Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

April 28, 2016

Duit Tambahan Melalui Clixsense?

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Baru-baru ni, admin adalah sibuk mencari-cari pendapatan tambahan dengan mencari kerja on-line di internet. Ada rakan-rakan admin yang mencadangkan supaya buat sahaja kerja on-line sebagai Traslator, Help-Desk, Data-Entry dan bermacam-macam lagi kerja di internet. Admin ada juga menyertainya. Tetapi ilmu berkaitan bidang-bidang tersebut amatlah kurang hinggakan admin tidak dapat untuk menerima apa-apa tugasan yang hendak dibuat selama berminggu-minggu lamanya. Hinggalah admin terbaca tentang .Cara Mendapatkan Dollar Amerika dengan Klik Iklan'. Bagaimana pula tu caranya? Jom Kongsi Cerita Clixsense...

   Admin memang tak pernah dengar pun sebelum ini orang boleh membuat duit dengan hanya klik pada iklan di internet. Hanya baru-baru ni sahajalah admin menyedari bahawa sudah ramai orang yang mencari duit di internet dengan berbagai-bagai cara klik iklan di internet. Kerja-kerja sebegini dianggap mudah dan digelar 'micro task'.

   Setelah melihat beberapa bukti pembayaran daripada rakan-rakan Clixsense yang lain, barulah admin mula percaya bahawa kita memang boleh mencari duit di internet dengan hanya klik iklan; jawab 'survey'; tonton video iklan; dan selesaikan tugasan kecil yang diberikan untuk beberapa sen dollar Amerika. Apabila kerja-kerja seperti ini dilakukan setiap hari di internet dengan melapangkan masa lebih kurang 30 minit sehari, kita akan berjaya mengumpul lebih kurang $10 dollar hingga $20 dollar sebulan. Ini adalah hasil daripada pemerhatian admin dan bukti yang diberikan di ruangan forum Clixsense. Admin sendiri baru berjaya mendapat $10 dollar sebulan hasil daripada klik iklan dan jawab 'survey'. Andai anda ada 'Smart phone' dan internet yang laju, jangan lupa untuk tonton video iklan dan Selesaikan tugasan kecil yang diberikan oleh pihak Crowd Flower untuk menambahkan lagi pendapat Tuan/Puan di Clixsense. Siapa tahu, anda juga mampu mendapatkan daripada $10 dollar sebulan kepada $10 sehari. Memang boleh! Saya belum berjaya bukitkan pendapatan  $10 dollar sehari tetapi berdasarkan pemerhatian saya memang tidak mustahil. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah segera dengan klik iklan di bawah untuk melombong Dollar Amerika dari internet melalui Clixsense. Teruskan belajar hingga berjaya... Tahniah.






April 26, 2016

Perjanjian Sewa Rumah

   Salam Hari Selasa kawan-kawan. Hari ini sudah 18 Rejab 1437H, admin nak berkongsi cerita berkenaan 'Perjanjian Sewa Rumah' yang disiarkan di Malaysia Hari Ini pagi tadi. Admin datang kerja awal pagi, sambil-sambil tu bukalah TV3 di pejabat untuk mengetahui berita semasa. Kebetulan topik hari ini adalah berkenaan Rumah Sewa. Tetamu Undangan mereka pagi ini adalah Faizul Ridzuan yang berjaya menjadi jutawan hasil daripada Pengurusan Hartanah yang terancang. Siapa sebenarnya Faizul Ridzuan ni? Admin juga baru hendak berkenal-kenalan dengan beliau ni? Jadi, Jom Kongsi Cerita...


   Inilah dia Jutawan Hartanah yang diceritakan orang tu. Admin juga baru mengenali beliau apabila menonton siaran MHI pagi tadi. Beliau menceburi bidang hartanah ini dari kosong hinggalah bergelar jutawan. Antara pengalaman beliau yang diceritakan sebelum berjaya dalam bidang hartanah ialah pengalaman mengumpul rumah sebagai aset utama beliau. Cerita beliau lagi, apabila sudah mempunyai 13 aset rumah barulah beliau mengambil lesen kereta dan membeli kereta. Sebelum ini cukuplah hanya dengan menunggang motorsikal sebagai pengangkutan utama pada ketika itu. Kenapa lambat sangat untuk beliau membeli kereta sedangkan aset rumah sudah ada 13 buah rumah? Kata beliau, semasa di Universiti Malaya dahulu pensyarah menasihati para penuntut supaya apabila graduan nanti sila beli rumah terlebih dahulu sebelum beli kereta. Kerana harga rumah sentiasa meningkat berbanding harga kereta yang akan susut nilai. Menarik juga pengalaman yang beliau ceritakan dalam mengharungi dugaan dan cabaran bidang hartanah. 


