Aku Musafir : Balik Raya Naik Motor

Pagi Sabtu yang indah. Pukul 7.00 pagi, admin bersiap-siap packing untuk balik raya haji. Tiket bas dah habis, jadi kenalah balik naik apa yang ada (motor Demak EX90).

Teori Catatan Benar iluminasi, freemason dan revolusi seperti dalam komik One Piece karya Echiro Oda.

Teori iluminasi juga semakin hangat diperkatakan. Teori mata satu yang membawa maksud kedatangan Dajal dan pengikutnya. Adakah ini berdasarkan kitab New Testament yang menceritakan tentang teori kedatangan Dajjal suatu masa nanti?

Komen Buku : Hidup Sihat Tanpa Ubat

Tajuk buku seperti yang tertera di atas 'Hidup Sihat Tanpa Ubat' merupakan karya buah tangan daripada El Manan iaitu seorang penulis dari Indonesia.

Applikasi Berhenti promo Video Lucah

Saya dapati 3 applikasi dan perisian ini sangat sesuai digunakan. Jadi saya rekomen kan kepada anda semua 3 yang paling berkesan itu.

Komen Buku : Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Buku ini mengajar pembaca tentang kepentingan untuk mempelajari pendidikan kewangan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik.

September 21, 2013

Aku Dah Nak konvo ker!?

    Pertama kali melangkah ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) melahirkan pelbagai perasaan yang bercampur-baur. Merasakan diri yang kecil ini sudah meningkat remaja dan selangkah lagi ke alam dewasa. Benda pertama yang menarik perhatian adalah sebuah tangki air yang berbertuk seperti lampu suluh yang besar. Terdengar budak-budak bertanyakan kepada ahli keluarga mereka, benda apakah yang besar seperti UFO itu. Apakah benda itu sebenarnya? Beberapa bulan kemudian, persoalan terhadap lampu suluh gergasi itu terjawab. Ianya merupakan tangki air paling besar di KMPK. Tempat kami bermain bola sepak atau futsal dengan tiang gol sekecil tempat duduk bangku yang di perbuat dari batu marmar. Di situ jugalah antara tempat yang paling tinggi di KMPk.  Kami melihat pelbagai ragam dan keindahan alam dari situ. Ada yang mengintai orang berdating, tidak kurang juga tempat mengadu nasib menceritakan masalah pada kawan-kawan. Buat diri ini yang merasakan terlalu remaja, tempat sebegitu memang sesuai untuk lari dari pelbagai masalah. Terdapat gunung-ganang yang teguh berdiri di hadapanya. Kadang-kala bertanya kepada diri sendiri, untuk apa aku ke sini sebenarnya?

   Selepas peperiksaan akhir semester dua di KMPk, kami bercuti panjang selama Enam bulan sebelum ditentukan ke IPTA manakah akan kami dicampakan. Aku memilih UPM sebagai pilihan utama, walaupun kemungkinan untuk ke sana lebih tipis, untuk pilihan kedua dan ketiga, aku merasakan UTeM dan UMP lebih sesuai. Memandangkan faktor jarak dari tempat tinggal, aku memilih UTeM sebagai pilihan terakhir. Beberapa bulan kemudian aku tercampak ke UTeM dengan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian). Aku termangu buat sekeitka. Melihat kembali result ku di KMPk yang cukup makan, aku tidak mauhu putus asa dan berpatah balik. "Selangkah kaki sudah berada di UTeM, apa salahnya kita habiskan melangkah dan bergerak maju ke hadapan" desak hati kecilku. Perjuangan mencari ilmu diteruskan juga.

   Aku bertatih-tatih untuk mengejar impianku walaupun subjek yang aku belajar ini sebenarnya begitu asing bagiku. Apa yang aku tahu berkenaan komputer? Jika masa kecil, aku hanya tahu pergi ke cyber cafe dan bermain permainan Red Alert 2. Itu sahajalah pengetahuanku berkenaan komputer. Kini aku belajar coding untuk sistem perisian komputer. Agak sukar dan payah juga untuk aku menelan sejumlah isi coding pada masa itu. Pernah juga aku menangis seorang diri di belakang makmal kerana terkapai-kapai untuk menghabiskan kod yang di beri. Memang aku tiada pengetahuan asas berkenaan coding. Akhirnya masalah itu selesai apabila aku membeli sebuah laptop jenama Compaq CQ40 yang aku namakan Pac-Boy.

   Kini aku bakal menjadi seorang graduan untuk bidang yang aku pelajari. Walaupun pada awalnya aku tidak bergitu berminat dengan komputer tetapi lama-kelamaan minat itu datang sendiri dan aku berjaya buktikan yang aku boleh lakukan. Tiada apa yang mustahil jika kita ada usaha yang gigih walaupun tiada minat. Aku bercadang untuk mengambil bindang lain sebagai kerjaya aku tetapi ilmu serta pengalaman dalam bidang komputer sedikit sebanyak membantu aku dalam mengaharungi dunia yang semakin pantas ditelan arus kemodenan. Alhamdulillah. Aku berjaya habiskan apa yang aku mulakan. Semoga kita berjaya mencapai apa yang kita impikan dalam hidup ini. Amin ya Allah....

