September 10, 2015

Motivasi Dari Awan Nano

   Salam Kebahagiaan buat semua. Hari ini ada satu cerita menarik yang admin nak kongsi. Cerita berkenaan lagu awan nano dendangan Hafiz AF7. Dulu, admin meminati lagu ini apabila lagu Awan Nano dinobatkan sebagai Juara bagi Anugerah Juara Lagu 2012. Admin pula suka mengajuk cara Johan menyanyikan lagu ni ketika di Maharaja Lawak Mega. "Begtilulah awan nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano..... dia tahu, dia gadis ku." Kata Johan dalam persembahan Jozan di Maharaja Lawak Mega. Tetapi, ada satu pekara yang menarik minat admin untuk meminati lagu awan nano dengan lebih mendalam. Nak tahu tak? Jom kongsi cerita...



   "Adik. Siapa awan nano?" Tanya seorang abang yang baru berusia 7 tahun kepada adik perempuanya. "Ayah." Jawab anak kecil yang baru berusia 5 tahun. Admin yang terdengar perbualan anak kecil  ini termangu-mangu seketika. "Erk! Ayah dia awan nano?" Tak tahu pula yang Ayah mereka boleh jadi awan. Hebat! Admin semakin tertarik untuk mendengarkan perbualan anak kecil ini. "Emh! Dah tak ada yang menarik dah. Budak tetap budak jugak." Admin tersenyum-senyum mendengarkan perbualan anak kecil tadi. Hm! Lagu Awan Nano. Menarik juga.

  Admin mula mencari-cari lirik lagu Awan Nano. Bila baca sambil menyanyikan lagu ni, memang menarik. Rupa-rupanya, awan nano dalam lagu ni merupakan perumpamaan bagi maksud Ayah dan Ibu. Tapi kenapa pula awan? Dalam lirik lagu ini, awan dikatakan dapat melindungi panas terik; dapat memberikan air ketika hujan turun; dan sebagai pelindung semula jadi bagi makhluk yang hidup di muka bumi. Walaupun kita tidak pernah mampu mengapai awan atau menyentuhnya, awan tetap dengan perintah Allah dan sifat semulajadinya mahu melindungi kita yang tinggal di bawh muka bumi ini. SubahanAllah!

   Tak sangka pula, dalam lagu awan nano ini ada nilai kasih sayang yang dikiaskan pada unsur-unsur alam semulajadi seperti awan yang memberi kasih dan teduhnya. Ibarat macam payung lah! Mungkin inilah yang dikatakan Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih bapa tiada penghujungnya. Selain terdapat unsur-unsur alam, lagu ni juga macam ada unsur-unsur fizik pula. Macam perkataan 'Nano' dan 'Jejari'. Macam ada kira-kira matematik saja? Haha. Tergelak sendiri.... Okey! jom dengar Awan Nano dari Hafiz dipersembahan AJL 2012.... Semoga terhibur. Salam Motivasi!



 

0 Cerita Utama:

Post a Comment