April 20, 2016

Petua Mendapat Pasangan: #3 Teruskan Usaha sehingga Bertemu Jodoh

                                

   Petua nombor tiga, #3 adalah Teruskan Berusaha sehingga Kita Bertemu Jodoh. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Jodoh itu sudah ketentuan Allah s.w.t. Maka carilah jalan untuk bertemu denganya. Selagi mana kita berusaha, selagi itu Allah akan membuka jalan untuk kita mudah bertemu Jodoh. Doa juga musatahak saudara-saudari. Walaupun yang bercakap ini pun belum lagi bertemu Jodoh, anggap sahajalah perkongsian ilmu di rahimpengasih ni sebagai wadah usaha dan doa untuk kita sama-sama bertemu dengan Jodoh masing-masing. InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya selamat.

   Pesanan dari Datuk Dr. Hj. Fadzilah Kamsah pula yang saya petik dari blog myadha.blogspot.my berpesan-pesan bahawa "Ramai orang masih belum bertemu Jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu Jodoh." Kadang-kala kita frust menonggeng dengan cinta, baru ditinggalkan Sang Kekasih, Kekasih lari dengan Orang Indonesia, Kekasih bernikah dengan kawan baik sendiri, Rasa Cinta dikhianati dan macam-macam lagilah ujian yang membuatkan orang patah semangat untuk mencari cinta. Kita kena ingat, semua yang datang itu adalah ujian semata-mata. Supaya kita lebih matang dalam perhubungan dan percintaan. Jika rasa patah semangat, ingatlah bahawa Allah s.w.t sentiasa ada bersama-sama untuk memberi semangat kepada kita semua dalam menjalani kehidupan seharian. Teruskan berusaha mendapatkan Cinta. Tarik magnet positif. Doakan pasangan kita. Insya Allah Jodoh kita semakin hampir dengan kita. Orang yang bercerita ni pun bujang lagi. Pegalaman pun kurang. Nak tahu lebih lanjut, Tanya Pakar! 

Sumber: http://myadha.blogspot.my/2010/07/60-petua-mendapat-pasangan-dari-dato-hj.html