Bisik-bisik :

-Pelangi hanya akan muncul selepas hujan
-Setiap pahit getir akan berankhir dengan kemanisan hidup
-Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang kemudian; Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian...

September 01, 2013

Jual Biskut OREO...

   Assalamualaikum semua... Petang Ahad (1 September) yang indah selepas waktu hujan kadang-kala agak membosankan dan sedikit mengantuk. Admin teringat kenangan sewaktu Sekolah Darjah 4. Pak Cik Bongsu selalu membawa pulang goodies dari England sewaktu dia masih menuntut di sana. Kadang-kala Coklat, Biskut, Cup Cakes dan makanan yang pelik dan jarang dijumpai di sini. Admin mencuba biskut yang tertulis OREO dan membawanya ke sekolah sebagai bekalan waktu rehat.

   Sewaktu rehat, terdapat seorang rakan sekelas yang asyik  mnjeling ke arah bekalan biskut yang di bawa. Dia lalu bertanyakan biskut tersebut dan mahu membelinya. Admin mengatakan bahawa biskut itu memang bukan untuk di jual. Tetapi kawan sekelas begitu mendesak Admin supaya menjualkannya dan bertanyakan harga untuk biskut OREO itu. Dengan tersenyum lebar, admin mengatakan untuk setiap keping biskut itu harganya hanya 50 sen dan untuk satu bungkus yang mengandungi 4 keping, harganya adalah RM 2.00. Dia bersetuju lalu menempah kepada admin untuk membawanya setiap hari. Admin mengatakan bahawa biskut tersebut hanya tinggal tiga bungkus. Jadi setiap hari admin mendapat RM 2.00 dan 'makan besar' selama seminggu.

   Admin rasa, pada masa itu biskut OREO belum lagi di jual di Malaysia kerana jenama dan corak bungkusan tersebut kurang di kenali dan jarang terdapat di pasaraya berhampiran. Admin merasakan bahawa terdapat 'bakat niaga' yang terpendam dalam diri ini apabila terkenang kembali kenangan menjual biskut OREO. Kadang-kala kita tidak tahu nasib seseorang itu bagaimana pada kemudian hari tetapi kita perlu sentiasa Doa, Usaha, Istiqomah dan Tawakal dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Pesanan buat diri sendiri yang semakin MALAS)

Bisik-bisik:

-Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakal (DUIT)
-Cerita yang Admin tulis nie berkisar pada tahun 1999 di Sekolah Rendah Kebangsaan Bakri Batu 2.


Komen Filem : KL Gangster

   Menonton filem KL Gangster arahan Syamsul Yusuf dan menunggu sambungan untuk filem ini boleh dikatakan agak menarik dengan aksi-aksi stunt dan jalan cerita yang berkembang. Ketika menonton filem ini, admin cuba menilainya dengan filem 'Young & Dangerous' dari siri 1 hinggan siri 5. Begitu juga dengan filem KL yang bersiri seperti KL Menjerit siri 1 dan siri 2 serta KL Drift siri 1 dan siri 2. Tetapi, di antara semua filem KL yang bersiri hanya filem KL Drift sahaja yang jalan ceritanya berkembang mengikut siri tidak seperti filem KL Menjerit yang kebanyakanya sambungan sirinya berkisarkan tentang flashback atau 'cerita sebelum cerita bermula'. Adakah KL Gangster juga mengikut jejak langkah KL Menjerit atau adakah seperti KL Drift. Nantikan di pawagam akan datang... =)

   Setiap cerita pasti ada kebaikan dan keburukan. Sebagai pedoman, Baik jadikan Teladan, Buruk jadikan Sempadan. Tak salah menilai dan mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi di sekeliling kita. Mungkin filem KL Gangster tidak berapa sesuai untuk di tonton oleh kanak-kanak dan golongan bawah umur kerana unsur-unsur ganas dan gangsterism yang terdapat dalam filem tersebut. Tetapi, terpulanglah kepada Ibubapa dan diri sendiri untuk menilai dan menapis apa-apa yang patut untuk anak mereka. Apa kata menonton filem berkenaan bersama Ibubapa dan keluarga serta mengambil sedikit kebaikan dan pedoman dari intipati filem berkenaan. Apa yang melucukan admin adalah aksi Abang Long Dil lakonan Zizan Razak yang memang mencuit hati. Katanya "Bagilah dia KL. Bagi je lah KL kat dia." Untuk watak Malik dan Jai pula, admin berpendapat 'air di cincang takan putus' kerana itulah lumrah hidup. Mungkin ada persamaan dengan Aidil dan Adam dalam cerita Nur Kasih (kot? fikir positif) Apa-apa hal, carilah sesuatu hiburan yang dapat memberi kesoronakan beserta iktibar... Salam Merdeka ke-56 dari Admin (rahimpengasih)

Bisik-bisik :

-Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56
-Admin tengah gian menulis dan berblog...Semoga anda selalu membaca dan tersenyum ;)