December 15, 2015

Komen Buku: Eye Sheild 21 (Bahagian 3)


    Jalan Menuju Ke Piala Krismas kini dibuka! Dengan kekuatan 11 orang pemain terlatih dari Deimon Devil Bats, mereka membuka haluan baru untuk Kejohanan Piala Krismas(Krismas Bowl). Mereka yang baru sahaja menamatkan latihan Maut DEATH MARCH kini bersedia sebagai 'orang baru' pemain American Football. Perjuangan baru merebut Piala Krismaas kini Bermula!

   Untuk perlawanan Pertama, pasukan Deimon Devil Bats perlu berdepan dengan pasukan dari Sekolah Perubatan yang bernama Amino Cyborg. Kemudian bertemu pula dengan pasukan Doburoku Scorpion. Diikuti pula dengan pasukan Kyoshin Poseidon, pasukan Seibu Wild Gunman dan pasukan Bando Spider. Dalam perlawanan tersebut, Eye Sheild 21 berjaya berubah seiring dengan lawanya. Evolusi Eye Sheild 21 yang tidak pernah terhenti ini akhirnya berjaya menjadikan Kobayakawa Sena pemain Running Back yang kental dan tabah. Dia juga belajar daripada lawanya dan akhirnya mencari jalan untuk mengalahkan atau mengatasi lawanya. Dalam pada masa yang sama, Kobayakawa Sena juga berdepan dengan konflik dalaman dirinya apabila sesetengah lawan mendakwa bahawa gelaran Eye Sheild 21 tidak layak untuk dirinya. Dia juga dikritik oleh lawanya dengan kenyataan bahawa dia adalan Eye Sheild 21 yang palsu dan bukanya pemain American Football Eye Sheild 21 yang sebenar. Konflik terbesar dalam dirinya adalah memberitahu kakak angkatnya iaitu Mamori Neechan bahawa dia sebenarnya adalah pemain American Football yang selama ini berselindung disebalik Pelindung Muka(Eye Sheild). Dia juga sebenarnya adalah Eye Sheild 21 yang berjaya mengalahkan lawan dipadang dan bukanya budak kecil yang lemah dan memerlukan perlindungan.

   Dalam perlawanan Daerah Kanto ini, Deimon Devil Bats hanya tewas sekali sahaja iaitu kepada pasukan Seibu Wild Gunman dengan jumlah mata Touch Down 44-43. Sabar! Peluang untuk ke Piala Krismas masih lagi dibuka. Untuk melayakan diri mereka ke Kejohanan Piala Krismas, Pasukan Deimon Devil Bats perlu mendapatkan Tempat Ketiga dalam liga kejohanan ini. Setelah tewas kepada pasukan Seibu Wild Gunman, Pasukan Deimon Devil Bats akan bertemu pula dengan Pasukan Bando Spider untuk merebut Tempat Ketiga. Kobayakawa Sena juga akan berdepan dengan Eye Sheild 21 yang sebenar dalam pertemuanya dengan pasukan Bando Spider nanti. 


   Komen admin untuk Bahagain Ketiga ini, pemain-pemain Devil Bats telah menjadi 'orang yang baru' setelah berjaya melepasi latihan intensif DEATH MARCH yang dianggap MAUT itu. Dengan Stamina baru dan Skill yang telah dipertajamkan diatas bimbingan jurulatih Doburoku, pihak lawan kini menghadapi saat-saat yang sukar untuk menduga sejauh mana kekuatan serangan pasukan Deimon Devil Bats. Hanya pasukan Seibu Wild Gunman sahaja yang mampu menyekat kemaraan Deimon Devil Bats dengan kekalahan tipis 44 berbalas 43. Semakin kita mahir menghadapi perlawanan dan saingan yang kuat, Semakin mahir untuk kita mencari jalan penyelesaian kepada cabaran itu dan mendapatkan cara terbaik untuk mengatasi halangan yang kuat itu. Dan akhirnya, kita akan menjumpai bahagian diri kita yang lebih baik daripada bahagian diri kita yang lemah dahulu. Belajar menguruskan Cabaran, dan cari jalan untuk Mengatasinya. Itulah dia Eye Sheild 21! Jadikan Mimpi Suatu Realiti!! Gelaran Eye Sheild 21 iaitu Pemain Running Back Terbaik American Football adalah Milik Kobayakawa Sena!!!


0 Cerita Utama:

Post a Comment