   Antara buku tulisan beliau yang masih lagi berada di pasaran ialah buku berkenaan hartanah berjudul WTF? Wa Tak Faham: 23 Hartanah Sebelum 30. Bolehlah cari di kedai buku berhampiran nanti. 

   Secara jujurnya, admin perlu mendalami lagi tentang ilmu dalam bidang hartanah ini. Nilai hartanah di Malaysia yang tidak pernah susut nilai membuatkan kita perlu belajar tentang selok-belok bidang hartanah yang dianggap sebagai aset beharga. Cuba tanya kepada diri sendiri. Berapa banyak rumah yang kita mahukan sebelum umur kita berusia 40 tahun? Ataupun Berapa banyak rumah yang kita mahukan apabila kita di usia Tua nanti? Satu buah? Dua buah? Empat buah? Atau 10 buah rumah? Ataupun mungkin kita  hanya suka menyewa rumah orang lain untuk seumur hidup kita? 

    Apakah pula bentuk rumah idaman kita? Rumah Teres? Satu Tingkat? Dua Tingkat? Apartment Mewah? Pangsapuri? Ataupun hanya Rumah Kayu di Kampung? Semua ini penting untuk kita tanya kepada diri kita berulang-ulang kali untuk memasang impian dan angan-angan memiliki Rumah Idaman pada suatu hari nanti. Mungkin ada orang yang suka tinggal di kampung dengan kolam ikan disebelahnya. Itu semua pilihan dan impian masing-masing. Anda pula bagaimana?

  Jom kita ramai-ramai belajar cara untuk memiliki Sebuah Rumah Impian tanpa berhutang dan cara meningkatkan pendapatan dengan memiliki aset rumah dan hartanah. Anda ada idea tak? Kongsikanlah idea anda tu dengan memberikan komen diruangan komen ya. Kita berkongsi-kongsi pendapat cara untuk memiliki Rumah Impian kita. Admin juga mahu belajar sampai berjaya memiliki Rumah Impian. Salam Inspirasi Kawan-Kawan. ;_)

Sumber Rujukan:
1) http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675945274
2) http://faizulridzuan.com/sarjana-hartanah-english/

April 25, 2016

Blog Popular

    Salam Isnin Kawan-Kawan. Hai! Apa Khabar? Admin dah mula aktif berblog dah sekarang ni selepas lebih kurang 4 bulan menyepikan diri. Buat apa tu sampai 4 bulan tak update blog? Admin sedang renovate(memperbaharui) rahimpengasih ni ha. Supaya sedap sikit sahabat blogger yang lain nak baca. Apa-apa hal, Tahniah kepada admin kerana berjaya juga menyiapkan blog rahimpengasih ni sampai siap. Ibarat kita membuat sebuah rumah sampai siaplah kiranya. Hehe...Congratulation!
    
   Admin juga menyimpan keinginan untuk menjadikan blog rahimpengasih ni popular seperti blog-blog otai yang lain. Admin juga berkemahuan mahu cash-out(keluarkan) duit iklan nunffnang tahun ini juga. Iklan dah letak sejak tahun 2011, tapi satu cash-out pun tak pernah dapat. Aduh! Admin memang perlu banyak belajar untuk mendapatkan income(pendapatan) dari iklan nuffnang ni. Mohon para otai blog dapat membantu ya...InsyaAllah(Dengan izin Allah s.w.t) Satu lagi pekara yang admin harapkan adalah untuk menambah bilangan Members Blogger(Sahabat Blogger) yang lain diruangan Members Bloggers. Mohon sudi-sudikanlah diri untuk menjadi sahabat blogger admin ni. Kecil Tapak Tangan, Daun Nyiur(Kelapa) Kami Tadahkan. Memberi dan Menerima dengan tangan yang terbuka. Mudah-mudahan diberkati Allah. 

   Di sini admin letakkan beberapa bloglist yang admin anggap sebagai otai dan boleh dibuat rujukan:
1) beatifulnara.com
2) www.rotikaya.com
3) www.benashaari.com
4) nameeroslan.blogspot.my
5) cikepal06.blogspot.my
6) www.azhafizah.com
7) inibelogsaya.blogspot.my
8) www.lyssasecret.com
9) paultan.org
10) denaihati.com

Jangan lupa klik iklan sekali ya.... ;_) 

April 20, 2016

Petua Mendapat Pasangan: #3 Teruskan Usaha sehingga Bertemu Jodoh

                                

   Petua nombor tiga, #3 adalah Teruskan Berusaha sehingga Kita Bertemu Jodoh. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Jodoh itu sudah ketentuan Allah s.w.t. Maka carilah jalan untuk bertemu denganya. Selagi mana kita berusaha, selagi itu Allah akan membuka jalan untuk kita mudah bertemu Jodoh. Doa juga musatahak saudara-saudari. Walaupun yang bercakap ini pun belum lagi bertemu Jodoh, anggap sahajalah perkongsian ilmu di rahimpengasih ni sebagai wadah usaha dan doa untuk kita sama-sama bertemu dengan Jodoh masing-masing. InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya selamat.

