February 28, 2012

tangguh pengajian

     Assalamualaikum semua....tahun nie merupakan tahun terakhir saya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM)....Kawan-kawan yang lain ramai yang sudah bekerja...Ada juga yang sambung pengajian Master...Cuma tunggu konvokesyen bulan October 2012 nanti..Teringat pula ketika mula-mula masuk UTeM pada tahun 2008...Beberapa kenalan ada juga yang sama-sama masuk UTeM...Seronok juga sebenarnya belajar di UTeM nie...Teringat juga masa tangguh pengajian dulu...Walaupun dah lama berlalu tetapi kenangan tersebut tetap kekal dalam ingatan...

     Apa yang saya belajar ketika menangguh pengajian dulu ketika awal tahun 2009 dulu adalah kita 'jangan putus asa'...Kerana putus asa bermaksud berputus harapan pada yang Esa...Apabila buat sesuatu pekara buat sampai habis...Apa yang saya tanamkan dalam diri adalah berpegang kepada falsafah 'buat sampai jadi untung'...Maksudnya buat sesuatu pekara yang baik biar sampai mendapat hasil yang menguntungkan kerana tidak berbaloi jika rugi...Jadi marilah kita buat sesuatu sampai jaya...

  Kita merupakan pelajar,dan sampai bila-bila kita tetap akan menjadi seorang pelajar...Kerana apabila sekali kita kata sudah pandai,sebenarnya kita semakin bodoh,dan semakin banyak kita belajar sebenarnya kita semakin tidak tahu....Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan yakin bahawa Allah s.w.t yang Maha Mengetahui segala-galanya...Marilah kita sentiasa mahu belajar dan sentiasa mahu berusaha...Kata Steve Jobs dalam ucapannya di Stamford University pada tahun 2005,"Stay Hungry,Stay Foolish".

Bisik-bisik :

-Steve Jobs merupakan CEO Apple dan PIXAR

-Stay Hungry,Stay Foolish

0 Cerita Utama:

Post a Comment