Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

March 21, 2011

Mimpi di patuk ular

....apakah tafsir mimpiku ini...
....malam tadi kaki dipatuk ular...
....kata orang jodoh dah tiba....
...mintak-mintaklah jodohku bersamamu...

Assalamualaikum...hihi,kali nie post saya berkenaan dengan 'mimpi di patuk ular'.Siapa pernah mimpi benda nie!?haha..tandanya jodoh dah dekatlah tue...Kenapa saya buat post pasal nie yerk??Adakah saya dipatuk ular???Ceritanya macam nie,malam tadi saya tengok program realiti Mentor5 kat TV3 pukul 9 malam.Tiba-tiba keluar la seorang penyanyi mendendangkan lagu 'Tinggal Kenangan'...Bila buat flashback,dia nie mendendangkan lagu 'Mimpi dipatuk ular' masa temuduga hari tue...huhu...Rupa-rupanya dia nie memang artist masa kecil-kecil dulu vokalis kumpulan S-Five...w0w...Teringat pula lagu nie masa saya darjah 6...sekarang dia nie kerja dispatch...Yang menariknya,masa temudaga Mentor5 dia sempat mintak kerja 'PEON' dengan Edry Halim(KRU)...siap bagi resume lagi...bagus bagus...ada semangat...tapi semangat perlulah disusuli dengan hati yang bulat.Baru menjadi...Okeylah,good luck kepada abang 'mimpi dipatuk ular' yer...semoga berjaya jadi sebahagian dari keluarga KRU Studio yer...huhu...Saya tinggalkan link lagu 'mimpi dipatuk ular' kat bawah nie dari kumpulan S-Five....




Bisik-bisik :

-Semangat betul mamat nie...

-Jodoh dah dekat ker??

March 16, 2011

saya SAYANG Ibu



Nama emak saya Zaleha Binti Abdul Hamid,saya mempunyai emak tiri yang bernama Suria Binti Ahmad.Saya abang kedua dari 10 orang adik-beradik.Bagi saya,emak merupakan orang yang paling tabah pernah saya jumpa dan juga merupakan tempat saya bermanja dan beremosi.Tidak menghiraukan kata-kata negatif.Bersemangat kental dan waja dalam membesarkan anak-anak yang ramai.Seorang yang kreatif.


emak saya dua dari kiri atas

Emak....panggilan yang saya sebut dari kecil,
Emak....nama yang tak mungkin saya lupa,
Emak....air tanganmu memberi nafas baru,
Emak....belaianmu ibarat payung bagiku,
Emak....dirimu kunci menuju syurga,
Emak....suaramu pengubat rindu;




Tapi mengapa....



Anak....kau sering lupa dan alpha,
Anak....kau sering lalai dan terleka,
Anak....remajamu menjadi derhaka,
Anak....seperti kacang lupa kulitnya,
Anak....sudah dewasa melupakan jasa,
Anak....bagai tanggang hilang pekertinya;

nukilan: rahimpengasih.com


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]


http://heryrun-miey.blogspot.com/2011/03/saya-sayang-ibu.html?showComment=1300218802451#c3604208231147920131









March 15, 2011

Gendang gendut tali kecapi;

Bertemu lagi anda semua..kali ini saya mahu bercerita tentang perut yang semakin ke depan.Sejak akhir-akhir ini ramai kawan-kawan yang menegur perutku yang semakin membesar.Kata mereka "rahim macam ibu mengandung,macam anak gajah pun ada,wah one pad lah rahim"tapi saya tak kisah.Dulu saya ingat perut buncit itu comel.haha...tergelak sendiri..Ada juga dr di UTeM yang memberi kata-kata semangat supaya kecilkan sikit perutku ini..Terima kasih banyak2 yer semua yang menyokong..oh yer...tak silap aku masa baru2 masuk UTeM,berat aku cuma 65kg...masuk sem kedua naik 70kg..sem ketiga 75kg..sampailah sem ke-enam,naik 90kg...dulu pergi kedai mamak nak beli rokok kawan pon kene tanye dah 18 tahun ker belum...hm..betul2 naik mendadak nie..mungkin saya memang perlu turunkan berat badan..Ader kawan2 yang bagi nasihat buat sit up 20 kali lepas tu push up...mungkin boleh membantu...Okey...harap-harap anda semua sihat-sihat belaka..insyallah...huhu...

Bisik-bisik:
Gendang Gendut Tali Kecapi;
Kenyang Perut Senang Hati...

-You can do it rahim....huhu


March 11, 2011

Apa!Tak Jumpa!?

Assalamualakum semua....lame x buat post baru...huhu..baru ader kelapangan nie.Baru-baru nie,saya terdengar lagu 'Sejarah mungkin berulang' dendangan New Boyz yang memang hot satu ketika dulu.Tibe-tibe hati tergerak untuk mencari kod gitar untuk lagu tersebut.Cari punya cari akhirnya saya pun 'googling' tajuk lagu tersebut.Tapi apa yang keluar cuma lirik lagu tersebut."Aik!susah beno ker nak carik lagu nie!?",tanyaku dalam hati..Tak puas mencari pergi search kat yaho pula..Keputusan carian yang keluar tetap sama.."Hm,tak perlah..layan lagu laen pon ok jugak".Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memainkan lagu UKays "Pahit akan manis akhirnya"....

Bisik - bisik :

-Post nie tiada kaitan dengan Tomok

-Jangan biar pisang berbuah dua kali