   Pesanan dari Datuk Dr. Hj. Fadzilah Kamsah pula yang saya petik dari blog myadha.blogspot.my berpesan-pesan bahawa "Ramai orang masih belum bertemu Jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu Jodoh." Kadang-kala kita frust menonggeng dengan cinta, baru ditinggalkan Sang Kekasih, Kekasih lari dengan Orang Indonesia, Kekasih bernikah dengan kawan baik sendiri, Rasa Cinta dikhianati dan macam-macam lagilah ujian yang membuatkan orang patah semangat untuk mencari cinta. Kita kena ingat, semua yang datang itu adalah ujian semata-mata. Supaya kita lebih matang dalam perhubungan dan percintaan. Jika rasa patah semangat, ingatlah bahawa Allah s.w.t sentiasa ada bersama-sama untuk memberi semangat kepada kita semua dalam menjalani kehidupan seharian. Teruskan berusaha mendapatkan Cinta. Tarik magnet positif. Doakan pasangan kita. Insya Allah Jodoh kita semakin hampir dengan kita. Orang yang bercerita ni pun bujang lagi. Pegalaman pun kurang. Nak tahu lebih lanjut, Tanya Pakar! 

Sumber: http://myadha.blogspot.my/2010/07/60-petua-mendapat-pasangan-dari-dato-hj.html

April 19, 2016

Mental Kuat!

   Salam Kesihatan buat pembaca yang dihormati. Hari ini admin datang pejabat sambil mendengar Selamat Pagi Malaysia di tv1. Dan pengacara sedang bercerita tentang 'Kesihatan Mental'. Sejak bila pula Kesihatan Mental menjadi perhatian umum pada masyarakat hari ini? Bukan ke sebelum ini kita banyak mengutamakan kesihatan fizikal berbanding kesihatan mental. Apa pula punca-punca terjadinya kesihatan mental yang semakin menular dan berakar umbi di negara kita? Jom Kongsi Cerita!

   Pertama sekali sebelum saya memulakan bicara, marilah kita bersalawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah peradaban Kesultanan Melayu tidak pernah menceritakan tentang perubatan kesihatan Mental. Apa yang selalu diketengahkan oleh orang dahulu adalah perubatan secara tradisional dan herba untuk ubat-ubatan. Mungkin ada juga satu dua cerita 'orang mengamuk' seperti dalam Hikayat Hang Tuah yang menceritakan ada orang mengamuk di pasar lalu di selesaikan dengan keberanian Hang Tuah 5 bersaudara. Itu cerita dahulu.

   Cerita orang sekarang lain pula. Banyak kes-kes yang bukan-bukan admin tak dapat nak ceritakan melibatkan kes kesihatan mental. Apa punca sebenarnya? Bagi admin, jaga sahaja kesihatan fizikal dahulu. Barulah kesihatan mental juga akan turut meningkat. Bukankah 'Badan sihat, Otak cergas'. Dalam menghadapi tekanan emosi dan kegelisahan jiwa, admin berpendapat bahawa cara hidup yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w adalah cara yang terbaik untuk menghadapi tekanan hidup yang semakin mencabar ini. 1) Berbekam. 2) Amalkan pengambilan Madu secara harian. Inilah rahsia yang admin anjurkan untuk mengubati 1) Tekanan emosi keterlaluan dan 2) Kegelisahan jiwa akibat tekanan hidup. Cuba amalkan.

   Mentaliti dan Fikiran yang kuat juga penting untuk menangkis fikiran negatif. Bagaimanakah caranya untuk melatih mental supaya kuat? 1) Baca al-Quran. 2) Baca Hadis. 3) Baca buku melapangkan fikiran. 4) Dengar ceramah agama dan motivasi positif. 5) Keluar Bersenam. Amalkan. Selamat menjadi kehidupan yang sihat. ;_)


April 16, 2016

Selamat Datang ke rahimpengasih berwajah baru


Salam Ceria. Hai Sahabat blogger. Selamat Datang ke rahimpengasih yang berwajah baru ni. Sebenarnya admin dah lama mengidam nak letak blog ni warna cokelat-cokelat. Akhirnya termakbul juga hasrat admin untuk design sediri blog ni mengikut warna tema cokelat. Tahniah kerana berjaya buat blog design sampai siap. Jangan sampai orang cakap kita buat rumah tak siap sudahlah. Yang penting adalah kesungguhan untuk membuat sesuatu pekara sampai jadi. Okey! Inilah hasilnya setelah bertungkus-lumus mengolah design blog rahimpengasih yang baru ni.Selamat Membaca dan Teruskan Menyokong ya! Kerana sokongan anda amat kami hargai~ Thank you very much...