August 28, 2013

Cerita Aku Rium II (Kawan Baru)

    Rupanya tidaklah begitu biasa bagi kami. Di kepalanya terdapat gumpalan sisik yang seakan-akan seperti Singa. Akan tetapi bentuk badanya tidaklah begitu asing bagi kami. Sisik tubuhnya lebih kurang kami tetapi agak besar sedikit. Bila ditanya-tanya barulah kami faham bahawa Ikan Emas yang baru masuk ke dalam akurium kami itu adalah Rio. Rio merupakan sekor ikan emas dari jenis Lion Head Gold Fish. Memang sisik kepalanya agak lebat dan seakan-akan mempunyai rambut. Selamat Datang Rio ke dalam rumah baru awak!

    Kebetulan beberapa hari yang lalu, sirip dan ekor Sam selalu di gigit oleh ikan-ikan dari jenis Honey Blood Fish. Mungkin kerana warna badan Sam yang terang dan terlalu memukau membuatkan ikan-ikan dari spesis lain cemburu. Uda pula selalu memuji-muji kecantikan Sam yang memukau mata. Selang beberapa hari, Sam sudah tidak mampu lagi untuk bertahan dengan ikan-ikan Honey Lily. Dia akhirnya mati kerana tidak dapat menyeimbangkan struktur badanya kerana kehilangan sirip dan ekor. Setelah perasan akan kematian Sam, Adam pula mengikut jejak langkah Sam. Jadi kami telah kehilanga dua ekor kawan rapat dalam akuarium yang kami angap sebagai rumah kami ini. Uda akhirnya mengasingkan ikan Honey Blood ke sebuah akuarium yan lebih kecil. Jadi yang tinggal di rumah kami hanyalah ikan dari spesis Gold Fish dan ikan dari spesis Zebra yang kecil. Mungkin kedatangan Rio ke dalam akurium kami sebagai peganti Adam dan Sam.

    Bersama-sama Rio terdapat juga sekor ikan emas dari jenis Comet Gold Fish seperti Adam. Kami memberikanya nama Adam II kerana perangai dan sikapnya sama sperti Adam. Ikan yang bewarna hitam dan kelihatan agak lembap dan pemalas itu kami panggil Kisa. Dia pula datang dari spesis Sucking Loach. Kerjanya hanya berehat berdekatan cermin sambil memakan hampas-hampas yang tertinggal di akuarium. Mungkin kerja-kerja pembersihan memang layak untuknya. Apa-apa hal pun, kami mengucapkan Selamat Datang kepada kawan-kawan baru ke dalam akurium kami. Semoga Rio, Adam II dan Kisa selesa dan ceria bersama-sama kami.

Bisik-bisik :

-Admin baru kematian dua ekor ikan emas kesayangan.
-Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan ditulis atas kehilangan ikan emas tersayang.

0 Cerita Utama:

Post a Comment