December 16, 2015

Komen Buku: Eye Sheild 21 (Bahagian 4)




    Pasukan Deimon Devil Bats akhirnya berjaya menyertai Kejohanan Piala Krismas(Crismas Bowl). Dalam kejohanan ini juga hanya pasukan yang terkuat sahaja yang layak sampai ke pusingan ini. Check It Out! 

   Baru pusingan pertama, Devil Bats sudah pun bertemu dengan lawan terkuat. Johan 8 kali berturut-turut Daerah Kanto, Shinryuji Naga. Shinryuji Naga mempamerkan persembahan yang hebat pada setiap tahun. Diikuti pula dengan penyertaan pasangan kembar Agon dan Unsui yang dianggap sebagai genius. Begitu juga dengan pemain Receiver mereka iaitu Ikyuu yang dapat berlari dengan pantas sambil membelakangkan pihak lawan. Dalam perlawanan ini, Devil Bats akhirnya berjaya mengubah mata perlawanan pada saat yang terakhir dengan perbezaan 1 mata. Tidak kira sekuat mana pun lawan kita, dalam sukan American Football , yang Menang tetap Menang. Kobayakawa Sena juga akhirnya berjaya mencari jalan untuk mengalahkan Kango Agon yang dianggap kuat dan genius itu. Raimon Taro juga berjaya mengalahkan Ikyuu seterusnya merampas gelaran Receiver Terbaik Daerah Kanto. Perlawanan Devil Bats menentang Shinryuji Naga ibarat Sang Semut yang cuba mengalahkan Api Si Naga. Hanya ketabahan dan kesungguhan sahajalah yang diperlukan untuk menumpaskan api Si Naga Buas itu!

   Setelah bertembung dengan Shinryuji Naga, Devil Bats akhirnya bertemu dengan seteru utama mereka, Oujyo White Khinght. Pasukan White Khinght juga telah mengalami beberapa evolusi sama ada dalam bentuk strategi serangan dan juga para pemainya. Strategi Serangan yang diberi nama Balista merupakan strategi rahsia mereka untuk menumpaskan Devil Bats. Pemain bejersi 18 iaitu Sakuraba Haruto juga telah berjaya mengubah sikap dirinya menjadi lebih matang dan profesional. Pemain tinggi lampai itu berhasrat mahu menjadi Reciver Terbaik Daerah Kanto dengan menewaskan Raimon Taro. Shin Seijuro juga akan mengunakan tackle-nya yang lebih keras berbanding Spear Tackle. Deimon Devil Bats kini menghadapi lawan yang sukar untuk ke peringkat Akhir Kejohanan Piala Krismas ini. Mampukah mereka menghadapi Pertahanan Terkuat Oujyo White Khinght dengan Serangan Terkuat Mereka?

   Akhirnya, tibalah saat-saat yang dinanti oleh 11 pemain Deimon Devil Bats. Mereka kini selangkah lagi untuk ke Piala Krismas. Tetapi sebelum itu, mereka perlu bertemu dengan lawan yang ganas dari pasukan Hakushu Dinosour. Pasukan ini bermain secara agresif dengan mematikan pergerakan lawan setelah menyerang Quaterback pihak lawan dengan ganas. Setiap lawan yang bertemu Hakushu Dinasour pasti akan mempunyai rekod 'patah tulang' kecuali pasukan Taiyo Sphinx yang mempunyai Pertahanan sekukuh Piramid. Hiruma Yoichi juga mempunyai nasib yang sama seperti Kid dari Seibu Wild Gunman apabila dia diserang secara ganas oleh Gio Rikiya sehingga patah tulang kanan. Menara Utama pasukan Deimon Devil Bats telah pun patah. Jadi siapakah yang akan menggantikan tempat Hiruma yang dianggap cedik dan licik itu dengan Serangan tipu helahnya?

   Komen admin untuk Bahagian keempat ini, Pasukan Deimon Devil Bats akhirnya berjumpa dengan lawan yang benar-benar Kuat. Dari pasukan Shinryuji Naga, hinggalah kepada pasukan Oujyo White Khinght dan kini pasukan Hakushu Dinosour pula di Peringkat Akhir. Semuanya merupakan lawan yang Kuat dan berimpian untuk memenangi Kejohanan Piala Krismas. Setiap kali Eye Sheild 21 betemu dengan lawan yang hebat, dia tetap mencari jalan untuk menumpaskan lawanya walaupun setiap kali dia akan dikalahkan terlebih dahulu. Memang sukar sebenarnya untuk menumpaskan lawan yang kuat. Tetapi setiap kali kita berusaha, pasti akan ada jalan keluar untuk menang dan meraih mata. Mempelajari pelbagai kemahiran juga penting untuk kita menghadapi saat-saat kecemasan. Eye Sheild 21 yang tidak pernah mengawal bola terpaksa menggantikan tempat Hiruma Yoichi sebagai Quaterback gantian sementara menunggu Hiruma mendapatkan rawatan kecemasan. Bahaya juga sukan American Football ni apabila terbaca pasal patah-patah tulang, Tetapi selagi kita Berjuang, Selagi itulah kita akan Menang. Keep Moving Foward Deimon!!!

0 Cerita Utama:

Post a Comment