May 29, 2012

Bahtera Kita

Layarkan Bahtera ini,
Untuk mengharungi lautan api dan badai tsunami,
Yang datangnya tidak menentu,
Dan tidak pula bermusim,

Usah gentar putera dan puteri ku,
Jangan risau permaisuri ku,
Yakinlah janji yang Satu,
Mudah selepas Susah,
Susah pula selepas Mudah,
Ibarat Bahtera ini,

Tinjaulah ke hadapan,
Bukan menoleh ke belakang,
Takala di landa ribut,
Di tengahnya laut,
Jadikanlah matahari dan bulan kompas mu,
Bintang sebagai panduan mu,
Untuk Bahtera ini terus berlayar,

Bersyukur kita sentiasa,
Bahtera ini masih belayar,
Menuju tanah seberang yang subur dan indah,
Setelah menempuh bermacam cabaran,
 Tibalah tempat untuk berlabuh,
Maka berehatlah kita,

Dan diwasiatkan Bahtera ini,
Supaya dilayarkan kembali,
Apabila sampai masanya,
Maka kemudilah ia dengan sebaiknya,
Untuk mereka mengharunginya pula,
Laut yang telah ditentukan-Nya...



0 Cerita Utama:

Post a Comment