November 01, 2012

Impian

     Assalamualaikum,,,,hari nie post agak berlainan sedikit dengan post - post sebelum ini kerana ianya merupakan post yang berkenaan dengan admin sendiri... Tidak tahu hendak memulakan cerita dari mana kerana ianya bagaikan teka - teki yang baru di bongkar... Selamat membaca dan semoga memahami....

      Seingat saya, zaman sekolah adalah begitu indah buat seorang budak seperti saya... Menyedari kelainan yang ada pada diri ini sewaktu belajar menulis... nama sendiri ditulis seperti 'adbul rahin pin ranli' dan sering terkeliru dengan penggunaan huruf seperti 'b' dan 'd'; 'm' dan 'n'; 'p' dan '9'...Kadang - kala terkeliru dengan tangan kiri dan kanan, apatah lagi dengan isitilah left and right.. Cara yang di ambil untuk mengingati istilah 'kiri kanan' ini adalah dengan memberitahu diri sendiri bahawa tangan kiri adalah untuk tulis dan tangan kanan adalah untuk makan menjadikan ianya ubat mujarab untuk masalah penyakit 'kiri kanan' ini... Satu lagi kesukaran yang pernah di alami adalah ketika melihat dan menafsirkan jam.. Jika ditanya orang "pukul berapa sekarang?" saya akan membalas dengan "jarum panjang pukul 12" dan "jarum pendek pukul 9"... Kelakuan yang dirasakan masih ada lagi dari kecil hingga sekarang adalah berkenaan sukar untuk fokus dalam jangka masa yang lama... Sering kali lari fokus apabila mendengar apa - apa input terlalu lama membuatkan saya mencari satu penyelesaian untuk tabiat ini...BEREHAT SEBENTAR atau keluar ke tandas adalah cara yang paling berkesan untuk kembali cergas dan fokus untuk setiap aktivi yang mengambil masa yang panjang...

     Setelah umur meningkat 23 tahun barulah sedar akan kelainan diri ini... Buat pertama kali dalam hidup saya merasakan begitu risau akan penerimaan orang dan kawan - kawan terhadap diri ini kerana kekurangan yang ada... Paling merisaukan adalah perasaan rasa 'keseorangan' tanpa sahabat dan kawan - kawan.... Setelah menyedari bahawa terdapat ramai lagi 'orang seperti saya' di dunia ini membuatkan saya sedikit berani untuk berkongsi.... Mungkin tanggapan setiap masyarakat berbeza di seluruh dunia tetapi saya percaya mungkin di antara mereka ada yang sama seperti saya... Saya pernah terbaca bahawa 'semangat untuk terus hidup' adalah sumber kekuatan yang paling kental....Semoga dengan sedikit perkongsian ini anda semua masih bersemangat dan bersungguh - sungguh untuk beribadah dan bekerja....

Bisik - bisik :

- Pernah dengar Dyslexia?

- Richard Branson juga mengalami dyslexia

0 Cerita Utama:

Post a Comment