dia mengetahui bahawa temapt ini adalah Sumatra. Masyarakatnya tersangatlah ramah dan mesra. Seorang jurupandu memberitahunya bahawa tempat ini memberi nama apabila pedagang India datang ke tempat itu. Bila ditanyakan orang temapt kepada pedangan India apa yang kamu ada bawa? Pedangang India pula menjawab suma tak da. Maka kekalah tempat itu sebagai nama Sumatera. Abu berjalan lagi menggelilinggi kota. Tiba-tiba azan Zuhur berkumandang. Maka berpusu-pusulah orang menutup kedai dan pergi bersolat di Masjid yang berhampiran. Abu melihat struktur masjid itu. Dia menulis sesuatu di dalam buku notanya. Mungkin juga dia melukis gambarajah masjid itu. Seni bina masjid itu sangat unik. Terdapat ukiran bunga yang cantik menghiasi pintu dan tingkap-tingkap masjid. Ada juga menara azan yang dibina tinggi untuk memudahkan orang mendengar muazin melaungkan azan. Setelah puas berjalan-jalan di kota, dia menunaikan solat Zuhur di masjid berkenaan bersama-sama penduduk setempat dan para pendagang Muslim. Dia merasakan seolah-olah berada di kampung halamanya sendiri. 'Mungkin juga tempat ini memang layak di gelar Serambi Mekah.' Abu memikirkan sesuatu yang sesuai tempat dia menumpang teduh itu. 'Sultan yang baik hati dan pemurah. Rakyat yang mentaati perintah Allah dan ramah mesra menyambut tetamu. Alhamdulillah. Aku sudah ada idea.' Abu mendapat ilham untuk mencatatkan sesuatu tentang tempat ini. Dia sangat terhutang budi kepada Sultan yang menyambutnya dan melayanya dengan baik setelah dia terselamat dari ribut taufan dan kapal karam.

   Setelah beberapa ketika berada ditempat itu, Dia meminta jasa baik Sultan untuk memberikanya sebuah kapal kecil dan sedikit bekalan untuk dia meneruskan pelayaranya. Dia mahu melakukan pertualangnya yang terakhir ke Afrika. Bukan hanya mahu mengejar nama dan hadiah daripada Khalifah, tetapi dia membawa misi untuk menyatukan penduduk dunia dengan kalimah tauhid kerana dia amat percaya bahawa setiap muslim adalah bersaudara walaupun berlainan warna kulit dan bangsa. Sultan dengan senang hati berkenan mengurniakanya sebuah kapal beserta anak kapalnya sekali. Sultan meminta Abu Abdullah menyampaikan salamnya kepada Khalifah yang memerintah. 'Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati Tuanku.' Abu mengucapkan ribuan terima kasihnya kepada Sultan. Dia harus meneruskan pelayaranya. Walaupun sudah berjalan beribu-ribu batu, dia masih lagi mahu meneruskan perlayaranya yang terakhir. Dia dengan musafir sudah bersebati. Bagaikan isi dan kuku. Pengembaraanya yang pertama adalah ketika menunaikan ibadah haji dan umrah seawal usia 20-an. Dia berjalan kaki dari Magribi dan bergabung dengan para pedangang untuk singgah di Mesir bagi mengelakan penyamun padang pasir. Dari situ, dia dikurnikan dari Raja Mesir yang mengetahui niat baiknya bagi menunaikan ibadah haji. Dari situ, timbul niatnya untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia dengan misi menyatupadukan umat Islam. Abu merasakan hidupnya ibarat Sang Musafir yang sentiasa berjalan menuju ke Negeri Akhirat. Dia berjalan beribu-ribu batu dan berehat apabila kepenatan. Jika terfikir teramat sakit dan sengsara ketike bermusafir, dia segera mengingatkan dirinya bahawa rehat yang sebenarnya adalah apbila sudah mati. Dia menguatkan azamnya untuk meneruskan misi mulianya walaupun pernah berada dalam bahaya yang hampir-hampit meragut nyawanya. Alhamdulillah, dia masih lagi mampu meneruskan perjalanan misinya yang terakhir dan menyiapkan sebuah naskah untuk rujukan umat manusia. Rehlah. Semoga Allah permudahkan.

0 Cerita Utama:

Post a Comment